Saturday, December 1, 2012

Sudut Buruk Negara K-Pop

Semalam subuh buta, di New York sana, lebih tepat, di ibupejabat PBB sana, berlangsunglah acara mengundi Palastin sebagai negara pemerhati bukan ahli di PBB. Walaupun lah kan, Palastin itu bukan ahli, tapi pengundian ini membuatkan Amerika Syarikat dan Israel kesah la pulak.

Ini kerana, dengan memberi undi, pengiktirafan Palastin sebagai sebuah negara itu, menjadi nyata lagi idgham hakiki.

Tetapi, sungguh bedebah sekali, negara serpihan dari negara kita, iaitu Xinjiapo, atau nama Melayunya Singapura, mengambil sikap berkecuali. Mengata YA pun tidak, mengata TIDAK pun tidak. Kekecutan mereka atau dibaca keangkuhan mereka menyerlahkan lagi hakikat bahawa mereka mungkinlah nak mengatakan TIDAK, tetapi takut katakau, bila semua negara ASEAN mengundi YA, kecuali dia.

Lagi satu lah kan, si Korea Selatan, yang menjadi kiblat terkini kanak-kanak K-Pop. Wah, sungguh bukan kepalang kita terkejut, awak. Korea Selatan turut mengambil sikap berkecoli dalam hal ini. Mungkin coli-coli gadis K-Pop dah terlebih-lebih mengaburi mata yer. Maka apa lagi lah yang nak kata.

Berikut adalah senarai penuh dari PBB status undian negara-negara pada resolusi tersebut. Ini kita curi dari blog orang lah awak. Kita mana ada kawan kat PBB. Kawan kita semua kat  Senate Rotunda. Ko hader?



No comments:

Post a Comment