Wednesday, September 30, 2015

Pertama Kali Ke Kuching

Ianya merupakan hari yang sangat murung. Putrajaya dilanda jerebu tebal. Maka bersiaplah untuk kita lari jauh dari Putrajaya. 


Maka berbungkuslah pakaian kita untuk meninggalkan negeri berjerebu ini. Destinasi? Kuching. 1200 km dari sini.


Lalu, berbondonglah kita menaiki pesawat meninggalkan negeri asap ini untuk mencari udara yang lebih segar.


Tetapi apakan daya, Kuching jerebu jua. Ahh. Stress.



Apapun, kita akur sahajalah dengan keadaan ini dan di samping itu kita pun pergilah berjalan ke Pasar Serikin yang terletak berhampiran sempadan Indonesia.


Keadaan di sini tetap meriah, walaupun jerebu melanda dan inilah kali pertama saya tiba di Kuching, Sarawak.


Selain menyewa kereta dan memandu ke Serikin malah ke Santubong, tidak lupa juga kita makan seafood terkenal di Kuching ini.


Dan menaiki bot penambang untuk ke seberang bagi membeli kek lapis dan terubuk masin.


Dan paling penting ialah bagi mencicipi Laksa Sarawak yang baru kali ini dapat saya rasakan.

Begitulah gambaran perjalanan saya ke Kuching yang tidak dapat saya ceritakan lebih banyak. Travel september 2015, Tulis cerita April 2016. Ko rasa?

No comments:

Post a Comment