Saturday, June 23, 2012

Senarai Penerima Gelaran Datuk Untuk hari Keputeraan Pak Tam Ke 34

Berikut adalah penerima darjah kebesaran sempena hari keputeraan saya ke 34 pada hari ini, Sabtu 23 Jun 2012. Darjah Jasa Mulia Cemerlang (DJMC) ini atau dengan nama lain Dulu Jahat Macam Celaka bakal membawa gelaran Datuk. 

Gelaran ini hanya diiktiraf oleh saya sahaja. Hahaha. Dan setiap kali berjumpa atau bertwitter atau berFB, saya akan menggelarkan penerima ini dengan panggilan Datuk.

Nama-nama penerima adalah seperti berikut :


1. Mohd Khairul Idlan Bobo dari Klang atas pencapaiannya dalam bidang keusahawanan dan jasanya dalam membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan. Beliau telah berjaya melakukan reformasi diri dengan cemerlang dan wajar dijadikan contoh oleh generasi muda. 
2. Munir Wahab dari Ampang atas pencapaiannya dalam bidang kerohanian dan keagamaan. Beliau telah mengusahakan anjakan paradigma ke atas dirinya sendiri dan berusaha untuk memperkukuhkan imannya ke arah yang lebih baik dari dahulu. 
3. Abdul Manan Abdul Rahman dari Ipoh atas pencapaiannya dalam bidang muzik tempatan. Beliau telah memulakan kariernya dalam Bintang RTM 1985 dan kini menjadi penghibur dan penyusun muzik di Ipoh. 
4. Mohd Hasry Chor Pastrana dari Ipoh atas pencapaiannya dalam membina institusi kekeluargaan, menjadi bapa yang penyayang dan suka membantu rakan-rakan dalam kesusahan. Beliau telah berjaya mengubah personalitinya ke arah yang lebih baik walaupun dulu beliau agak shaiton.  
5. Azward Abdul Azis dari Semenyih atas pencapaiannya berhijrah dari kehuru-haraan hidup di Kuala Lumpur ke arah hidup yang lebih baik di Johor Bahru dan sentiasa menjadi penasihat kepada saabat-sahabatnya yang memerlukan nasihat.

Sekian.

No comments:

Post a Comment