Thursday, September 18, 2014

Ke Jakarta Lagi (2/2014) II

Pagi itu menepukkan dahi aku dengan sekelumit masalah. Rupa-rupanya KRL Commuter di Mangga Besar tak berhenti di Stesen Gambir. Pokoknya takde Commuter berhenti di Gambir kerana pokok pangkal ia adalah sebuah stesen antarabandar. Walaupun KRL Commuter melewati Stesen Gambir. Betul punya tak puas hati ni. Kami naik teksi ke Stesen Gambir dari hotel dengan bayaran yang berpatutan. Itulah kelebihan Jakarta. I hate teksi KL. Macam apo je. 


Tren kami bertolak jam 11:20 pagi waktu Indonesia dan kami di tiba si stesen 10:20. Jam 10:45 baru kami dibenarkan naik ke platform dan tren pun tiba pada pukul 10:50 dan bertolak tepat jam 11:20. Tren bernama Argo Parahyangan ini mengangkut penumpang Kelas Eksekutif dan Bisnis antara Bandung dan Jakarta dengan kekerapan hampir 10 trip sehala setiap hari. Tambang telah teman ceritakan dalam post yang lepas. 



Keeksaitedan (kimak merosak bahasa) terserlah apabila barulah kali ini aku dapat merasa menaiki tren ke Bandung yang diceritakan oleh perawi dan penghikayat bahawa pemandangannya superbeb. Akhirnya dapatlah jua aku mengheret mereka-mereka agar tunduk patuh pada cita-citaku. Hahaha. 


Kelas Eksekutif ini sungguh selesa, cerminnya tinted, aircondnya dingin dan terdapat plug bagi mengecas laptop atau telefon.


Makanan dalam keretapi ini relatif murah dengan pesanan diambil oleh pramugari dan dihidangkan beberapa ketika sebelum kutipan bayaran dibuat selepas makan. Rajin ye. Untuk Mushroom Soup dan Teh panas ini, harganya dijamin tidak lebih RM10.



Pemandangan dikira biasa-biasa walaupun takde di Malaysis ni. Antara Jakarta hingga ke Cikampek yakni 100 km yang pertama.


Kemudian tren mendaki bukit untuk menuju Bandung yang terletak 800 meter dari paras laut. 


Disinilah bermula pemandangan-pemandangan menarik, di mana lintasan jambatan keretapi melewati jauh di atas pucuk kelapa dan sawah bertingkat.


Dan selepas terowong yang mengunjur 1 km, tren melalui Jambatan Cisomang yang menyeberangi sebuah ngarai sedalam 100 meter. Tiada apa-apa yang  istimewa  sebelum anda melihat gambar dibawah.



Inilah Jambatan Cisomang!! Kecut telur kalau dah tau macam ini rupa dia!




Tepat jam 14:30 tren sampai di Bandung. Lambat 20 minit. Oke je. Aku menghubungi hotel Vio Veteran semasa dalam tren tadi untuk bertanyakan bilik. Hotel ini disuggest oleh si A semasa mencari-cari hotel, juga di dalam tren. Keistimewaan Mobile Network Provider di Indonesia ialah komitmen mereka dalam memastikan capaian internet merangkumi desa dan rimba. Internet di telefon sentiasa HSDPA sepanjang perjalanan! Keluar di pintu selatan stesen, kami cari teksi. Aku yang konfius nih. Patut keluar pintu utara. Kami naik angkot. Sesampai di hotel yang baru dibuka, kami terkejut dengan harganya yang murah iaitu Rp233k (RM64) per malam dengan bilik super selesa. Oh. Hotel baru bukak 3 bulan. Harga promosi masih berlaku sehingga 30 September 2014. Selepas itu kadarnya ialah Rp320k (RM89).




Selepas itu kami ke Pasar Baru Trade Center, walaupun sampai jam dah pukul 16:40. Di sini, aku tak kuasa menunggu mereka dan aku hanya tunggu sambil minum Es Jeruk di seberang jalan sebelum A datang menghancurkan kenikmatan. Dek pok pek pok pek dengan bahasa Malaysianya, ambik kau air jus limau manis perah tu menjadi Rp10k (RM2.80) segelas. Aku tak percaya itu harganya. Cis! Selepas itu kami menghantar pulang barang belian ke hotel sebelum menyambung pula ke Cihampelas dan melongok di Ciwalk. A memberitahu ada kawannya yang mahu datang dan kekira sejam kemudian, aku dikenalkan dengan MA, kawan si A, yang merupakan orang Bandung dan bekerja di Jakarta. Kami berborak seperti sudah 3 tahun kenal. Malam itu MA mengajak ke karaoke. Setelah siap, MA menjemput aku dan A untuk ke karaoke namun, Bandung masih memberlakukan perintah berkurung bagi outlet hiburan dimana semuanya akan ditutup jam 12 malam. Maka kami sepakat untuk berkaraoke di Jakarta sahaja malam esoknya.


MA , seorang rakan baru.


 Esoknya kami segera ke stesen keretapi untuk balik ke Jakarta. Menikmati Bandung selama 22 jam sahaja bagaikan sepinggan nasi lazat dijamah sesuap cuma. 


Lalu pak Gubenur dalam buangan memberi lambaian kepada rakyat Jawa Barat sebelum pulang ke DKI Jakarta.


Anda mungkin tidak mempercayai bahawa set mi ini cuma Rp 18k (RM5). Makanan dalam tren PT KAI agak murah dan berbaloi.


Sebuah lagi jambatan dari berbelas-belas jambatan seriau yang dilalui kereta api.


Tren membelah kota Jakarta dan kami tiba di Gambir pada jam 15:20 sebelum kebingungan mahu menginap di mana pula agaknya. Kami mencari di sekitar belakang Sarinah, lebih tepat di Jalan KH Wahid Hasyim tetapi semuanya tidak cocok dengan budget. Sebab itinerari tertera sekian-sekian harga. Kena patut. Lain kali itinerari perlu kita mahalkan lagi ye. Kami kembali ke Jalan Mangga Besar Raya dan menginap di Hotel Permai. Ia menawarkan hanya Rp215k (RM60) per malam untuk dua orang. Seterusnya malam itu kami bergerak ke Senayan untuk melawat Senayan City Mall dan Plaza Senayan.


Selepas buat syarat ke sini, kami ke ke McD Sarinah untuk menunggu MA yang berjanji untuk membawa kami karaoke di situ. 


Inul Vizta merupakan karaoke milik Inul Daratista yer. 


 Kami bernyanyi nyanyian selama 2 jam.


Sebelum tibanya masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada MA. Esok kami bakal pulang ke Kuala Lumpur. Tetapi sebelum tertidur, E kawan A mengajak lepak.



Kami dihangkut oleh E dan kawannya untuk ke Jalan Kebun Sirih menikmati Nasi Goreng Kambing dan kemudian melepak di sebuah restoran di Jalan Jaksa yang bernama KL Village. Kenapa KL? Menurut E, ia dibuka oleh seorang yang lama menetap di Kuala Lumpur. Segala mak nenek nama minuman kat Malaysia ada dalam menu dia. Wah. Terkagum sikit. Kami sisha-sisha sebelum pulang jam 3:30 pagi.

Bersahambuhung lagi di Ke Jakarta Lagi III



No comments:

Post a Comment