Tuesday, March 22, 2011

EKUINOKS? APE KEBENDENYE TU?

(Baca ikut lenggok Usop Wheelchair)

Ekuinoks? Apa tu? Awak tak pernah dengor pun... Noks Equine Park ke? Bukan... Itulah kedudukan matahari tegak atas kepala tanpa bayang di Khatulistiwa.....

Equinoks tu kan noks, eh sasul.. Equinoks itu boleh membuatkan telur berdiri..... Hah?? Kaum lelaki perlu berhati-hati ker?? Tidak perlu....

Telur jika diimbang atas meja.... tepat 1 minit sebelum Zohor... mampu berdiri kerana graviti tegak ini mewujudkan medan tertentu antara graviti bumi dan graviti matahari...

Ia berlaku di Khatulistiwa.. setiap 2 kali setahun.... iaitu, pada 20 Mac... dan juga 22 September.. setiap tahun..

Matahari mengembara ke Utara dan melintasi tegak di atas Kuala Lumpur tercinta satu minit sebelum Zohor setiap 29 Mac sepanjang zaman.

Ia kemudian.. mencapai Garisan Sartan yang terletak di 23.4 ° Utara.... yang merupakan titik U-turn nya... pada 21 Jun..

Selepas itu.. matahari pun mula mengembara ke Selatan.. Matahari akan melintasi Kuala Lumpur tercinta semula pada 14 September setiap tahun..

Kira-kira itu.. berdasarkan kepada kedudukan rawak Kuala Lumpur di atas gari lintang 2° Utara.

Dan... setiap kali berlakunya Ekuinoks, hujan akan turun dengan lebih kerap lagi... melebihi hari-hari biasa... seperti contoh.. pagi ini... dan saya masih di rumah... menunggu hujan berhenti .. untuk pergi kerja..

Untuk bacaan lanjut sila Google sendiri.. Tak kuase awok ncriter..


Nampak benor nipunyer si Usop ni.. Bumi yang menyenget.. masa bile pulak matahari bergerak-gerak..

No comments:

Post a Comment