Tuesday, March 9, 2010

Krabi 11 : Phi Phi Dari Kamera Henfon E71

Terbitnya pagi Ahad 14.02.2010, iaitu hari raya cina pertama di tanahair, aku pun terjaga. Aku terus mandi sebab aku rasa jam yang aku set main agak je malam tadi saat henfon aku mula bernyawa, tak tepat. Jam henfon aku menunjukkan jam 9.00 pagi Malaysia. Awal lagi kot. Aku pun mandi.

Lepas mandi, aku siap-siap dan terus ambik henfon. Horei. Dah boleh snap-snap. Snap gambar yer.Takde rotan akar pun berguna.

Inilah tempat tidur aku malam tadi. Cahaya yang tembus masuk menunjukkan isyarat "rela diskodeng". Haha.


Yang ini pula jambannya. Tapi tekanan air akar sekentutnya menyedihkan. Nasib baik la atas bukit. Kalau kat bawah dah sah aku pikir bau air kumbahan yang dikitar semula. Tidak yer. Itu air bukit yang berbau akar sekentut.

Inilah dangau durian aku. Yang sebelah sana tu dangau minah omputeh yang tensen dengan aku malam tadi. Dia nampaknya dah segera berambus.

End unit yang menakutkan. Haha. Nasib baik aku dah nak balik.


Rumah-rumah penduduk tempatan yang ala kadar. Sama ada mereka ada rumah lagi besar di tanah besar, idak ler teman siasat. Tapi seolah-olah dollar yang masuk tak sampai ke mereka.


Cara terapi air kumbahan di Phi Phi. Meriah tanaman kunyit lengkuas serai di takungan kumbahan.


Dan sisa kumbahan di bungkus untuk dijadikan baja. Idea omputeh la ni. Sebab omputeh la banyak memercepatkan pemulihan Phi Phi selepas tsunami yang telah menjadikan 'pekan' Phi Phi kembali menjadi kebun kelapa.


Pemandangan lelorong cecelah sekitar 'pekan' Phi Phi yang tiada motor atau kereta. Hanya kring-kring basikal yang menderu di celah pejalan kaki.



Inilah Reggae Bar yang hingaq bingaq malam tadi. Lagi satu club apa nama lupa ada kat blah depan sikit.


Lalu aku singgah la kat sebuah kedai orang Islam. Sebaik saja memberi salam pada lelaki yang aku konfiden empunya premis dikalangan orang kampung yang dok minum pagi, aku berbesar hati selepas salam aku di jawab. Orang tua tu ingat aku orang Singapore. Aku senyum je. Teringat pulak masa beli kuih kat pasar Ramadhan di Johor Bahru dulu. Haha.

Aku order teh ais. Dua gelas. Dahaga yang amat. Lepas tu aku order roti ngan tuna dan fries. Wah. Rotinya sejuk dan keras, disumbat tuna. Ala kadar.


Sambil aku makan, aku pun tengok jugak la gelagat penduduk bersembang. Tapi, sorang pun tak cakap Melayu.

Bedal je lah. Licin pun. Perut dah lapik. Aku dengan konfiden suruh akak tu kira. Nah kau. 250 Baht. Tak ke pantat je. Ingatkan bagi salam dapat la murah. Ni Islam ke Yohdi ni komer?


Aku pun memberi lambaian terakhir ke pantai lagi satu. Di pantai sebelah lagi satu dari pantai ni, menunggulah jeti yang akan mengucapkan selamat tinggal kat aku.


Bot a.k.a feri ke Krabi dah pun menunggu. Baru 9.30. Awal lagi.

Memang inilah tempat paling cantik yang pernah aku sampai dalam 31 tahun hayat aku setakat ni. Aku berjanji dengan Phi Phi, aku akan datang balik sini sikit masa lagi.



Aku sempat jumpa Don. Dia bagi aku risalah. Dia bagi nombor telefon, dia tulis atas risalah tu. " Mr. Dont" tulisnya. Dont gapo kedio? 0833880509. Itu nombor dia.

Aku dinajikan free cab ke Krabi town. Good. Gertakan awek kaunter tu semalam kata yang aku akan di caj 30 Baht untuk pengangkutan ke pekan Krabi tidak menjadi kenyataan. Haha. 3 hengget pun berkira. Harus. Sejimat yang boleh yer.


Aku terus masuk duduk tingkat atas feri a.k.a bot tu. Walaupun menaklah ni akan bergerak lagi 40 minit.

Akhirnya bot a.k.a feri ni pun mula keluar dari tambatan. Sedih. Kehadiran aku dipulau ni cuma 23 jam. Tapi penuh berbagai cerita.

Bot pulang ke Krabi dipenuhi omputeh yang tak puas-puas berjemur. Panas woi.


Kelihatan Ko Lanta dari laluan Phi Phi ke Krabi.


Terima kasih Thailand kerana melepaskan aku untuk menanam selipar di Phi Phi Leh. Pemandangan Phi Phi dari kejauhan.


Bebukit di Ao Nang melambai aku untuk ke sana.


Tibalah sudah ke tanah besar. Next thing is, sewa motor, merayau-rayau.



En route tu, aku terjumpa uncle Tamil dalam bot semalam. Aku tanya dia, mai mana. Dia orang Kuala Ketil. Oh. OK. Dialah yang memula sekali heran bila dapat tau aku travel sorang-sorang. Heh. Omputeh tak heran pun. Typical Malaysian lah. LOL.

No comments:

Post a Comment