Monday, July 2, 2012

Kecoh Api Di Kaki Langit Perth



Satu garisan kelihatan seperti api menggemparkan penduduk Perth senja Jumaat lepas kerana diduga sebagai  jatuhan meteor di laut.

Agak lucu apabila semua pihak mengandaikan bahawa sebuah meteorit telah jatuh di Lautan Hindi dan menghasilkan imej di atas.

Tetapi para komentator di perthnow.com.au , sebuah portal berita di Perth, Austarlia memberi hujah yang lebih ilmiah berbanding pemberita mereka.

Mereka mendakwa adalah menjadi kebiasaan laluan tersebut dilalui oleh pesawat ke atau dari Timur Tengah - Melbourne pada musim sejuk yang kini dialami mereka kerana bagi mengelakkan kawasan angin kencang di pantai barat Australia.

Jika dilihat dengan mata kepala sendiri, kita sendiri dapat mengandaikan bahawa imej seperti api itu tidak lain tidak bukan hanyalah goresan awan atau kesan eksoz pesawat yang biasa membentuk jalur berair di langit di kaki langit Perth di mana biasan matahari senja di laut telah menjadikan ,awan. tersebut kelihatan seperti api yang menyala.


No comments:

Post a Comment