Wednesday, July 1, 2015

Kembara Spiritual Hari Jadi Ke Langkawi

Walaupun agak tapai, yakni lebih basi dari basi, kita nak jugak nukilkan catatan kita yang ini. Baca tau. Jangan ko nguap lalu pangkah tutup browser ni pulak. Aku sumpah ko jadi belalang kunyit nanti.


Isnin, 22.6.15, jam 18:36 di KLIA2 ini berpunca dari tiket murah Air Asia yang dipromosikan pada awal Jun. Tarikhnya bertepatan dengan hari jadi ke 37 kita pada 23.6.1978. 

Kita pun beli tiket sehala yang berharga RM10.33 pada tarikh seperti tertera. Tertera kateko. Lalu kita membooking bilik di Kuah yang kita pun tak tau mane duduknye tempat di bawah ini.




Kita pun mencuba kelainan membuka puasa. Iaitu tinggi di udara. Nak kata Edan dalam komen Facebook kita, berbuka with class. Dia carut kita letew.
Nasi tomato dan air botol itu berharga RM18 sahaja. Classy low price lah bak kata orang. Kau tak nak cuba?

Kelakarnya, hitung punya hitung, kita pikir berbuka dengan lewatkanlah 10 minit di atas Teluk Ensen ke Manjung ke begitu. Pukul 7:39 kira okei lah kan. Ha tiga suap masuk mulut, kepten pun umumkan waktu berbuka. Waktu Langkawi kata dia. Nasib baik sebelah kita Jepun ke Korea. Kalau tak padan lah muka. 


Sambil mengunyah dengan gejoloh, lebih laju dari gelojoh, sempat lah kan kita snap gambau Pulau Pinang. Kita selalu tengok gambau satelit. Kita tau la.

Setibanya di Langkawi, kita dah malas nak foto. Sebab kita kelam kabut nak solat, ambik kereta sewa, dan mahu beli sepotong kek simbolik hari jadi. Sumpah sebelum ni tak pernah. Satu-satunya kek pernah wujud untuk besday kita ialah pada tahun 2011 di Sangria hadiah Ciken, Didie, Tya semua. Tapi inikalilalalalalah.

Kereta sewa kita ialah Viva je. Atau bahasa kawan-kawan kat Ipoh, Vivaporingge. RM60 sehari deposit kunci RM50. Kita ambik dua hari lah. Cukup la nak pusing Langkawi kot kalau ada jambatan harus sampai Krabi.

 Selepas taip kat Google Maps , maka Secret Recipe pulau ini nah kau nun di ujung timur. Kita pun drive lah ke sana. En route kata orang putih, kita singgah masjid di kampung entah apa nama untuk Isyak.

Tema perlangkawian pertama sekepas 1994, lawatan tajaan sekolah untuk para-para bijakwan dan bijakwati ini ialah mencari redha Allah di samping mencipta rekod peribadi. Nak dijadikan cerita, hotel yang dicari-cari terletak betul-betul area Masjid Kuah.

Kita pun lalu depan motel. Lalu je. Ye. Masa suntuk. Kang tutup pulak Secret Recipe yang lajak hala ke Esplenade helang sana. Lalu kita membeli sepotong kek entah apa nama berharga RM8.30 dan mintak lilin sebatang dik ye. Eh kita pun terlajak makan kat McD. Hidangan RM18 atas pesawat  tu simbolik je.


Pada pukul 10:30 malam, kita merakam gambar ini lalu diupload pukul 12:00 ke Facebook. Propa tak kita? Yer la kang Helang lampu tutup? Padan muka kan? Hati-hati itu penting. Tak jumpa dalam Google Search lampu tutup pukul berapa. Kan?

Lepas tu kita pergi balik ke pantai barat Langkawi. Minyak 3 bar kot dia bagi. Kita pergi Pantai Tengah kemudian lepak Pantai Cenang sebelum kita ambik keputusan merayau ikut peta Google. Kita balik motel pukul 1:00 dan kunci jam pukul 5 bersama sebuku burger dan air mineral sejuk. 

Esoknya selepas Subuh di Masjid Kuah dan mendengar tazkirah, kita memulakan misi kita. Memandu ke penjuru paling barat di Malaysia. Teluk Datai. 

Kita ikut jalan timur Langkawi menuju Ayer Hangat sebelum melalui Pantai Pasir Hitam menuju ke Teluk Datai.


Tepat jam 8 pagi selepas menempuh perjalanan 50 km, kita tiba di Pantai Pasir Tengkorak, sebuah pantai awam yang pendek, berpasir halus dan terdapat anak sungai masuk ke lautnya.


Laluan ini adalah eksplorasi mengujakan kita sejak dulu, penuh tandatanya dan misteri yang akhirnya disingkap hari ini. Di sini, kita boleh melihat Thailand di seberang laut. Antara pantai ini dan Pulau Tarutao di sana, pihak keselamatan beronda-ronda ala-ala Singapura.


Eksplorasi ini menemukan kita dengan berbagai pemandangan kali pertama. Itulah untungnya sewa kereta.


Papan tanda Sungai Datai itu pula ialah papan tanda JPS paling hujung Barat dalam Malaysia. Pandai tak kita mencipta signifikasi muka besar pinggan kita tepi signboard tu. Tapi serius shit and shot. Fakta itu adalah benar.


Nah selain itu juga, kita menjumpai 3 menara telekomunikasi tanpa aturan. Sebab apa tanpa aturan? Sebab mana ada petempatan manusia kat sini hoi. Tapi tertegak menara Celcom dengan internet +H laju nak mampus. Takde orang pakai. Laju la hoi. Sebab ia dipasang ialah bagi akomodasi delegasi Mesyuarat ASEAN yang diadakan di resort eksklusif di Datai beberapa bulan lalu. Untonglaaa..


Ini pula pemandangan padang golf di Datai yang seperti diserang zombie. Sunyi sepi.


Kita teruskan lagi menuju ke titik paling Barat di Malaysia yang boleh diakses oleh orang awam dengan memandu.


Akhirnya kita pun sampai di pintu pagar ini yang terletak di tengah hutan dan ada pak guard seorang tengah tunggu. Tak takut ke pakcik. Saya takut lah. But first let me take a selfie, yer.

Di sinilah dalam negara ini, matahari paling lambat sampai dan paling lambat tenggelam. Di bulan Julai, Maghrib di sini ialah pada pukul 7:43 petang manakala matahari terbit pada pukul 7:33 pagi.


Oleh kerana sesungguhnya saya sedang berpuasa, tak dapatlah kita mandi di Pantai Pasir Tengkorak ini yang sunyi tiada orang. Pasirnya bak tepung, airnya bak zamrud. Bayunya bak kut teh. Eh bukan. Bayunya dingin. Pulau Tarutao di Thailand jelas tersergam di seberang sana.

Sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita. Serasa kering tekak dan bosan yang amat sangat setelah memandu mengelilingi Langkawi, kita check out hotel, pulangkan kereta dan mintak balik duit sewa untuk esok dengan alasan bos suruh balik. Lalu duit kita dipulangkan dan kita bertindak menaiki feri dalam percubaan untuk pulang ke KL menaiki bas. Air Asia tentu benci dengan kita sebab bagi tiket murah, ko buang-buang je. Sorry la. Lain kali kita beli lagi. Muah.


Sambil tunggu feri sambil kita tengok budak gemok tu makan. Amboi sedap ye makan depan orang yang puasa. Bila kita tak ada perasaan menghormati orang, jangan pernah mengharap untuk orang hormati kita. Itu prinsip kita. 

Kemudian kita dapat bas ke KL pukul 4 petang di Kuala Perlis. Bas tersebut katanya akan berhenti Alor Star lalu ke KL terus. Hakikatnya dia berhenti di Changlun, Jitra, Butterworth, Nicaragua dan Portugal sebelum ke KL. Lalu kita sampai KL pukul 2 pagi dengan harapan nak tumpang tidur surau Pudu Sentral.


Pergi Pudu nak tidur surau, Pudu tutup.. Hahahaharamjadah juga kan. Kita kemudian jalan kaki ke KL Sentral untuk tunggu ERL pertama pukul 5 pagi. Perjalanan kaki selamat. Syukurlah Malaysia masih aman. Selepas bersahurina di Putrajaya Sentral kedai mamak atas terminal bas ekspres yang open 24 hours tu, kita pulang rumah menaiki bas pertama ke rumah di Putrajaya Hilir yakni pukul 6:30 pagi.

Begitulah kembara hari jadi kita yang tak alih-alih, ko balik naik bas. Ko memang kekadang.

No comments:

Post a Comment