Thursday, March 28, 2013

Antara Neutral Dan Talam Dua Muka


Kadang-kadang, manusia selalu menyebut bahawa dia bersifat neutral DEMI menyembunyikan hakikat bahawa dia sebenarnya adalah talam dua muka.

Contoh orang neutral adalah seperti B bukan nama sebenar. Pada satu hari, B bertemu dengan A yang berkrisis dengan C.

A : Aku dengar, kau bukan main baik dengan C.
B : Dia kawan i,  u pun kawan i jugak.
A : Elok la berkawan dengan orang macam sial tu.
B : I tak nak komen la. Dia nak umpat pasal uols pun i tak nak dengar.
A : Depan aku boleh la kau cakap macam tu.
B : Sungguh. Itu masalah u dengan dia. I tak kan campur.

Kemudian B terbertemu dengan C...

C : Hari tu kau jumpa dengan A yer. Mesti dia mengumpat i kan?
B : Tak lah. Mana ada. Tak sembang pasal kau pun.
C : Entah yer entah tidak. A tu mesti mengata aku punya.
B : Tak payah lah sembang pasal dia. Korang pun cuba la berbaik.
C : Eh, please lah. Jangan harap.
B : Terpulang lah. Tapi itu masalah korang dua. I tak mau campur.


Contoh orang talam dua muka pula adalah seperti D bukan nama sebenar. Pada satu hari D bertemu dengan A yang berkrisis dengan C.

A : Aku dengar, kau bukan main baik dengan C.
D : Plastik je uols. Ko ingat aku hadap nak berkawan dengan dia?
A : Elok la berkawan dengan orang macam sial tu.
D : Kau gila. Dah la dia perangai macam hanjeng. Mengumpat kau macam-macam.
A : Apa dia kata?
D : Banyak uols. Sakit pulak hati kita dengar.

Kemudian D bertemu dengan C

C : Hari tu kau jumpa dengan A yer. Mesti dia mengumpat aku kan?
D : Hmm. Harus lah. Mulut kalau dah macam binatang. Faham-faham je lah.
C: Dia cakap apa nok?
D: Macam-macam uols. Sakit pulak hati kita dengar.
C: Biadap la binatang sekor ni. Ee.. Geramnya.
D: Gila tak biadap? Dah la berangan, lahar pulak tu.


Moral of the story, krisis memang tak boleh dielakkan dalam sesetengah perkara. Tetapi tersalah memilih kawan itu boleh dielakkan.

No comments:

Post a Comment