Monday, March 17, 2014

Kempen jimat cermat. Makan dengan harga RM1.18 setiap hidangan!

Hai. Apa khabar. Bertemu lagi Chef Tam dalam rancangan, Mari Meronjang Dapor. Kita tahu yer sekarang ini harga barang semua naik. Barang akak tu je tak naik. Kendur je. Eh.

Barang naik ni dah jadi karenah orang-orang yang suka memasak lah kan. Naik seposen dua, sebulan dua dia punya bebel. Padahal dok carut orang naik Air Asia, sebab kononnya dia naik MAS sahaja. Lantak kau la Rokiah.

Mari ikut Chef Tam ke kedai Aceh cekik darah berhampiran  dengan anggapan dapur kau tak ada apa kecuali garam gula. Sangkak kau kan Leha. Kita tengok apa yang kita boleh dapat dengan bawak duit kuning sehelai. RM20 la ye Jangan jadi lampi. Masyarakat benci.

Bihun 1 peket = RM2.50
Kucai 1 ikat = RM0.50
Fishcake 1 peket = RM2.20
Bawang merah  = RM0.80
Bawang putih = RM0.60
Telur 3 biji = RM1.00
Sup bunjut untuk sup tulang = RM1.00
Minyak masak = RM2.50 
Daun Bawang = RM0.50
Daun Sup RM0.50
Kuetiau 1 paket = RM1.20
Serbuk lada 1 paket = RM0.80
Ikan bilis = RM1.00 sudehh

Kaching! RM14.10 ! Ada la belen yer Jah.. RM5.90. Simpan kat .. ya.. bagus.. celah itu.


Tapi puan-puan, jangan salah sangka yer. Di dapur saya, ada cuka, cuka kurma, dan minyak zaitun. Semua ini akan dikombinasi, dan di spin di atas dapur yer. Armin Van Buuren pun tak spin atas dapur tauk. 

Jadi untuk memasaknya, mula mula bla bla bla bla bla...

TINGG!!!

Bihun Goreng Merapi Hijau - 2 pax

Bihun Sup Bebola Ikan Pati Bilis- 6 pax

Old Bercham Cantonese Hor Fun - 4 pax

*Nama masakan di atas adalah bidaah semata-mata.

Jadi merasalah 12 kali makan dengan harga RM14.10. Dengan itu purata harga setiap hidangan telah menjadi RM1.18 sekali makan. Murah bukan? Apa? tak masuk ngan harga gas memasak? Kalau itu pun nak berkira, ko pergi cari kayu api jer Bedah.... Amalkan yer.. biar kimpah semua.. senang hati kita.

Oh ya. Kenapa Chef Tam kau belagak ngan masakan dia? Sebab dia tak pernah belajar masak ngan sesapa kau tauk. Dia belajar dari kelaparan di perantauan. Ting tang ting tang, Alexander pun kenyang. Evolusi telah membawa hasilnya sebegitu. Ok, bye.

1 comment:

  1. Hahahaha.. siyes lawak bro... tapi betul ape ko ckp.. kekadang masak sendiri lebih jimat n murah...

    ReplyDelete