Tuesday, September 18, 2012

Menggunakan Bas Sri Maju Di Jalan Bendahara Ipoh, Milik Keluarga Michele Yeoh

 Ini Terminal Medan Gopeng, Ipoh yang terkenal sebagai stesen bas ekspres Ipoh.

 Stesen ini bakal ditutup selepas mulanya operasi Terminal Bas Ekspres Meru Raya yang telah siap. Tetapi ada lagi satu perkhidmatan antara bandar yang beroperasi di Ipoh. Bas Sri Maju merupakan bas ekspres asal Ipoh yang memulakan operasinya di Jalan Bendahara. Syarikat ini milik keluarga pelakon Hollywood terkenal, Michele Yeoh.

Ia menyediakan perkhidmatan ke KL, Hadyai, Pulau Pinang, Kuala Kangsar, Bidor, Tanjong Malim, Alor Star, Johor Bahru dan Singapura. Ia menjadi syarikat bas ekspres tertua di Ipoh yang dahulunya menjadi nadi penduduk Ipoh untuk ke Pulau Pinang , Kuala Lumpur dan Singapura.

Ini merupakan pakej harian yang ditawarkan untuk pelancong-pelancong tempatan dan antarabangsa. 

 Kaunter 

 Kaunter

 Pintu masuk

 Bas-bas

 Tiket

 Kebanyakan bas bertempat duduk 1 + 2 dan harga tambangnya tentulah mahal sikit. Ipoh - KL RM22.00

Tempat duduk yang selesa dan luas untuk saya yang berketinggian 180cm ini memang padan dengan harganya.

1 comment: