Monday, March 21, 2011

Kadang-kadang

Kadang-kadang, kita bencikan kesunyian. Kadang-kadang, kita rindukan kesunyian. Kadang-kadang, kita gembira kerana persahabatan. Kadang-kadang, kita terluka demi persahabatan. Kadang-kadang, kita seronok bila dikenali. Kadang-kadang, kita terbatas sebab dikenali.

Begitulah adakalanya kita dimainkan oleh perasaan kita sendiri. Bila kita cuba membawa sebuah kenyataan yang kita sendiri ragu-ragu akan buruk-baiknya kepada diri kita sendiri.

Ibarat perhiasan-perhiasan indah tanpa peragawati memperagakan keindahan tersebut, ianya tampak hanya seperti bahan pameran intan permata yang sekadar pengisi ruang sebuah kotak kaca.

Ibarat Guthrie Highway yang mempunyai banyak lorong tol, cuma satu sahaja yang dibuka kerana kurangnya kenderaan melaluinya pada satu-satu masa.

Ibarat ketiadaan seutas wayar penyambung amplifier kepada sebuah mixer, seluruh disko tidak berguna lagi.

Begitulah diibaratkan dengan tubuh badan yang mempunyai reaksi berbeza-beza terhadap hasil pemikiran manusia pada satu-satu masa. Keterbatasan adalah satu igauan kepada tubuh badan yang datangnya dari minda kita.

Kadang-kadang, kita berdiri sewaktu orang lain berlari. Kadang-kadang, kita duduk semasa orang lain berdiri. Kadang-kadang, kita hidup ketika yang lain mati. Kadang-kadang, kita merepek sedang orang lain memerhati.Kan? Paktam.. kadang-kadang...

No comments:

Post a Comment