Monday, August 23, 2010

Ada Apa Dengan Q Bistro

Bersempena dengan semalam, esok, lusa, dan selamanya, terkait kisah hadek-hadek mencaruti para pengunjung Q Bistro, maka posting kali ini adalah untuk menabrak (melanggar kata Indon), opini (pendapat kata Indon) hadek-hadek ini kononnya lepak di situ kerana menjaja muka.

Kau kenapa kan? Yang menjaja ialah mamak empunya Q Bistro tu. Kami pengunjung jer. Lebih-lebih lagi sesetengah yang mendiami di dalam tanah rizab PLU kawasan Cheras tu menyebut kononnya yang datang dari jauh tu semuanya gigih. Kami ni pelancong asing. Pelancong asing memang tahu menilai daya tarikan sesuatu tempat berbanding penduduk tempatan.











Lihat. Betapa indah dan meriahnya melepak di Q Bistro yang bersih itu. Aku suruh ko makan makanan tu. Bukan suruh makan mamak waiter tu. Kalau ko rasa geli nak order Roti Tissue yang layak dipanggil "roti lengan sampai siku", jangan order. Banyak benda lain lagi boleh makan.
Ni tidak. Konon tempat banyak PLU tak nak pergi. Tapi kat LQ punch card tak pernah merah. Konon kedai mamak tak makan. Tapi kedai Melayu lengang jugak. Makan Bak Kut Teh restoran bertaja Tiger dan Carlsberg ke? Propa sangat. Adik-adik suka buat pertandingan kahak siapa yang jatuh ke muka dengan banyak sekali selepas meludah ke langit. Kan?
Juga tujuan posting ini adalah untuk meramaikan lagi pengunjung Q Bistro tanpa bayaran pengiklanan sebab, bila dah ramai, tak hadap la dak gi situ lagi sebab alasan : TAKDE TEMPAT DUDUK!

No comments:

Post a Comment