Saturday, August 28, 2010

Lembut Jari Dari Lidah

Aku bukan lah benak sangat untuk berasa susah dalam memahami isi hati manusia yang meluahkan kata-kata yang sangat enak ditelan salur telinga dan mata. Apabila masing-masing berkomunikasi dengan berlangsirkan skrin komputer, berbagai asas karekter pembual atas talian ini yang disembunyikan dengan menzahirkan bacaan-bacaan yang menyeronokkan.

Aku sentiasa beringat bahawa dengan menjadi jujur, manusia akan mengambil kesempatan. Tapi itu langsung tidak bermaksud yang aku perlu mencari kesempatan pada mana-mana orang yang jujur terhadap aku.

Variasi karenah manusia bersamaan dengan penciptaan cap jari. Mengambil contoh jari, kita dapat kaitkan pada jarak yang dekat akan jahatnya jari apabila menggantikan tutur bicara dalam berkomunikasi.

Jari mampu berkata-kata tentang sesuatu yang sebenarnya bertentangan dengan kehendak sebenar. Ini menjadi ketagihan bagi seseorang yang kesunyian dan ingin membuang sedikit masa yang ada dengan meluahkan harapan palsu yang baginya hiburan semata-mata.

Jadi, pembuluh yang beroperasi di simpang berfikir kita haruslah sentiasa bersedia untuk menerima input mentah secara pukal, lalu diproses pada ketika yang sesuai. Macam lembu ragut rumputlah kekiranya.

Ini kerana, sebarang natijah susulan yang mengecewakan tidak akan mendatangkan ralat hingga diri terdorong dek bisikan setan supaya memburuk-burukkan orang tersebut malah kita mungkin hanya akan tersenyum sinis.

Walaubagaimanapun, bersangka baik itu menguntungkan kita untuk jangkamasa yang panjang. Jadi, tak kisah lah kot. Asal sama-sama saling terhibur dengan pantun sajak penuh harapan walaupun ada la juga terasa sekelumit SENTAP.

No comments:

Post a Comment