Tuesday, August 20, 2013

Bila Telur Naik Ke Leher

Halo! Assalamualaikum. Lama tak nghapdet blog ni. Bukan je bersawang, malahan dah jadi fun fair tikus yer. Takpe, bleh buat duit. Kan. I know right. Ternak tikus, cukup masa, katuk, bagi kat MPPJ. Bukan ke MPPJ upah sekor singgit? Haa.. Lagi untung dari main Forex ualls.

Ni dikala malam sepi sejuk dingin mahligai kaca bagai, dikala suhu KL 22 Celsius manakala suhu Seoul pun skang tengah 23 Celsius, (sesuai untuk hadek-hadek K-Pop yang suka benor pakai baju sejuk tengah panas) dinukilkan kisah kelmarin. 

Saat itu, kita sedang menaiki bas Plusliner dari Ipoh ke Putrajaya. Kerja banyak malam sebelum tu di Ipoh membuatkan kita tak dapat tidur. Inilah masa tidur yang ada.

Bas sampai Gunung Rapat kekira jam 6.30 petang lah. Hujan lebat berganti renyai belum berhenti tatkala langit masih kelabu. Tempat duduk nombornya FA. Kira seat depan sekali blah kiri kat pintu lah yer. FA tepi tingkap. Tapi mandangkan bas bertolak dari Terminal Amanjaya di Jelapang, 15 km dari situ, for sure ade makhluk Allah yang dah sapu tempat tu. Ah, kita halau.

Sebaik saja naik, tergamam lah kita menyaksikan elok rupa parasnya si penghijack tempat duduk kita tu. Terpaksalah kita biar. Dan duduklah kita di seat FB. Berbarrierkan sebatang tiang pengapit kaca penghadang, depan kita terus cermin bas. Janganlah hendaknya ada kejadian yang tak disanggupi kita kan.

Kita pun tidorlah selayak ngantuknya. 

Kita tersedar bila bunyi bising macam bas redah banjir. Oh. Hujan. Tapi kau wahai drebar yang bonsai lagi gelojoh, hujan-hujan pun kau rempit dah kenapa? 

Keadaan bas yang dipandu sangat laju itu menggerunkan kita. Kalau-kalau bas tertimpa malapetaka, mau-mau terhumban kita keluar bas ikut cermin depan. Tetiba kita teringatkan kes bas ekspres terbabas langgar batu tepi highway di Bukit Gantang beberapa tahun silam. 24 orang mati yer. Dan semua yang mati terlonggok di depan bas akibat impak maksima bas langgar batu besar tu. Cer bayang nasib penumpang seat paling depan? 

Dalam liuk lentok ngantuk, bas membrek di lorong tengah lebuhraya tiga lorong itu. Lokasinya agak-agak kita, kat Tanjong Malim lah. Hujan lebat. Bas membrek sebab dia dah terlalu hampir dengan bontot sebuah bas di depan. Dengan penuh konfiden abah dia, sang drebar memutar stereng untuk memotong di sebelah kiri. 

Abah dia lah. Dia ingat dia ada deria keenam kah. Ini Malaysia! Pandu kiri! Berderau darah aku sebagai kalangan yang nampak, sebab sebaik bas memasuki lorong kiri dengan kelajuan yang ditambah untuk memotong, sebuah treler yang lebih perlahan dari bas yang hendak dipotong berada disitu. Makhluk Allah elok paras rupa sebelah aku mengepit pehanya. Mungkin terkejut tahap nak terkencing. Ia mengambil masa satu saat sebelum giliran si pemandu pulak yang nampak treler tersebut, lalu menekan brek sebelum memasuki lorong tengah kembali. 

Aku tergamam sampai tak ada masa nak marah pemandu bas tu. Telur pun dah naik ke leher ualls. Hanya beristighfar membayangkan betapa nasib aku dan makhluk Allah elok rupa di sebelah aku kalau bas itu melanggar buntut treler tersebut sebab kami paling depan. Dengan hujan lebatnya. 

Kepada sang drebar, kau ingat kau bawak sapi? Kau bawak orang yer. Bladifool. Bayangkan kalau kau terlanggar lori tu, tentulah posisinya mengelak diri sendiri. Lalu, sebelah kiri bas yang hentam lori. Yang naya sapa? Ni yang bayar tambang supaya ko di gaji!

Memang lorong paling kanan di lebuhraya tiga lorong PLUS tu 'diharamkan' untuk bas dan lori. tetapi itu tidak bermakna sebuah bas yang rapat mengekori sebuah bas lain, boleh mengambil keputusan memotong bas di depannya ikut kiri melainkan dia boleh nampak binatang apa yang ada di sebelah kiri itew. Maka dengan itu .......


Pihak PLUS perlu menaikkan papan tanda ini. Sekian.

No comments:

Post a Comment