Monday, August 17, 2015

Ke Bandung Bersama Malindo Air

Ia pengalaman yang pertama menaiki Malindo Air pesawat baru keluar kedai dan pertama merasai khidmat Malindo Air yang berpramugari berkemban jika diabaikan kebaya nipis yang dipakai. Haram ade pramugara lelaki di Malindo Air. Haram dari bahasa Perak. Sila faham.


Rekaan dalam pesawat kelihatan moden lah kalo nak ikutkan Air Asia. Nama juga pesawat baru. Mestilah ada TV TV camtu kat tempat duduk.
  

Pemandangan Melaka ketika pesawat berlepas menuju Bandoeng. Di Indonesia, oe adalah u sebelum ejaan diperbaharui dolu2.


Seperti menaiki Boeing 777, walaupun berbagai natang lain ade dalam layar elektronik untuk kita pandang, saya paling gemor tengok flight path. Lalu dihadapilah ia oleh saya sepanjang perjalanan.


Perjalanan kali ni saya ditaja dengan Nasi Briyani untuk makan tengahari. Harganya cuma : Bukan saya beli.



Dek kerna tebal kerusi yang lebih kurang ETS, ruang lutut akan merasa kelegaan dan angin boleh masuk sedikit ke telur bagi mengurangkan kelembapan.


Tiba di BDO tepat pukul 2:10 petang waktu Indonesia dan Lapangan Terbang Hussein Sastranegara yang sekangkangkera ini kerupakan lapangan terbang tentera manakala terminal baru yang besarnya tiga hingga empat kali ganda sedang dibina di timur lapangan terbang ini.


Umumnya petang Jumaat itu lalulintas masih OK. Sambutan hari merdeka Indonesia adalah pada hari Isnin nanti. Perjalanan harus dirangka untuk tetamu yang saya bawa.

Ya itulah punca saya travel percuma tahun ini yakni untuk mengepalai sebuah rombongan.
  

Kami menginap di Hotel Gurame yang terletak di Jalan Gurame berhampiran Universitas Langlangbuana berhampiran laluan Sg. Citarum yang terkenal itu. Terkenal sebab apa, sila Google sendiri bagi menjaga sentimen pembaca dalam keharmonian ASEAN Community. 


Selepas menjemput penerbangan kedua, masa diberi satu jam untuk solat maghrib seterusnya merangka laluan mana hendak dibawa mereka ini dan ini. Lalu kamu ke Toko Tiga bagi memberi peluang mereka membeli belah. Selepas menikmati makanan di sebuah restoran makanan padang yang sederhana lah juga popularitinya, kami pulang. Sbelum tidur saya akan merasai makanan gerai yang ado di dopan hotel. Soto Betawi. Balik hotel terpikir apa jadah Betawi kat Bandung. Bandung tanah sunda. Betawi ialah Melayu Jakarta yang telah terasimilasi sedikit dengan Cina Hokkien sejak lebih 300 tahun lalu.


Esoknya kami membuat keputusan meredah pagi seawal 8:30 menuju ke Kawah Putih. Niat untuk ke Tangkuban simpan sahajalah memandangkan jalan semakin sesak dipenuhi warga luar Bandung yang bercuti ke Bandung sempen cuti tiga hari di Indonesia.


Nampaknya rombongan setakat ini masih menggembirai pengetuaan saya. Wow bahasa peringkat awan itu.


Perjalanan ke arah timur laut Bandung sejauh 60 km memanjat pergunungan berapi yang memisahkan Bandung dengan Lautan Hindi di Selatan Pulau Jawa.


Di satu tempat bernama Ciwidey, ketinggian telah mencecah 1300 meter dari aras laut.


Ini bukan di Krabi. Tetapi inilah Kawah Putih yang permukaan airnya berada pada ketinggian 2100 meter dari aras laut. Namun kedinginannya tidak terasa sangat kerana ia adalah puncak gunung berapi hidup gile.



Jam 2:00 petang kami singgah makan di restoran Saung Gawir. Tepi gaung yang saujana mata. Kalau tanah runtuh 7 hari belum tentu jumpa.

Kebetulan trip kali ini berlangsung ketika bulan ketiga kemarau melanda Pulau Jawa.

Rasa macam malas nak tulis,  tengok je lah gambar.




  
  








No comments:

Post a Comment