Friday, January 7, 2011

Jawapan Persoalan Menteri Rogol Amah Seberang


Kekecohan mengenai dakwaan bahawa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim pernah merogol bekas pembantu rumahnya semakin hangat diperkatakan. Terbaru, dipaparkan satu bukti terbaru yang akan mengejutkan ramai pihak. Siapakah wanita di atas? Apakah kaitannya dengan Dr. Rais Yatim?



Inilah adalah wajah sebenar Robegah (gambar yang telah dibulatkan), bekas pembantu rumah bersama rakan sekerja bernama Sumiyati yang kononnya dirogol majikannya iaitu Dr. Rais Yatim. Gambar ini telah ditangkap ketika Robegah bersama rakannya, Sumiyati mula bekerja di rumah Ahli Parlimen Jelebu ini 12 tahun yang lalu. Kini Robegah berumur 46 tahun dan telah 4 tahun meninggalkan kerjanya dan kini menetap di Indonesia.

Ternyata gambar yang disebarkan sebelum ini bukan Robegah seperti yang didakwa. Sangat berbeza dari rupa paras, malah jarak umur yang jelas jauh bezanya. Ini membuktikan bahawa ianya fitnah besar yang diperlakukan oleh individu-individu yang mahu menjatuhkan Dr. Rais Yatim.

Sumiyati (gambar di atas) yang masih bekerja dengan Dr. Rais Yatim amat terkejut dengan dakwaan yang dilemparkan kepada majikannya. Katanya dia dan Robegah sendiri tidak pernah menghadapi sebarang masalah dengan keluarga Rais Yatim malah mereka berdua amat disayangi isterinya, Datin Seri Masnah.

Sumiyati juga berkata tidak logik Robegah telah dirogol majikannya kerana dia merupakan teman sebilik Sumiyati. Sumiyati begitu kesal dan sedih dengan fitnah ini kerana Dr. Rais Yatim dan isterinya merupakan majikan yang sangat mengambil berat terhadap mereka berdua.

Tapi apa yang membanggakan Sumiyati, Datin Seri Masnah tetap tabah dan sempat berpesan kepada beliau agar sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk kebenaran yang sebenar.

Nampaknya fitnah yang merupakan dosa besar, kini menjadi mainan pihak tertentu di Malaysia, terutamanya golongan yang berketayap atas kepala.


No comments:

Post a Comment