Thursday, February 14, 2013

Istimewa Hari Kekasih : Break One Thousand


Bayangkan. Tak payah selami. Bayangkan saja sudah cukup. Jika diselami, bertambah sakit hati pada kisah yang kita tak ada saham pun dalam hal tersebut.

Bayangkan anda mempunyai anak perempuan. OK dah. Bayangkan seorang penyanyi veteran yang mempunyai anak perempuan. Dapat bayang? Bagus.

Si anak ditatang, diajar, dibesarkan melalui zaman jerih perit yang tak terbayangkan, sehingga si anak diduga menjadi pewaris pembela keluarga dengan aset rupa dan suara dijulang untuk disah perlakukan dengan nilai di persada industri yang glamour, akhirnya si anak memilih untuk mengikut rasa cinta hati keinginan remajanya yang ketegar, berbanding kehendak orang tuanya yang berkeringat darah menaikkan nama si anak. Perjuangan belum selesai le tu.

Bermula dengan kesusahan dalam hidup sehingga hari raya pun terpaksa tutup pintu rumah sekedapnya bagi menyorokkan keluarga dan rumah yang tidak berpersiapan apa-apa dek kerana masalah kewangan yang kronik, si bapa mula mencari tangga-tangga yang ada untuk mendaki semula gunung kekayaan.

Setelah sunyi dari masyarakat dek kebangsatan hidupnya, nama si bapa mula dikenali semula pada tahun 2006. Tetapi bukan di bidang suara. Tetapi di bidang Multi-Level-Marketing atau dengan kata sedapnya, MLM.

Nama si bapa di jaja di merata-rata sebagai tokoh berjaya dalam sebuah syarikat MLM yang berjaya mencedok jutaan ringgit wang orang ramai yang terpesona dengan skim tersebut.

Pada masa yang sama ketika itu, si anak perempuan ini, yang rakan sebayanya masih berbaju sekolah kain turqoise,menghisap rokok di belakang tembok selepas waktu sekolah, telah dikerah merakam album. Boleh tahan. Suaranya sedap. Kemudian anaknya bukan sahaja disokong, malah ditopang dengan tiang letrik hat yang batu tu untuk mencari peluang semerata mungkin sampailah anaknya memasuki pertandingan nyanyian Satu Dalam Sejuta. Selepas itu, kembang ayu ini semakin mewangi. Tetapi panas tidak berpanjangan. Bayangkan awan yang sedang bergerak laju. Lalu mendung.

Kebersamaan mereka tiba-tiba dimandrem oleh seorang yang seperti munculnya di persada seni lakon ibarat hanya untuk diperkatakan hubungannya dengan si penyanyi yang empunya cerita ni.

Susuknya dalam lakonan dan kehidupannya di alam maya disynchronizekan. Hasilnya, dia lupa bahawa masyarakat tidak boleh menerima sama sekali corak kebiadapan yang berelemen kebinatangan. Kecaman demi kecaman dilempar kepada si biadap di Twitter, Facebook, Myspace, Tagged, Faceparty dan E-Kawan.. Si biadap terpinga-pinga. Biadap sangat ke tu? Kata dia. Mungkin juga. Siapa sangka?

Babak mengerikan kemudian muncul lagi. Krisis anak beranak memuncak. Si anak gayanya telah benci bau ayahnya yang selalu tercium jika dia ke mana-mana. Si anak berkeras dengan berunjuk rasa bahawasanya dia mencintai si biadap. Si biadap tak salah. Si biadap cuma berkomunikasi cara moden katakau. Jika itu dinilai biadap, maafkanlah. Mungkin juga. Siapa sangka?

Si anak melarikan diri sejauh 400km. Sebab ditemui di Kemaman selepas seminggu. Si anak dedikasikan video untuk balaknya dan ayahnya yang diluah mati bapak, ditelan pun mati bapak. Mak ok je. Mak dia lah.

Sedu sedan syahdu syahdan. Jelas kelihatan keterlanjuran seorang gadis sunti berusia 22 tahun (kalau zaman dulu dah 5 anak).  Bukan keterlanjurannya melarikan diri. Tetapi keterlanjurannya memanfaatkan Youtube. 

Pemirsa. Persoalannya, ini semua apa-apaan? Mau nyanyi ya nyanyi. Mau main sinetron ya coba kalo bisa.
Toh nyanyi pake gabung sinetron disebar lewat Youtube, yang sudah tentu ditonton gratis lewat internet. Internet telah merobah wacana informasi itu sampe pada dibikin gratis. Ga kek jadul pake koran, majalah segala yang butuh duit untuk dibaca. Terus? Gimana? Mau belok kiri apa kanan? Terus!

TETAPI! Adakah ini hanyalah gimik album terbaru? Atau mungkin saja filem terbaru? Terbitan si bapak yang bijaksana sini situ?  Filem apa? Break One Thousand ?


Boleh jawab macamtu? Maka, jangan menyibuk untuk sogok khalayak dengan kisah tak diundang ini.

Pembaca sekalian, apa harus dikatakan lagi. Antara permata dan kaca.......... lupa lah lirik lagu KRU tu. Jika kita tidak suka kisah mereka, kita gelengkanlah saja kepala. Suruh geleng, geleng. Kita tidak wajar beremosi menanggapi hal yang dalam kain walaupun empunya kain sendiri yang selak luas-luas. Kerana kita tidak mahu suatu hari nanti, kain kita pulak dibukak luas-luas. Kalau orang lain bukak kan boleh jugak masuk mahkamah tangguh 66 kali. Kalau dibukak diri sendiri tanpa disedari? Mandi.

Nah hidangan hari ini. Si anak, penyanyi tersohor di sepertujuh dunia. Kau kira la China penduduk banyak mana, dan lagu hits pertamanya ketika pelancaran album tersebut di Hotel Pan Pacific di tahun 2005  :


 

.
.
video copyright myartis 2004-2008
.



No comments:

Post a Comment