Saturday, September 22, 2012

Melawat Padang Besar

 Memperkenalkan Nasi Lemak 50 sen yang lazat, di jual di sebuah warung bersebelahan Maybank Padang Besar.

 Portion nasi lemak ini memerlukan kita memakan 3 bungkus untuk kenyang. 

Terletak di jalan besar berhampiran Kompleks Imigresen Padang Besar.

Inilah gerainya.

Kemudian bergeraklah ke Arked Niaga Padang Besar yang terletak di pusingan pukul 3 bulatan di hadapan Kompleks Imigresen Padang Besar.

Gambar lori sampah bernombor pendaftaran PKR ini sesuai untuk dihadiahkan kepada kerajaan PKR Selangor yang sedang berurusan membeli 50 lori sampah dari China.

Thailand terletak di sebalik bukit sana.

Ramai peniaga di Arked Niaga Padang Besar terdiri dari warga Thailand.

Hampir kesemua medan perniagaan di sini dikuasai mereka.

Berbagai barangan terutamanya perhiasan ruang tamu, selimut, cadar, pakaian dan kasut terdapat di sini.

Motor milik peniaga di Arked Niaga Padang Besar

Last aku sampai Padang Besar ialah pada Februari 2010 masa naik tren untuk ke Hatyai. Tapi aku terkurung dalam stesen keretapi sebab aku tak keluar stesen tu. Kali ini aku sampai di kawasan luar stesen keretapi melalui jalan darat.
Inilah Arked Niaga Padang Besar

Setelah pulang ke Kangar, dijemput makan Ais Kacang RM2.00 yang disediakan dalam portion yang gedabak di belakang sebuah kompleks membeli belah Entahapanamakutaktau.

No comments:

Post a Comment