Tuesday, September 28, 2010

Patutlah Aku Selalu Ke Q Bistro!

Petang ni cuaca cantik. Jam 6 petang bila aku menjenguk keluar jendela bilik ke arah KL, tersergam KT Tower dan KLCC dalam remang petang di kejauhan. Berbangga aku melihat ikon Kuala Lumpur sayup kelihatan dari Dengkil, 35 km dari pusat kotaraya KL.



Di bawah ialah rentasan mata ke arah Menara KL dan KLCC yang melewati kawasan Seri Kembangan, Bukit Jalil dan Salak Selatan, BANDAR SRI PERMAISURI dan Pudu. Patutla aku rajin pi Q BISTRO.




Di sini, sangat ternampak yer betapa jauhnya rumah aku dengan KL. Nasib baik kereta jimat minyak. Tapi tak guna juga kalau duduk Ampang kan. Balik kerja jer 1 jam atas jalan. Baik duduk putrajaya 35 minit je dari KL ikut MEX.

No comments:

Post a Comment