Thursday, March 20, 2014

Apa pentingnya Flightradar24 itu wujud?

Sejak kehilangan MH370 yang sampai hari ini belum ditemui oleh negara tercinta, barulah aku mengenali flightradar24.com , sebuah laman web khusus menjejaki penerbangan pesawat yang diterjemahkan posisi dan identitinya daripada radar dan syarikat penerbangan ke atas peta Google terrain.

Aku pun heran. Untuk apa sebuah web yang terlebih informatif ini wujud? Bukankah ia menoyakan penumpang pesawat apabila semua mata manusia, yang baik, yang jahat, yang hati cantik, yang hati musibat boleh mengetahui perjalanan anda.

Atau sahaja para pengganas, ganas ker, dapat melihat dan memilih pesawat-pesawat yang sedang terbang untuk disumpit jatuh. Eh...macam Tok Batin plak terer sumpit.

Apa yang pasti, ia juga mungkin diwujudkan bagi membolehkan orang yang tinggal dalam radius 10km dari lapangan terbang seperti aku ini, untuk membuang masa menengok menelaah dan mengisi masa lapang, memerhatikan pesawat naik dengan mengetahui apa jenis pesawat, apa nombor pendaftarannya dan mana tujuannya.

Contohnya di bawah ini. Berbekalkan kamera, laptop dan sambungan internet, aku pun membuang masa membuat kerja tak berfaedah ini.


Oh tapi bila dikaji , ada eloknya juga flightradar24 ini sebenarnya. Sebab tidaklah aku dalam keadaan jumud lagi terpinga-pinga jika kejadian adakala seperti ini berlaku, malah boleh keriau lah aku sekarang di status Facebook seperti di bawah :


Untuk maklumat lanjut dalam membuang masa yang tak diisi sewajarnya, bolehlah melayani penerbangan-penerbangan di www.flightradar24.com. Artikel ini dibayar siarannya. Oleh Flightradar24? Tidak. Oleh aku kepada internet provider. Huhu.


No comments:

Post a Comment