Monday, February 28, 2011

Keretapi Senandung Langkawi 335.8 km/j ! Biar Betol?

Lama tak update blog. Hehe. Saja. Malas. Sukahati kita la nak update ke tidak kan. Tak sapa pedulik pon. Maka alkisahnya, kelmarin aku pun bersegeralah balik ke KL sebab ada banyak kerja yang tak siap. Mak patah kaki jatuh basikal Selasa lepas. Jadi kena la jenguk selalu.

Aku pun naiklah tren dengan tambang yang sebenarnya tak ramai orang tahu. Orang dok ingat Ipoh- KL RM22 je. tak pun ETS RM30. RM22 tu second class. Apa tak naik thrid class. RM12. Tapi itu dalam tren Senandung Langkawi je. Perjalanan dia Hatyai- KL. Sampai Ipoh jam 2.17 pagi dan sampai KL Sentral jam 5.40 pagi.

Oleh kerana naik di Ipoh, aku dah tau dah resamnya. Tempat duduk aku mesti ada mamat-mamat Patani atau budak-budak kecik yang main duduk je. Duduk berjaga takpe, boleh la mintak suruh blah. Tapi kalau dok sedap tidur? Kesian la pulak. Jadi aku pun ambil keputusan untuk duduk kat kantin je.

Yo lah. Ipoh-KL tak joget2 macam tempat lain. Landasan dia baru, rata, tak goyang-goyang Inul bagai. Sangat selesa melebihi naik pesawat. Pesawat pun kadang-kadang menakutkan juga gegarnya.

Naik-naik terus order Nescafe nih. RM2.50 gelas kecik je. Cekik landasan namanya. Takpe. Berbekalkan kacang putih ngan air mineral, aku pun online. Test Maxis Broadband. Connection keseluruhannya 60% je. Kawasan sebelum Batu Gajah, Tapah Road, Sungkai memang tak ada connection HSDPA. Masuk Selangor je, cantik. Tapi sebelum Sg. Buloh selepas Rawang, macam haram.

Apa yang aku nak cerita bukanlah itu. Tapi tentang GPS reading. Bacaan GPS tak dapat mengesan kelajuan keretapi tu. Aku pun heran sebab apa. Kalau nak kata sebab wayar letrik atas kepala sepanjang Ipoh ke KL, masa aku naik ERL, OK je. Maksimum 161.5 km/j. Atas ERL pun ada wayar karan jugak.

Tapi, dalam keretapi tu, GPS speed reading tiba-tiba mencatat 335.8 km/j. Wau. Ini keretapi kat Perancis ke kat Jepun ni? Hahaha.

Aku ingat GPS tu salah. So aku check position melalui kordinat kat Google Maps. Ternyata posisi aku betul. Lokasi 4.3487 Utara , 101.1158 Timur tu tepat atas rel keretapi di Malim Nawar. Tapi macam mana speed boleh jadi macam tu?

Aku rasa ada benda ni berkait dengan friction keretapi tu sendiri atas landasan. Tapi aku pening jugak. Bukan ke dia baca melalui posisi dari masa ke semasa.

Jadi aku pun anggaplah tren tu memang tengah 335.8 km/j walaupun mustahil. Hahaha.

Merasa la naik keretapi paling laju di Asia Tenggara dengan tambang RM12 untuk 220km. Wahahaha.

Yo-o-o je ke Singapore. Padahal tren tu ke KL je. Tapi penumpang yang nak ke Singapore akan bersambung dengan tren KL - Singapore pulak. Transit di KL Sentral.

Tu dia hah. 335.8 km/j. Kordinat yang tertera bila di semak di Google Maps, memang tepat atas landasan di Malim Nawar.

Lokasi kordinat.

Sebenarnya, yang menyebabkan kesewelan bacaan ini ialah gangguan signal GPS yang dialami ketika berada di dalam keretapi yang bergeser dengan landasan dan menghasilkan medan elektomagnet tersendiri. Gitu. Maka ulangan signal GPS menjadi lambat. Akibatnya bacaan sebelumnya tiba saat tren telah melepasi kawasan tersebut dan bacaan seterusnya yang masuk menerusi signal GPS yang lebih aktif menghasilkan jarak yang ditempuh kelihatan sangat panjang dalam sela saat yang pendek. Maka jadilah ia keretapi peluru Jepun yang femes itu walaupun dengan kelajuan 335 km/j, Ipoh - KL sepatutnya 40 minit jer .

Hehehe.

2 comments:

  1. best la pak tam naik tren yg teramat pantasss... pantas katanyer....huhuhuhu.......*Fasleigh<--- mcm nama univ. aku masa belajar kat US dulu cuma ejaan sket lain la....Fairleigh :)

    ReplyDelete
  2. haha.. tapi masa zaman abraham lincoln ada pemerintah tentera nama Colonel Fasleigh .. huhu.. baru je tau lps google

    ReplyDelete