Monday, May 10, 2010

Memasak Di Hari Minggu


Hah.. semalam, balik dari ampang sampai rumah jam 9.00 pagi. Nah kau. Kalau weekdays tu dah kat ofis dah. Lalu singgahlah saya di kedai Aceh yang berjaya bukak dalam kawasan kuarters tu. Beli rempah sup.

Ini mengenangkan bihun Jati yang dibeli ala-ala sekerat guni kat rumah tu nak buat apa? Nak hantar tokong? Tokong pun kalo nak hantar kena masak dulu. Ko hengat sami-sami muka kesian tuh rajin bebenor nak masak. Apa ni Kiah. Merotad ke engkau? Tidak yer. Sebab itu menunjukkan bahawa bihun kering tu no value. Apa lagi di hantar ke masjid ye tak. Ko tak tengok ke betapa eksen nye pengerusi surau baru tu yang sok sek sok sek (typical Malay, ngumpat 20 saat )...

Jadi, bagi memendekkan masa siaran yang tak berapa nak hado ni, kita terus ke ramuan-ramuannya yer tuan-tuan. Puan-puan tak payah. Ni cerita lelaki bujang makan hati sebab tak ada bini. Biawak hidup? Tettsszz..

1 cekak bihun ( 1/10 kampit besau )
1 bunjut sup
1 kiub ayam
5 kuntum bunga lawang
4 biji ketumbar
1 potong kulit kayu manis
9 bijik bawang kecik
3 bijik bawang putih
½ sudu garam
4 sudu minyak masak
2 peket bebola ikan ( plastik biru tu )
9 biji cabai burung
½ sudu gula
4 sudu kicap

Jadi, dah salin ke ramuan-ramuannya? Bagus.. jangan salin... Teknik masak peringkat kesembilan diperlukan yer. Kalau tidak, tuan-tuan akan makan bihun seperti direndam air paip adanya. Jadi langkah untuk memasak ini lah yang perlu diambil serius :

Baiklah. Tumbuk 4 biji bawang kecik, 3 bijik bawang putih, 4 biji ketumbar, 1 potong kulit kayu manis, 1 kiub ayam, 5 kuntum bunga lawang dalam satu lesung sampai hancur boncai. Lepas tu, ambik la periuk, empat sudu minyak kasi itu dalam taruh, tumis semua mak nenek yang kau kerjakan tadi yer Senah. Tu dia, aroma dia. Dagu saya yang ke depan ni pun boleh ke dalam yer Kiah. Lepas kau tumis tu Odah, kau biar dia sampai terbau dek jiran kepada jiran tuan-tuan punya jiran, punya jiran. Lepas tu yer, taruh lah seliter air, campakkan bunjut sup tu dan seperdu daun sup yang dicincang halus.

Sementara tu Senah, kau tak reti-reti ke masakkan kicap dia? OK, kau tumbuk bawang kecik sebiji, bunga lawang sekuntum, cabai burung 9 biji. Sampai hancur boncai. Lepas tu kau tumiskan. Taruh kicap dengan gula. Ceh ceh ceh lebih kurang sampai evaporated kandungan airnya, maka siaplah kicap.

Sup tak masak lagi, Kiah? Kau goreng la bawang Kiah oi. Bawang goreng yang lebih pahit lebih memberi kesan satu persinggahan bihun sup yang agung. Maka kau potong bawang kecik yang lebih tu, kau goreng la bawang tu. Tu pun nak kena aku ajar ke Kiah?

Bila dah siap, kau makan lah. Aku kalau lapar baru aku makan. Kalau kau taknak makan pun tak pe. Aku bagi bangla alam Flora je. Hahaha.



Ha.. kacau .. jangan tak kacau.. jap.. tangan kau ke tu Tijah...? Sunburn ke? Bila kau ke laut?



Meriah kau Senah. Cukup la menampung perut laki kau yang aku tengok entah kan buncit, entahkan busung.



Tu dia kau Kiah. Lahapnya...sedap la tu...

No comments:

Post a Comment