Tuesday, March 1, 2011

Berehatlah Dengan Aman Di Sana

Balik kerja semalam, belum sempat aku bukak baju, Tya telefon. Terdengar hiba Tya yang sedang menangis. Dia bilang, Boy Heveree dah meninggal. Masa tidur. Aku terkejut sampai aku bingung, sapa tu Boy Heveree. Aku bingung sebab Tya sebijik macam Aiman masa call aku bilang pasal kematian Rizal, 2 minggu lepas.

Aku automatik sebut, ya, Paktam kenal, masa Tya tanya, Paktam kenal kan? Terus aku on internet, dan FB, aku nak kenalpasti. Ya Tuhan, Boy, yang selalu dengan Robson, dan selalu lepak sekali di tasik. Umur baru 25. Dah tak ada lagi.

Aku bersiap-siap untuk mandi. Cuaca mendung. KL kelihatan hujan. Aku berbaring seketika mengenangkan apa yang sedang berlaku dengan kita sekarang? Banyak yang pergi tiba-tiba. Seketika, aku tertidur tanpa aku dapat menghalang. Panggilan EE dan Billy untuk pergi ke Cheras melawat jenazah Boy tidak aku dengar sebab memang telefon aku pun sentiasa 'silent mode'.

Seperti Rizal, kawan ofis aku yang meninggal 18 Februari 2011, Boy juga meninggal kerana kegagalan fungsi jantung. Seperti Rizal juga, Boy dibawa polis ke hospital dengan berselubung plastik mayat warna hitam. Sedih.

Tapi terfikir aku, sekurang-kurangnya pemergian mereka dalam keadaan sempurna dan cukup sifat tanpa setitis darah menitik ke bumi.

Bagaimana pula bilangan kematian yang diakibatkan kecederaan yang serius yang sering dialami oleh 'mereka-mereka yang pergi sebelum waktunya"? Pecah muka, putus badan, putus itu dan ini?

Seperti arwah Khalid yang pecah paru-paru akibat ditusuk tulang dada yang remuk, Hazi yang hancur mukanya dan terpaksa di isi kapas, pemergian Rizal dan Boy boleh dikatakan dengan keadaan yang cukup sempurna.

Nasib kita entah bagaimana? Aku berharap agar kalau aku 'pergi' juga pergi dengan jasad yang sempurna. Tetapi kita manusia hanya layak untuk berharap sahaja.

Bagaimana pula 106 orang yang terkebumi 2000 meter di dasar laut tanpa dapat dinaikkan ke darat seperti dalam nahas udara Adam Air, Indonesia pada 1 Januari 2007? Mintak dijauhkan.

2 comments:

  1. Walaupun ad xkenal dia..ad doakan agar dia di cucuri rahmat..dan ditempatkan dgn kekasih2 allah...aminnn

    ReplyDelete
  2. He belongs with HIM now...let HIM take good care of Boy...

    ReplyDelete