Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Monday, April 4, 2011

Melihat Tingkahlaku Awan

Beginilah kelajuan apabila 15 minit dilajukan menjadi 15 saat. masa yang diambil untuk save footage ini ke dalam kelajuan ini mencapai 90 minit. Malang sungguh behavior awan tidak seperti yang diharapkan:


Ini pula kelajuan di atas digandakan menjadi hanya 7 saat. Setelah memadatkan video di atas, kerja melajukan menjadi mudah. Masa yang diambil cuma 10 saat :


Video ini di rakam di Taman Perpaduan, Ipoh 03.11.2011 jam 6.30 petang.

Sunday, April 3, 2011

"Habis Dimakan Monyet" Karya Hassan Muttalib


Karya Hassan Muttalib, animasi Sang Kancil Menipu Buaya. "Habis dimakan monyet" merupakan tagline popular yang dipetik dari animasi ini.

Taman Perpaduan


Nampaknya Canon Powershort A495 masih lagi relevan untuk dilanyak dan dirakamkan video pergerakan yang dilajukan bagi memberi kepuasan kepada penghasilan kraf video. Muzik ni pulak aku buat pakai Fruity Loops 5.

Friday, April 1, 2011

Balik Ipoh 1 April 2011

Petang tadi, aku decide untuk balik Ipoh. Kalau dok rumah buat noya je. Dah la sunyi, sepi pulak tu. Dah la sepi, sendiri je pulak. Kesian. Tu la, dulu mak suruh kahwin, aku pulak yang tak reti nak kahwin. Bukan tak reti-reti. Tapi tak reti. Bodoh kan.

Jadi hujung minggu gini, aku pun balik la ke Ipoh supaya dapat berkongsi kebosanan suasana di Ipoh tu dengan kebosanan di Putrajaya. Haha. Binawe je kan. Kekira, bosan kuasa dua lah senang cerita. Kan.

Kekasih hati aku pun sibuk kerja. Bagus, dia sangat rajin. Respek dari aku yang pemalas ni kepadanya sebanyak sepuluh bintang. Aku ni dah la pemalas, banyak bunyi pulak, kan?

Aku pun kena la dok kat rumah ni kan. Sebab mak aku bosan dok rumah kakak aku kan. So dia nak balik tengok pokok bunga dia kan. Jadi aku kan, kena la ada di rumah kan. Jadi tak la bosan. Sebab mak balik, yeh..mak balik yeh.. Hehehe. Gile sawan ke aper aku ni.

Inilah perjalanan ku sebentar tadi kan. Gigih kan.




Akan Datang ! Dokumentari Buatan Sendiri!

Monday, March 28, 2011

Tak Dapat 5D Mark II, PowerShot A495 Pun Jadilah

Ini merupakan rakaman masa aku balik sensorang dari Ipoh ke KL minggu lepas. Menggunakan Canon Powershot A495 yang berharga RM399 je. Memandangkan buat masa ni memang aku selalu balik ke Ipoh, maka tergamaklah aku sendirian merakam itu dan ini. Ini mungkin juga disebabkan oleh minat fotografi yang semakin kurang dan makin meminati rakaman video. Nasib baik ler tak sempat beli digital kamera mahal-mahal kan. Kalu tidak, bakal jadi memori yang usang bagai bara merah je. Lepas ni aku nak cari jampi mantera bagi membolehkan Canon PowerShot A495 itu disumpah menjadi Canon EOS 5D Mark II. Kelas!



Tuesday, November 30, 2010

Jangan Main Cedok Jer Anney !

Selamat pagi semua. Ibu-ibu, bapak-bapak. Pagi sangat kan. Lalat pun belum sempat bangun nak hurung sampah. Yer lah, semalam hujan awal, so tidor awal la kan. Haha. Hidup dipengaruhi cuaca. Begitulah. Tapi, bangun je baca paper, terus temper. Sangat marah rasanya.

Apakan tidak, maksud di hati tak ingin berpolitik bagai. Tapi, diajak mengulas jugak lah kan bila ia bersangkut akidah pegangan segala ni. Al kisah Encik Parry yang mewakili parti oposisi di Malaysia ni. Oposisi yer. Bukan opsssissy.

Encik ni menghujah beralkisah bertoyib bagai sesama politikus dia la kan. Ada bangsa berkulit pagi, ada bangsa berkulit asar juga ada bangsa berkulit senja dalamnya. Wah. Meriah la kan. Sangat multirasial kan. Tetapi kan, multirasial tidak bermakna boleh multimacamsial yer.

Alkisah, toyyib, encik dari bangsa berkulit senja ni, menggunakan ayat Surah Ali Imran dalam ucapannya. Padahal dia bersembahyang di kuil adapun sepanjang hidupnya. Al Quran bukanlah kitabnya. Islam? Dua-dua mata pun tak dipandangnya. Bukanlah nak dikirakan sangat yer. Ikut hati pluralis sakitjiwalis, memanglah mengundang tepuk tangan tepuk meja bagai kan. Tapi, layakkah begitu?

Konon pula, ada yang berkata, dengan demikian, maka akan terbukalah hati mereka menerima Islam. Kalau terima, mereka tak cedok ayat satu dua yer. Mereka akan setuju dan metelaah seluruh isinya. Kenapalah oposisi negara ini berkepala dungga?

Ingatkah kita pada Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping dari parti Dok Ampu Penipu yang membaca ayat Al Quran terus dalam bahasa Arab, dengan tanpa hukum tajwid, yang mengundang tepuk tangan haji-haji PAS di Bukit Gantang dulu. Justifikasinya, dia semakin hampir ke Islam. Islam kah dia sekarang selepas 2 tahun? Tidak juga hingga ke akhirnya.

Tidak yer. Sesungguhnya, di belakang Dajjal, adalah kaum Yahudi dan para penyembah berhala. Bila dikatakan Dajjal itu tugasnya memanipulasi, berkait juga lah dengan niat hati pengikutnya yang mulut berkata A hati berniat B.

Encik Parry menyampaikan maksud ayat Al Quran itu dengan tunggang langgang sekali bak aya bersidang samsu. Maka apakah keikhlasan dia itu layak mengundang tepuk tangan kan?

Kalau dia benar-benar ikhlas, jangan colek satu dua ayat Al Quran lah kan. Ambil semuanya. Kerana kurang satu tak wujudlah seribu. Jangan lah kita menjadi manusia pembela munafik yer. Cukup-cukuplah dosa-dosa yang ada yang menunggu giliran untuk diinsafi.

Eh, sudahlah kau! Semakin aku berkata-kata, semakin benci aku padamu. Gitu. Enjoylah video di bawah jika anda rasa ini mengenjoykan :


Ini pula ayat sebenar dan maksudnya yang sebenar bagi ayat yang dicedok oleh munafikin di atas.

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ . الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.

Renung-renungkan, selamat beramal!

Sunday, November 28, 2010

Hantu Dalam Cermin


Adakah itu menakutkan anda? Relax la beb. Aku sebagai pengkritik cerita hantu ni memang suka mencari di mana ketempangan sesebuah video / filem / drama hantu yang dibikin oleh mana-mana produksi pun. Dari video di atas, maka aku dapatlah melihat kegagalan mereka membikin sebuah babak yang bertujuan menakutkan.

Lihat gambar di bawah ini. Ia diambil pada saat keempat dan memperlihatkan kesilapan pada imej sebenar dan imej refleksi. Hehehe. Pembuat video ini seharusnya berusaha lebih gigih lagi dalam menghasilkan video yang lebih mantob.

Friday, November 12, 2010

MB Kedah Amuk. Cara Islam Katanya.

Oih MB Kedah.. chenge sungguh hang no.. awat lagu tu? Orang tu tanya, jawab pi la .. kat mana.. dengan siapa.. dia bukan tanya peruntukan.. dia tanya awat tak nampak muka. Apa la hang ni..

Wednesday, November 10, 2010

Gunung Berapi Tak Semestinya Membakar

Selepas kita melihat letusan Gunung Merapi, kita teruja betapa besarnya kuasa Allah yang menjadikannya. Tahukah kita bahawa letusan gunung berapi zaman moden yang membunuh paling ramai orang, berlaku di Columbia pada tahun 1985?

Mereka tidak mati dalam kepanasan, malah mereka mati dalam kesejukan. Kesejukan lumpur yang jika mengeras, nescaya sekuat simen!

Seramai 29,000 orang terbunuh apabila sebuah bandar ditimbusi lumpur mengalir yang bercampur debu gunung berapi dan ais puncak gunung yang mencair. Bandar malang itu bernama Armero. Saksikan video ini :


Friday, November 5, 2010

I Will Survive Versi Melayu

This song I created back in 2005 when I was there consoling Boy Kalid that have his years of love ended. He was in deep sorrow and I fear he'll commit suicide as we are living in 15th Floor of Pangsapuri Seri Nilam, Little Jakarta, Bandar Bru Ampang.

It took five year of my laziness to bring it to Youtube. Enjoy. Enjoy ke?

Thursday, November 4, 2010

Video HD Letusan Awan Panas Merapi

Panorama mengasyikkan letusan ini dirakamkan pada 29 Oktober lalu.


Friday, October 1, 2010

Iklan Hari Malaysia 2011

Iklan Hari malaysia untuk tahun depan ini dibuat untuk dipersembahkan semasa temuduga jawatan dalam bidang penyiaran yang akan berlangsung pada 6 Oktober 2010 di SPA, Parcel C.

Thursday, May 27, 2010

Video Clip : Twenty Seven

Lagu ni ialah lagu pertamu yang dicipta setelah saya mengenali Fruity Loops pada hari jadi saya ke 27, 23 Jun 2005.