Tuesday, December 11, 2012

#PerakPeopleSays : REMPIT ITU PECUT !

Aku sangat terpanggil untuk mengulas hal 'rempit ni'. Ini berikutan ada pihak di TV yang tanpa segan silu menafsir perkataan 'rempit' mengikut selera tekak sendiri. Salah seorangnya ialah penganalisis jenayah yang selalu masuk TV. Entah bin Apa nama dia aku dah lupa. 

Kata dia rempit datang dari perkataan  ramp-it . Bidaah tahap 9 tu bro. Kalau tak tahu, sebut je tak tahu, tak lah jatuh air muka di kalangan 1 juta penutur bahasa Perak.

Perlu diingat, bahasa Perak menyebar bukan sahaja di tebing-tebing Sungai Perak dan negeri Perak, malah daerah-daerah pendalaman Pahang juga mengadaptasi bahasa ini berdasarkan sejarahnya masa lampau. Datang dari lubuk yang sama di Sumatera sana.

Sejarah ke belakangnya, masa aku kecik-kecik, ketika aku dan kawan aku sangat jahat, hobi kami ialah masuk kebun jambu milik pekebun Cina dan mencuri jambu-jambu batu isi merah tanpa biji demer. Bila kebinatangan tersebut disedari pemilik kebun, dia pun bertempik "Hoi.. culi !!!" seraya mengejar kami. Reaksi kami? " Dia kejor weii.. rempit.. rempit .. rempit.." sambil berlari merentas belukar.

Hal yang berlaku tahun 1987 itu membawa pemahaman besar kepada aku hari ini bahawasanya perkataan REMPIT datangnya dari negeri Perak.

Bila dikaji, sejarah ini sangat pasti bermula pada dekad 90an. Tempoh 10 tahun itu adalah tempoh kemuncak kemasyhuran pembikin-pembikin motor lumba haram di Ipoh di mana mereka digeruni di Penang, KL dan JB. Ini kerana geng rempit dari Ipoh pasti akan menang pertaruhan kerana kuatnya mesin mereka yang diubahsuai dari motor EX5.

Salah satu nama asal Ipoh yang naik masyhur di zaman itu ke persada lumba halal ialah Wazi Abdul Hamid yang kini menjadi presiden Rempit United, sebuah NGO bagi memupuk minat berlumba dengan cara yang betul ke atas pelumba-pelumba haram.

Teknologi clutch kaki yang mereka bawa ke bidang lumba haram pada masa itu, tidak dapat ditiru oleh penggiat lumba haram negeri lain. Inilah puncanya perkataan rempit menjadi semakin popular di peringkat kebangsaan. Perkataan rempit hakikatnya dalam bahasa Perak bermaksud pecut.

Walaupun kehebatan pelumba haram di Ipoh semakin pudar, tetapi tradisi berkonvoi mereka ketika mencari kawasan rempitan yang sesuai tidak dapat ditandingi oleh kaki motor lumba haram di mana-mana bandar di Malaysia.

Mereka mampu mengumpul hingga 1000 motor yang berkonvoi dengan geng Melayu, Cina, India dan Singh bercampur sekali, sehingga kereta-kereta di persimpangan yang berhenti di lampu merah, tidak berani meneruskan perjalanan ketika lampu hijau kerana belum habis-habisnya kumpulan ini melintas.

Mereka juga mampu menutup sesebuah persimpangan semata-mata untuk mengadakan lumba haram cara pindah randah mereka sehinggakan pemandu kereta dan lori menjadi akur, malah dalam terpaksa, menonton acara tersebut. Hasilnya, tiada siapa pun yang marah-marah kerana keunikan ini menjadikan ada yang istimewa di Ipoh.

Tetapi janganlah cuba mencari pasal. Walaupun mereka tak mengasari sesiapa, tetapi sebarang provokasi boleh berhujung kematian dan kecederaan. Ipoh telah mencatat kes pemandu maut dipukul dan pemandu yang keretanya diterbalikkan bak kekura kerana cuba berkonfrontasi dengan kumpulan ini.

Walaubagaimanapun, janganlah kita guna istilah MAT dan MINAH pada awalan mana-mana perkataan bernuansa buruk kerana MAT itu datangnya dari MAMAT dan MAMAT itu datang dari MUHAMMAD. Manakala MINAH itu datangnya dari AMINAH dan AMINAH itu ibu NABI MUHAMMAD.

Mengapa sesuka hati kita menyangkut pautkan Rasulullah dan ibunya dalam melabel sifat tidak elok seseorang manusia? Sampai ada istilah Mat Rempit Cina, Mat Rempit India.

 Geng Rempit Ipoh menyekat lalulintas untuk perlumbaan haram.

  Geng Rempit Ipoh menyekat lalulintas untuk perlumbaan haram.

 Geng Rempit Ipoh menyekat lalulintas untuk perlumbaan haram.

Kantoi la pulak....

No comments:

Post a Comment