Tuesday, March 9, 2010

Krabi 12 : Petang Terakhir Di Krabi

Setibanya kat jeti Krabi, aku tanya kat Andaman Sea Master punya kaunter tanya free cab deperti di kupon yang melekat di dada aku tu. Awek tu suruh aku tunggu kejap.Aku pun gi telefon Syabab pasal shipping tu. Aku try telefon oren hijau. Best, dapat Syabab. Kami sembang bisnes kejap. Kemudian aku rasa lama benor kot 30 Baht aku isi. Aku letak telefon dan kembali ke kaunter. Oih. Dah menanti pikap. Nasib baik aku tidak ditinggalkan.


Tudia. Keluarga Kuala Ketil semua dalam tu. "Ni pergi town Krabi ke?" aku tanya kat uncle tu. Dia angguk. "Where is this guy come from" tanya si aunty pada si uncle. Ko hengat orang Malaysia semua tak reti cakap omputeh ke. Bengong aunty tu. Dah cakap Melayu cara Malaysia dah tentulah orang Malaysia.

Pikap tu terus memecut dengan gila babi. Kalau jatuh padan muka. Itulah dalam hati pemandu tu agaknya. Sampai je Jalan Krabi-Ao Nang, keluarga Kuala Ketil tu turun. Uncle tu cakap tadi depa nak bermalam d Ao Nang pulak. Pemandu pikap yang heran tengok aku tak turun walaupun kulit dah nak sama dengan keluarga tu, terus tanya mana aku nak pergi. "Maharaj Road." kata aku. "Oh. Mahalat." dia terus naik dan terus memandu gaya gila babi.

Setibanya di Maharaj Road, aku pun buat gila babi dengan melompat keluar pikap sebaik berhenti. Pemandu tu suka sebab dia tak susah nak turun untuk bukak hadang. Aku lambai kat dia dan terus bergayut kat telefon call adik aku. Dorang bawak mak aku ke Lake Garden KL. Amboi. Ke taman bunga. Bawak lah gi Poh Kong ke..Habib ke.. Meriah sikit.

Aku meneruskan kembara. Waktu makan. Aku berjalan cari kedai orang Islam. Jumpa. Hoh. Lauknya ada 4 jenis je. Ulam belulam di bagi free. Tapi timbul masalah. Sambal belacan. "Shhrimp.. chillie.. err.." jenuh aku nak explain anak dara tembam bertudung yang melayani aku sambil makcik tua berserkup melihat dari kaunter. "Sambal belacan" ujar aku lepas dah tak reti nak explain. Vocabulary English ko bombastic pun tak guna skang. Dorang bukan paham. "Ohhh.... No.. No..." sahut makcik tu dari kaunter sambil senyum.


Sambil aku melantak hidangan berharga 60 Baht ni, si makcik dan si awek tembam sedang bergelak sakan mengumpat aku. Lantak korang lah. Aku pun kunyah la ulam tu tanpa sambal belacan. Pelik pun ada. Kalau tak pelik, tak lah nama tempat orang kan?

Aku pun berjalan pusing sana pusing sini cari kedai sewa motor. Huh. Banyak kedai di pekan Krabi yang tutup. Itu menunjukkan populasi peniaga Cina kat sini. Lepas aku tanya kat sorang mamat jual kasut ( penjual kasut gak aku suka tanya kan..), aku pun terus ke tempat sewa motor yang dipertunjukkan.


Kandar punya kandar, naik bukit. Adeh. Panas. Sempat la menangkap gambar sendiri pada reflection cermin kedai yang tutup.


Ini la satu-satunya monumen keagamaan Buddha yang aku jumpa kat pekan Krabi. Namanya THE SECRED KRABI. Kat Thailand ni paling bestnya, English salah ke malah ke, nobody cares. Yang penting bahasa Siamnya betul. Itu la yang terbaek.


Inilah motor yang tinggal. Satu-satunya. Kaler pink pulak tu. Sebaik aku sampai kat JP Mansion, si owner dia, tepuk dahi. Dia kata, dia pun ada motor untuk di sewa.


Nah kau, motor scrambler lagi. Ah. Takmau. Baik aku pakai motor baru. Pink pun pink lah.


Aku pun lepak kat sofa sementara pekerja dia set kat sebuah bilik untuk aku.


Heaaahuuu. Aku sekarang dah boleh ke mana-mana sahaja tanpa masalah tambang. Pemandangan arah Ao Nang di Jalan Krabi - Ao Nang.


Pemandangan arah Krabi di Jalan Krabi-Ao Nang.


Laluan celah bongkah batu kapur ke Ao Nang. Kerajaan Thailand sedang melebarkan jalan. Patutlah jalan di Thailand cantik-cantik. Mereka mengorek bahu jalan sedalam 1 meter untuk dibina asas jalan yang hendak dilebarkan. Tebal tu!!


Jalannya pula licin. Sampai nak lap motor kat selekoh tu pun aku seriau. Gradient kurang dari 6 Degree. Rasa macam nak terlentang je. Tapi bila mat motor ngan minah motor dorang bubuh selamba je, aku pun terpaksa mensiamkan penunggangan aku.


Sampai dah aku kat pantai paling utara di rangkaian pantai-pantai Ao Nang. Air surut Februari menunjukkan kesan tak indah kat sini. Bosan je. Biaso biaso je.


Orang pun lebih ramai mengutip kepah dari bermandi manda.


Teruja aku melihat sebuah masjid yang sedang dibina besar dan indah di jalan pantai Ao Nang (Route 4203).


Sampai lah aku ke penghujung pantai Ao Nang yang boleh dilalui. Pantai yang lebih indah dan curaman batu kapur di pantai jernih hijau di balik gunung ini adalah di bawah Taman Negara Thailand. Hanya boleh masuk naik bot. Sebab dari tambang bot, dorang masukkan cas per kepala yang perlu dibayar untuk memasuki Taman Negara Thailand. Bukan free yer.


Saujana pantai menghadap utara di Ao Nang.




Cukuplah sampai sini je. Aku tak kuasa lagi nak explore sebelah balik gunung sana. Panas terik. Nampak tak aliran sungai yang mengalir masuk ke laut belakang tu?


Jangan sekali-kali sentuh air itu sebab ianya adalah kumbahan dari resort berhampiran dan baunya seperti loji indah water. Uwekk.





Oit. Burger King bumbung asbestos. Mana nak ada kat negara kita camni. Tarikan pelancong gak nih. Aku di sebatang jalan tepi pantai di Ao Nang.


Berbagai juadah jualan gerai kaki lima milik orang Islam di pantai Ao Nang. Tu set yang aku makan tu 90 Baht. Teh ais, 15 Baht.

Aku kemudian, terus balik. Henfon aku dah nak habis bateri. Ye lah. Asik kena kerah snap pic je. On the way balik aku snap gambar masjid-masjid yang aku nampak.


Masjid di simpang ke pantai di Ao Nang arah Nong Thale.


Masjid Al-Aman di simpang ke Phra Nang.




Pemandangan di sepanjang jalan pulang. Puas main panas hari ni. Balik nanti mesti ada yang tegur aku makin gelap. Haha. Padahal sekali pun aku tak mencelup badan ke laut.

Sebelum aku balik ke penginapan, aku pun rempit-rempit cari makan. Maka terjumpa la aku dengan food court tepi sungai




Terselit sekeluarga Melayu Malaysia tengah makan kat situ. Aku mesti buat tak tahu je. Aku malas nak bersosial dengan umat senegara buat masa ni.


Walaupun mereka kat sini nampak macam Melayu, hakikatnya mereka adalah warga Thai yang setia pada Bumiphol.


Ni ler barisan tukang masak yang aku tak lalu nak makan dah. Kenyang sangat.

Aku pun balik ke penginapan. Sambil booze aku cas telefon kat ruang rehat tu. Sambil cas telefon, aku menaip apa yang korang baca ni. Sambil-sambil tu aku wi-fi layan facebook. Tiba-tiba, aku terbau sesuatu. Sesuatu yang dah beberapa hari aku tak bau. Bau kayu-kayuan. Aku menerpa ke arah omputeh dua tiga ekor. Dapat la aku dua tiga puff. Best. Kami bersembang tentang gangsterism. Menurut owner JP Mansion, budak-budak Krabi semua dah hanyut dalam dunia syabu. Tak lari jauh dengan Malaysia nampaknya. Sembang punya sembang jam dah pukul 3. Sebelum blah, aku cakap kat owner tu. " There is two things that made people together. Music and weeds." Dia ketawa. Aku naik ke bilik aku. Sambung cas telefon, tidor.

No comments:

Post a Comment