Monday, August 2, 2010

Makan Durian Di Tanjung Rambutan


Durian kenit. Semakin kecil durian itu, semakin pekat kemanisan, bau, gas dan getahnya. Mari kita jalan-jalan makan durian ke Tanjung Rambutan.


Kali ini, kita melawat kebun durian Pak Ngah di Kg. Bakar Bata, Tanjung Rambutan.

Daripada 25 pokok yang menghasilkan 5,000 biji durian, seorang benggali memajak pokok-pokok tersebut dengan harga RM2,500 semusim kepada Pak Ngah. Bayangkan durian yang diorang jual tepi jalan yang 1000% lebih tinggi harganya dari pintu kebun.

Pak Ngah cuba 'membunuh' kami dengan durian demi durian yang dikupasnya. Haha.

Ini durian yang baru gugur masa aku lepak kat sini. Isinya, walaneh!

Ini orang panggil pangsa kucing tidor. Isinya besar penumbuk, bijinya besar syiling 20 sen.

Yang ini jenis pangsapuri seri nilam. Haha. Tah jenis apa. Main tibai je.

Sedap kalau makan kat kebun sebab tak payah nak pikir buang kulit durian kat mana.

Model durian hari ini, Nas.

Macam terrer je boleh tangkap gambar durian gugur. Padahal...

Kamera murah pun boleh kasi gambar cantik maa..

Sebiji durian yang baru luruh sedang posing untuk masuk blog.

Awas, nyamuk hutan besar giler bapak.

No comments:

Post a Comment