Thursday, September 18, 2014

Ke Jakarta Lagi (2/2014) I

Trip ke Jakarta kembali lagi awal September lalu bermula 5 haribulan sampai 9 haribulan dengan kali ini disertai oleh tiga orang yang lainnya. Semua kroni-kroni A, (memang huruf pertama nama sebenar). Yer A yang hot tu. Matila carut. Pun begitu, aku telah menugaskan diri aku untuk membina itinerari untuk perjalanan ini dengan kos penginapan dan tambang serta cukai-cukai berkaitan hanya mencecah RM310 untuk 5 hari 4 malam termasuk perjalanan ke Bandung dengan keretapi dan penginapan di Bandung untuk satu malam! Kita coba.


Kelihatan pesawat KLM809 masih belum sampai KLIA walaupun imej ini diambil setelah saya tiba di KLIA hampir sejam.


Pilihan penerbangan kali ini adalah KLM, premium airline milik Belanda yang menawarkan tambang RM355  dengan 35 kg muatan sehala, pergi balik untuk trip ini. Aku tiba di KLIA pada pukul 1:30 petang manakala mereka tiba lebih awal dari itu kerana memandai-mandai beli tiket ERL terus ke KLIA dari Tasik Selatan dengan cas RM27 per kepala. Itu mahal kepala butuh namanya. Teknik terbaik mengatasinya ialah dengan membeli tiket ke Putrajaya dari Tasik Selatan berharga RM5.30 dan menyambung tren 30 minit berikutnya dengan tambang Putrajaya - KLIA sebanyak RM6.20. Kan baru RM11.50 tuuu. Penerbangan berlepas tepat waktu yakni 4:20 petang Waktu Malaysia dari Terminal M, KLIA dan tiba di Terminal 2F, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada pukul 5:55 petang menggunakan pesawat Boeing 777-200. Lihat screenshot Flightradar24 itu. Gigih kan kita memantau ketibaan pesawat dari Amsterdam itu.



Setibanya di Jakarta dan selesainya menguruskan hal imigresen dan bagasi, hari sudah gelap. Kami memilih teksi sapu berharga Rp200K (RM55) untuk 4 orang terus ke Jl. Mangga Besar Raya. Kami check in di 7 Days Hotel dengan kadar Rp300k (RM82) per malam untuk 2 orang pada pukul 7:30 malam Waktu Indonesia. Isyak berkumandang pada jam 7:05 malam di sana. Selesai mandi, kami turun makan dan mereka-mereka mencari simcard manakala aku yang bersimcard Telkomsel sejak bulan 6, terus on telefon walaupun sebelum keluar pesawat tadi dan ngepos gambar-gambar dari baki pulsa Rp59K yang ada. 



Selepas itu tanpa membuang masa aku dan mereka mencari bakso kegemaran di Bakso Total Solo yang terdapat di Mangga Besar main road itu.


Kami kemudian bersiap dan melawati Apollo Bar  & Lounge di Bellagio Mega Kuningan. Di sana berhimpun lah dengan crowd ala kadar sebab salah hari. Crowd ramai esok. Kami disambut rakan A iaitu E warga Jakarta. Perjimbaan berakhir jam 3 pagi dan pulang kami ke Mangga Besar.



Esoknya kami tukar ke City Icon Residence yang  terletak di pinggir stesen komuter Mangga Besar. Selepas itu kami mencoba menaiki komuter KRL atau tren elektrik untuk ke Jakarta Kota bagi membeli tiket ke Bandung, esoknya, dari Mangga Besar. Tiket dijual bersama kad sentuh senilai Rp7k (RM2). Setiba di stesen kad boleh dipulangkan dengan menebus Rp5k di loket (kaunter) berkaitan. 


Perlu diingat arah keretapi dua landasan di Jakarta tidak seperti negara kita. Tren ke arah kanan berada di depan kita manakala arah ke kiri di platform berseberangan.


Setelah ke Jakarta 3 kali dalam tempoh kurang setahun, inilah yang aku namakan trip berkeretapi. Hal unik mula terlihat ialah sekumpulan nyonya2 yang bersembang bahasa Indonesia.

Pengeran Jayakarta


Gambar di stesen Jakarta Kota. Stesen penghabisan.


Di sini, untuk membeli tiket ke Bandung, pembeli perlu ke pejabat khidmat pelanggan bagi memeriksa kedapatan tiket pada tarikh yang diingini. Setelah klarifikasi, borang perlu diisi dengan butiran nama dan no. Pasport setiap penumpang. Seterusnya barulah dibawa borang ke kaunter untuk mendapatkan tiket yang tertera butir peribadi tersebut. Kami memilih Kelas I (ii) atau Eksekutif II berharga Rp190k (RM52) pergi balik antara stesen Gambir di Jakarta Pusat ke stesen Bandung.


Kemudian kami menggunakan Busway Transjakarta, perkhidmatan Rute 1 dari Jakarta Kota ke Blok M untuk pergi ke Bundaran HI. Perlu diingat bahawa untuk Rute ini penumpang perlu membeli kad sentuh berharga Rp40k (RM11) yang mempunyai nilai tambang Rp20k (RM5.50). Tambang sekali naik untuk ke mana pun destinasi dalam rangkaian Busway ialah Rp3500 (RM0.90). Untuk kami, kad dibenar dipassing ke belakang. Tolak 4 orang, bakinya tinggal Rp6000 iaitu untuk hanya seorang sahaja sebelum ditambah nilai. Talak kuasa nak tambah.


Kemudian kami makan di gerobak (gerai tolak) dengan sekenyang perut dengan harga Rp30k (RM8.20) Nasi putih 2 pinggan teh o ais 2 gelas di tanah kelahiran ayam penyet ini sendiri dari tangan-tangan anak cucu pencipta kuliner ini sendiri sebelum kami reronda Grand Indonesia Shopping Town dan Plaza Indonesia di sekitar itu sebelum ke tugu Selamat Datang berfoto moto. 




Ketika mereka sibuk berfotomoto di tengah-tengah bulatan, aku mencari sudut strategik di seberang jalan. Untuk apa? Untuk mendapat best shot bagi gambar bandingan di bawah. Hehe. Cool tak? Cool tak? Cakap je tak. Ade aku kesah!


Kemudian aku membawa mereka ke Taman Monas menaiki teksi dan turun di pintu berhampiran Stesen Gambir. Sekejap aku sekejap saya. Bodo la penulis ni. Setelah bergambar hambar, mereka dipulangkan ke hotel oleh saya bersama-sama dengan saya sekali.


Aksi kegerahan. Panas doh Jakarta ini time. Cuaca kering. Bibir jadi merekah nan luka. Seksafon rasanya. Malam minggu selepas mandi kami ke McD Sarinah. Di sana kami tertemu dengan NWM dan LP , sahabat dari Malaysia dalam Facebook yang turut berada di Jakarta pada masa yang sama. Selepas membuatkan pengunjung di sana menyampah dengan nada-nada keMalaysiaan yang memecah hingar di lantai bawah restoran itu, mereka pulang. Kami lepak di lantai atas. A berbuat perangan dengan 2 temannya. Masing-masing menarik muka. Nasib baik aku tak panggil trak penunda. Biar ditarik muka ketiga-tiganya. Sakit plak hati kita.


Selepas itu kami ke sebuah kelab. Bukan kerana pengunjungnya. Tetapi kerana premisnya. Pengunjungnya ruaaamuaaaiii buaaangueeettt. Ibarat yang di Malaysia dengan crowd 4 kali ganda. Namanya Moon Light. Dipanggil Meli. Letaknya di tingkat 2 unit paling hujung arah ke selatan pada deretan pendek kedai 3 tingkat yang terletak di sebelah kanan pinggir simpang Jalan Mangga Besar masuk ke Jalan Hayam Wuruk. Kedapatan 7 Eleven beberapa pintu sebelum premis dan premis sangat panas akibat keterlebihan pengunjung. Kita ni pelancong, kita bukan kira standard tak standard. Kita masuk saje. 

Kemudian kami balik kerana esok mahu ke Bandung naik keretapi! Pengalaman yang aku terlepas dalam kunjungan-kunjungan yang lepas.

Bersambung ke Ke Jakarta Lagi II

No comments:

Post a Comment