Sunday, September 26, 2010

Mari Ke Dapur : Kari Sardin Kentang

(TIRU SUARA CHEF WAN) Yer puan-puan, hari ini saya nak menunjukkan cara memasak ala bujang yer. Ha.. Bukan puan yang bujang, tapi anak-anak bujang puan yang tak reti-reti nak kahwin. Masakannya mudah, lazat, berkhaaasiat gitu. Haa.

Yang ini ikan yer. Bukan anak ikan. Tetapi ikan pari direndam air garam dan kunyit, kemudian digoreng yer puan-puan, dengan api yang kecik. Haaa. Kalau api besar, bakar je lah rumah yer puan-puan. Boleh claim insurans. Caranya, beli ikan pari sepotong, lebih kurang tiga ringgit, potong halus-halus dan rendamkan dalam air garam dan kunyit yer puan puan, selama lebih kurang 20 minit. Kemudian goreng yer puan-puan. Kalau nak rebus pun takpe, ikut suka hati kau la Senah..

Yang ini pula, kentang hiris goreng dan lobak masin goreng, ditumis dengan kicap manis dan bawang besar. Cara memasaknya yer puan-puan, rendamkan lobak masin sepeket selama 20 minit, bagi membuang masin yer. Kalau masin sangat nanti kena darah tinggi, mati. Haa. Tak sampai jodoh anak puan-puan kan. Kemudian hiriskan empat biji kentang dan gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam yer puan-puan dan digoreng dengan api kecil yer puan-puan selama 10 minit. Begitu juga dengan lobak masin yang siap dihiris yer puan-puan, gorengkan dengan kadar yang sama dengan gorengan kentang tadi. Kalau nak goreng gitar lain kali yer. Kemudian, tumiskan hirisan 2 biji bawang besar yer puan - puan di atas kuali yang tak berminyak selama 5 minit dengan api besar. Kemudian gaulkan kentang dan lobak masin tadi dan selepas itu tuangkan suku cawan kicap manis. Gaulkan hingga minyak kentang tadi sekata yer puan-puan.

Ini pula Kari Kentang Ikan sardin yer puan-puan. Haaaa. Sebab tu la anak puan-puan balik jer kampung buat muka sardin. Banyak makan ikan sardin yer puan-puan. Caranya dengan menumbuk 4 biji bawang kecil bersama 4 biji bawang putih sehingga lumat. Kemudian tumiskan dalam periuk dengan 4 sudu minyak dan seluruh jus dari tin sardin tu yer. Kemudian, tambahkan 4 cawan air dan 4 peket kari ikan yang dibahagi dua. Haa. Sajer jer saya nak test matematik puan-puan yer. Apa ingat kita orang dapur ni tak pandai matematik? Kan. Kemudian, masukkan 4 biji kentang yang setiap satunya dibelah 4 yer puan-puan. Penting yer untuk menentukan saiz yang sesuai bagi kentang-kentang bagi mengelakkan kentar keras dan kentang bubur. Kau pernah makan kari bubur kentang? Haaa. Jangan yer. Kemudian masukkan 4 sudu kecil garam dan 4 cubit gula yer puan-puan. Kemudian biarkan gulai menggelegak sehingga pecah minyak yer. Setelah pecah minyak, kecilkan api dan masukkan ikan dari tin sardin satu persatu dan biarkan mendidih selama 15 minit.

Yang ini pula nasi. Kalau puan-puan tak reti masak nasi, lebih baik bunuh diri yer puan-puan. Kau gila orang perempuan tak reti masak nasi?

Haa. Dah siap pun hidangan yer puan-puan. Aromanya sangat melampau sedapnya yer. Sebenarnya saya taknak kalah yer puan-puan. Jiran-jiran semua ketung ketang di dapur beradu bau masakan.

Ha.. Macam pejabat pengetua sekolah ada peta bagai.

No comments:

Post a Comment