Tuesday, November 27, 2012

Kuasa Tuhan Memanjangkan Umurnya

Tersentuh hati tengok kawan aku si Budin ni. Bukan tersentuh hati sebab patah riuknya dia. Tapi tersentuh hati bila tengok betapa kuatnya dia untuk mengukir wajah 'semuanya ok' sambil tersenyum melayan semua yang datang.

Dikaborkan, si Budin teresak-esak beberapa jam sebelum tu. Bukan sakit. Tapi tersentuh hati dia melihat kawan kitorang yang mendukung anak tergesa-gesa naik ETS dari Rawang untuk melawat dia dan tergesa-gesa pulang naik ETS tengahari yang sama.

Wah, main tersentuh-tersentuh sana sini plak.

Panjang betol umur Budin. Syukurlah. Pagi yang malang tu, dia dengan empat lagi kawan dia sedang berbincang pasal kerja sambung kabel yang dorang nak buat pagi tu. Lagi tiga pekerja berada di pinggir longkang sedang isap rokok gamaknye.

Dikalangan lima orang itu, hanya Budin yang hidup. Lagi empat, maut di siat-siat lori dan van mereka yang dilanggar treler tersebut.

Kejadian di KM 294.1 antara Gopeng dan Simpang Pulai menghala ke utara jam 4.30 pagi 21 November lepas menjadi sorotan akhbar-akhbar utama. 

Salah sorang kawan ai, nama dia Dino, mengalami luka ringan. Dino menjadi pencerita kejadian kepada semua akhbar dan TV. Famousnya dia melebihi K. Rajagopel. Tapi untuk satu hari je lah.

Dino tak abeh-abeh mempertikaikan sebab apa ambulans lambat. Kejadian jam 4.25 pagi. Ambulans sampai jam 5.30 pagi. Yang mati tentulah mati. Tapi si Budin yang betisnya bagai dipotong ternganga terpaksa menahan azabnya.

Mungkin pemandu ambulans sedang berkhalwat seperti Ketua Pengarah Kesihatan yang kena gantung kerja tu agaknya. Ko ghase ? (tiru LCW)

Dino dikatakan agak malas-malas pagi itu dan tidak pulak menumpukan perhatian pada penerangan kerja yang disertai Budin dan empat lagi pekerja. Siapa kata orang malas selalu rugi? Tak selalunya juga. Untunglah.








No comments:

Post a Comment