Friday, August 6, 2010

Tersinggah Omega Club, Taman Bukit Jalil

Semalam aku tertidor awal. Pukul 4.00 petang. Boleh? Haha. Yer lah. Semalam kan ada Exam. Sepatutnya aku boleh bercuti sehari. Tetapi aku balik ofis jugak. Menjelang jam 3.00 petang aku dah mohon undur diri lalu aku balik.

Aku terjaga jam 8.00 malam. Hah. 4 jam tidur. Bila baca SMS, ada la mesej dari si DJ Adam mintak kawan-kawan support la dia sikit. Hari ini first time dia spin kat Omega Club, Bukit Jalil. Maner tuh?

Aku pun pergi la Ampang seperti mana yang telah aku janjikan dengan Mae. Dalam jam 10.30 aku balik ke Putrajaya dan aku pun berniat nak singgah Omega Club tu. Cari punya cari punya cari punya cari cari punya cari punya cari punya cari cari punya cari punya cari punya cari cari punya cari punya cari punya cari (menunjukkan seksanya mencari), sampai la aku ke situ.

Aku pun disambut oleh DJ Adam dan aku pun melayan wi-fi club tu yang sangat laju sambil menghoder Teh Pulau Panjang berharga RM26. "Abang, yang ni, beli satu dapat lagi satu tau, OK tak?" maklum si waiter tu kat aku. "Okei la tu, apa tak okei pulak!" jawab aku.

Sambil duduk-duduk minum dan makan fries yang belambak berharga RM12.80, aku pun tak sedar jam dah pukul 1.00 pagi. Lalu aku pun berundur pulang membelah MEX dengan kelajuan 140 km/j.



3 comments:

  1. terima kasih atas informasinya..
    semoga dapat bermanfaat bagi kita semua :) Mobil Masa Depan

    sukses selalu

    ReplyDelete
  2. nice share. nice post. semoga bermanfaat bagi kita semua :)
    keep update! mobil kuat

    ReplyDelete
  3. harga toyota Fortuner bekasApril 4, 2014 at 4:02 PM

    Jangan berhenti untuk terus berkarya, semoga kesuksesan senantiasa menyertai kita semua.
    keep update!Harga Toyota Fortuner Bekas

    ReplyDelete