Monday, March 21, 2011

Berita Kematian Sahabat Yang Terlewat 8 Bulan

Hari ni, 21 mac, terpampang di FB aku, birthday Munin atau nama betulnya Ahmad Taizudin. Aku terkesan sekejap lah. Sebab aku dah lama tak nampak dia komen di wall aku atau like di status-status aku seperti biasa pada satu ketika dulu.

Munin dah remove aku ke? Tapi kenapa pulak birthday dia ada kat FB aku? Aku klik profile dia, aku ternampak beberapa kawan dia menyebut Al-Fatihah.

Ya Allah. Munin dan meninggal 8 bulan lepas. Aku langsung tak tau. Sebak aku dengan berita lambat ni.

Kali terakhir aku terserempak dengan Munin sekitar awal tahun lepas. Dia semakin kurus. Aku tanya kat dia, kenapa dah makin kurus. Dah tak sasa macam dulu. Dia kata, dia diet. Aku yer kan ajer.

Dan dia sempat cakap, "lepas ni tak jumpa dah. nak balik Sarawak, kerja kat sana,". Dan lepas dari tu, dia bagaikan insan misteri yang muncul sekadar di FB dan akhirnya terus hilang begitu sahaja tanpa disedari kerana sibuknya kehidupan ini.

Semoga Munin a.k.a Ahmad Taizudin akan diberikan hitungan hisab yang terbaik di hari pembalasan kelak dan kepada mereka yang mengenalinya, sedekahkanlah Al-Fatihah buatnya, walaupun kita di sini lambat untuk mengetahuinya.

p/s : Gambar bertarikh 27 Julai 2008

No comments:

Post a Comment