Wednesday, February 26, 2014

Membicara soal hati - kekadang sangat kan

Sudah sangat jarang Pak Tam mu ini bercerita soal cinta. Cinta yang umpama api. Segera marak hanya untuk segera padam. Walau katanya cintaku padamu tak akan pernah padam, ketahuilah, bara hanya akan jadi debu. Bara tidak mungkin akan jadi api semula kecuali kau simbah petrol lah kan. Tu cerita lain.

Sepanjang 2013, aku jatuh cinta sebanyak 2 kali. Satu jatuh pada seorang gadis berusia 21 tahun, adik kawan sendiri! Wah. Kami bercinta dari awal pertengahan tahun sehingga hari raya sahaja. Mungkin itu takdirnya. Hari raya hari tamat kontrak je kaedahnya.

Pada masa yang sama beberapa bulan sebelum itu aku jatuh cinta pada seorang lagi. Tetapi halangan muncul dari pihak dia yang berpegang pada " kalau bercinta nanti break, hilang. saya taknak kehilangan abang, jadi saya tak mau bercinta dengan abang".

Wah sangat kan ayat orang sekarang. 

Tapi kita perlu akui, kita tak mampu melunturkan ego membumbung seseorang. Ego yang mahu orang lain berubah tanpa diri sendiri mahu berubah. Hanya orang lain perlu berkorban tetapi diri sendiri bagai tak perlu dipengaruhi siapa-siapa. Pegun, bergeming dan tetap dengan egonya. 

Semanja mana belaian, semanis mana kata-kata, pada zaman ini, tidak lebih dari perhiasan semata-mata jika tiada tindakan radikal dalam menyuburkan rasa kasih.

Apatah lagi dengan gagal untuk menyembunyikan keseronokan menggeletis dalam talian merata-rata yang tak mungkin siapa pun mahu terbabit menjadi saksi bahawa orang yang hatinya telah jatuh kepadanya, bersikap sedemikian.

Maka dengan penuh kepedihan, segala memori indah terpaksa dikikis dari sanubari, berguguran di lantai emosi untuk dibasuh belaian ombak di pantai rindu yang semakin hilang akibat tambakan masa. Gitu kan ayat kau.

Tapi tak mengapalah. Cuma aku tetap mahu orang yang aku sayang dan kasih (pada masa aku masih sayang lah) ini tetap bahagia dengan keputusan masing-masing. Pergilan bermain dengan hati orang lain. Tapi bukan aku.

Aku seperti aku jualah adanya. Meneruskan pelayaran solo mengelilingi alam semesta. Bukan kapal laut je, kapal angkasa pun terbabit juga.

Aku terus berjalan di bumi Tuhan mencari titik silang yang menjadi persimpangan yang bertanda arah supaya dapat aku jadikan pedoman untuk meneruskan perjalanan ini.

Jangan khuatiri aku lagi.


so this is goodbye..

No comments:

Post a Comment