Wednesday, March 5, 2014

Berhujung minggu di Krabi 28.2.14 - 3.3.14



INI VERSI KARANGAN. UNTUK VERSI GAMBAR KLIK :

HARI PERTAMA
HARI KEDUA

Selepas 4 tahun 16 hari dari Krabi Trip terdahulu, kali ini saya tidak lagi sendirian dalam perjalanan 16 jam atas darat. Kali ini saya ditemani seorang kawan yang sangat ingin mahu ke Koh Phi Phi dalam perjalanan penerbangan tambang mureh Air Asia dari LCCT ke Krabi International Airport (KBV) yang hanya memakan masa kira-kira 1 jam 15 minit sajor.

Tiket saya didapati pada bulan 6 tahun lepas dengan harga airport tax semata-mata. RM115 pergi balik. Ini kerana saya menebus point Big Card pergi balik 20 point sahaja. Belanja singgit dapat satu point. Manakala kawan saya beli bulan 12 tahun lepas dengan offer Air Asia pada harga RM195 pergi balik. Jom berhujung minggu di Krabi.

JUMAAT 28.02.14

Perjalanan bermula apabila saya bangun jam 4:00 dan tiba di LCCT jam 5:00 setelah dihantar oleh kawan saya yang ikut sekali itu, punya kawan. Hei aper da bahasa camni. 

Sebelum boarding, ATM Bank Rakyat telah menendang urusan keluar duit tanpa keluar duit. Tapi duit dah potong. Yang ini bukan Krabi. Yang ini babi.

Penerbangan berlepas jam 7:15 dan mendarat di KBV pada jam 7:30 pagi. Waktu Thailand. Jangan terkejut.

Kemudian naiklah bas putih usang berhawa dingin ke pekan Krabi dengan tambang B90 (RM9). Setibanya di pekan Krabi, kerani tiket menawarkan tiket feri ke Ko Phi Phi atau nama asalnya Pulau Api-Api, pada kadar B400 (RM40) sehala termasuk van untuk ke jeti yang terletak 4 km dari pengkalan bas tersebut.

Ko Phi Phi adalah permata utama Krabi selain Ko Lanta.Ia menjadi popular sejak terbitnya filem The Beach lakonan Leonardo De Caprio keluaran tahun 2000 dulu. Di Pulau Api-Api Kecil atau Ko Phi Phi Ley letaknya Teluk Mahya atau Ao Maya atau Maya Bay yang menjadi ikon untama Krabi lanjutan filem tersebut.

Selepas mencilok lorong kampung di pekan Krabi selama beberapa minit, tibalah saya di jeti jam 9:01 pagi untuk mendapatkan feri jam 9:00. Jangan hawatir, feri akan tunggu anda atas makluman sang ejen. Perjalanan feri mengambil masa 1 jam 30 minit dengan merentasi 40 km samudera dan kami tiba di Ko Phi Phi Pier di Teluk Tonsai pada pukul 10:30 pagi waktu Thailand.

Kami makan tengahari di kawasan orang Islam di 'pekan' Ko Phi Phi itu dengan dua pinggan nasi berlauk ayam, daging dan sayur serta teh ais dengan harga B24 (RM24). Walaupun gerai ala kadar sajor. Berhati-hati dengan harga di sini. Dek kerana jauhnya dengan tanah besar dan bandar terhampir  melebihi 30 km rentas laut, ia perlu difahami.

Kami check in di PP Ingphu Viewpoint yang terletak tersorok kira-kira 800 meter dari pekan kecil Ko Phi Phi yang hanya dibenarkan masuk dengan basikal, kereta sorong barangan dan jalan kaki. Motorsikal hanya terdapat di luar kawasan pekan kecil ini dan untuk kegunaan rondaan polis sahaja.

Walaupun mula-mula ditakutkan oleh review di tripadvisor mengenai penginapan ini, jangkaan meleset sama sekali dan layanan yang diterima cukup baik. Tambahan lagi, kami dapat memilih bilik yang paling hampir dengan datar dan tidak perlu mencanak naik bukit, yang mana chaletnya dibina bertingkat.

Harga high season yang dibayar ialah RM120 per malam dan harga low season selalunya kurang dari itu. High season yang panas dan laut agak tenang ialah dari November hingga Mei manakala low season akibat ombak besar dan angin kencang adalah dari bulan Jun hingga Oktober.

Kami check in pada pukul 1:00 walaupun sepatutnya 2:00. Aku dah bayar full ok. Kemudian mandi berehat dan tidur sebentar sebelum berjalan-jalan meninjau pekan Phi Phi. Kemudiannya kami berjalan menaiki bukit pemandangan pulau atau namanya Viewpoint yang terletak 186 meter dari aras laut yang terletak di belakang penginapan kami selepas puas berjalan. Senja berlabuh dan kami pulang ke penginapan untuk berendam dalam mini-pool yang tersedia.

Selepas mandi, kami mencari makanan Muslim dan di sapa pekerja sebuah kedai dengan bahasa Melayu. nampak benor muka Melayu kita ni yer walaupun. Kami makan nasi goreng yang berharga B80 (RM8) dan potongan ayam bakar yang agak besar juga dengan harga B160 (RM16). Kemudian kami ke pantai melihat beberapa kelab malam mengadakan pertunjukan api.

Kami pulang dan tidor jam 1:30 pagi.

SABTU 01.03.14

Hari yang panjang. Kami bangun awal dan segera ke pantai jam 8:30 pagi. Kemudian membeli tiket mengelilingi Ko Phi Phi selama 6 jam dengan harga B600 (RM60) menaiki bot panjang pada jam 11:00 pagi. Bot dinaiki 12 orang dan 8 daripadanya orang putih. Kami menuju ke Pileh Bay dan berhenti selama 20 minit. Kemudian ke Loh Samah Bay juga selama 20 minit sebelum ke destinasi terpopular Krabi, Maya Bay selama 1 jam.

Pihak bot menyediakan makan tengahari iaitu jus oren botol kecil dan nasi goreng yang lazat dalam polisterin.

Kemudian bot pegi ke Mosquito Island tetapi air semakin surut menyebabkan aktiviti snorkeling tidak sesuai. Kami berehat di Bamboo Island selama sejam sebelum dihidangkan potongan nenas dalam perjalanan pulang. Er. Celup air laut, makan. Pengemudi bot bagi thumbs up. Ko carut aku?

Kami tiba di Phi Phi dan berjalan-jalan melihat air surut yang menoyakan. Terbayang-bayang petanda tsunami. Kemudian kami pulang, mandi dan bersiap untuk ke pantai lagi malam nanti.

Aktiviti di pantai seperti biasa melihat persembahan api dan menari-nari dengan rentak club yang terlontar bunyi hingga ke kaki langit sempit yang diapit gunung di Ao Lo dalam itu.

Kami pulang dan tidur lebih awal kerana kepenatan siang tadi tak habis.

AHAD 02.03.14

Kami check out jam 10:00 pagi dan menuju ke pengkalan feri untuk ke Krabi untuk menaiki feri jam 10:30 pagi. Harga tiket pulang berharga B300 (RM30) beserta khidmat minivan dari jeti Krabi ke pekan Krabi.

Kami tiba di pekan Krabi pada jam 12:00 tengahari dan menikmati mi bebola daging di gerai seorang makcik bertudung yang haram faham bahasa lain selain Siam. Mujur ade kamus. Tunjuk, tunjuk dan tunjuk. Semangkuk berharga B40 (RM4) siap dengan ais dlm gelas plastik untuk diisi dengan air kosong dalam jag atas meja. Untuk kau minum ye.

Kami check in di City Hotel Krabi yang terletak sepelaung dari pasar malam Krabi. Bilik 2 katil single dan berhawa dingin itu berharga B650 (RM65) sahaja semalam. Selepas bangun tidur siang, saya dan kawan saya pun berjalanlah mengelilingi pasar malam itu dan melantak berbagai makanan yang dijual oleh makcik-makcik bertudung sahaja. Kalau kapir tu pakai tudung pun tertipu juga kau tipah.

Kemudian kami melihat persiapan festival mini Krabi Love & Jazz di kawasan waterfront Krabi. Kemudian kami balik hotel dan rehat serta mandi. Terdapat 7Eleven di sebelah hotel ini dan segalanya cukup terjangkau dengan kaki.

Malam dihabiskan dengan berjalan lagi di pasar malam Krabi membeli cenderahati dan pulang segera untuk bangun awal esok pagi.

ISNIN 03.03.14

Kami telah menempah teksi ke lapangan terbang pagi ini jam 6:15 dengan harga B350 (RM35) kepada pihak hotel semasa daftar masuk. Skema ayat. Jadi teksi yang merupakan penduduk tempatan dengan kereta peribadinya menunggu kami tepat masanya.

Kami tiba di KBV pada jam 6:45 pagi dan timbangan beg saya hanya 5 kg dan kawan saya ngam 7 kg. Kami tak heret apa-apa beg lagi selain backpack sama seperti kedatangan tempoh hari. Malah dalam beg saya ada seluar dan baju yang belum dipakai lagi. Haha.

Penerbangan berlepas jam 8:30 pagi dan kebiruan langit Krabi yang kami tinggalkan disambut kelabu langit jerebu Lembah Klang pada jam 10:45 pagi.

Ada manusia yang kaya menghina cara backpacking ini. Tetapi jika difikir balik, Ko Phi Phi terlalu banyak benda untuk diterokai. Bijakkah anda membayar penginapan mahal-mahal semata-mata untuk tidur dan mandi? Kayakah anda jika harga petrol naik dua posen pun anda bising surupa pumpuan itu dia anak ada mati?

Maka tamatlah hujung minggu di Krabi kali ini. Sehingga jumpa lagi Krabi dan aku akan tiba lagi ke Ko Phi Phi sedikit masa lagi.

Tontonilah klip dan gambar pilihan percutian saya ini di bawah. Ayat takbleh blah. Gambar akan menyusul di post berikutnya.

 

No comments:

Post a Comment