Thursday, November 27, 2014

Apabila syurga monolog dimusnahkan oleh luahan minta perhatian

Lamanya tak merapik merapan di blog ni. Facebook telah mengubah pola monolog seorang insan. Daripada penulis dairi takde sapa baca pun takpe, kepada seorang gile perhatian kerana ada hitungan Likes yang menjadi indikasi respon positif dari khalayak. Padahal orang menyampah pun dia tekan Likes jugak. Eh bukan nak tipu. Ade lah.

Hitungan Likes ni pada mulanya tak heran pun. Sehinggalah jumlah yang Likes menjadi keheranan. Ape ni tambi u cerita.

Aku nulis blog pertama tama tama kali ialah pada tahun 2005. Selepas sembilan tahun,  aku dapat melihat kemunchak zaman blog ini ialah pada tahun 2008 dan kini sudah berada di perbuntutan.

Namun adenye juer, blog politik kemain orang sarbu. Itu nandekan bahwe, blog sebagai dairi mahupun ruang monolog yang sendri boleh baca semula, sudah ditinggali dek hadapnya jurucakap dalam hati kita di persada maya, kepada perhatian tanpa asas yang jelas.

Tetapi bukankan ia telah menjadi lapangan sepi untuk mewarkah tanpa peduli siapa pun yang ingin baca. Asalkan kata-kata terluah.

Sebelum adanya media sosial, tok nenek kita (yang reti tulis lah), telah pun mencurah rasa berfeeling hiba dengan menulis di buku-buku catitan mereka.

Suasana di sini hakikatnya tenang, seperti Ismet Ulam Raja melepas dendam di pinggir jendela.

2014

2009

2005 (Oh my henglish)




No comments:

Post a Comment