Tuesday, July 3, 2012

Melihat Lintasan A380 Di Langit Dengkil

Pagi tadi aku ingat nak sandang beg berisi kamera dan kertas-kertas ladang ke ofis. Namun begitu, bahu ini terasa amatlah malas. Ditambah pula kerana masa yang terbuang dek morning berry, lalu aku bersegeralah keluar ke hentian bas. Bas terus datang segera dengan kadar masa di tiket tertera 7:54 pagi.

Bas itunya, terlalu haru-biru sehingga dia pergi ke 5R3, sebuah kawasan yang kehantuan. Jika presint 5 terletak di tumit Achilles , 5R3 itu ialah ibu jari kakinya. Ulu tak ulu lah. Selalunya bas terus idak ler ke sana pula.

Tibah-tibah, aku terpandang seketul pesawat gemuk seperti belon Led Zapellin, pesawat belon Zappelin yang leper sikit lah rupanya, sedang terapung di udara di tapak kaki Achilles untuk Putrajaya. Setelah di amati, ternyata pesawat itu berbeda kok.

Pesawat itu kelihatan seperti metafora perjalanan sebuah tong besar yang mengisi umat manusia dengan ramainya sekali, bergerak perlahan ketika menghampiri itu airport, sehingga kelihatan terapong-apong di udaranya itu atas sana. Jika seseorang lemah jantong memandu di belakang atau di depannya, kemungkinan sekali boleh mengakibatkan kemeninggalandunia kerana terkejut dengan fenomena pesawat terapung itu.

Malang sekali, kamera yang sepatutnya berfungsi untuk merakam pesawat itu, ditinggalkan di rumah oleh bahu saya yang enggan membawa beg keluar bersama pagi ini. Sedih loh. Berikut adalah hasil siasatan saya :


The A380 plane will be used thrice weekly for the KL-London sector until MAS gets several more of the planes by year-end when it can serve the sector daily.
MAS has ordered six of the aircraft that it plans also to service Australia and China.
The same plane that arrived here today will depart later in the day, also inaugurating the return flight from London to Kuala Lumpur with a near capacity load.

 Kelihatan itu pesawat MH0003 telah terlambat mendarat selama 2 minit. Mungkin kerana terlalu perlahan untuk menunjuk-nunjuk kepada saya supaya lain kali bawalah kamera saya ke mana-mana. 

No comments:

Post a Comment