Monday, July 23, 2012

Jom Hantar Kad Raya : Intimidasi Tahunanan Ke Atas Media Sosial


Kali terakhir aku menghantar Kad Raya ialah kepada seorang yang aku sayang yang tinggal di Johor Bahru pada tahun 2007. Cerita lama la. Dah setaraf epik Kublai Khan. 


Masa tu aku lukis potret dia ala kadar dalam kad raya itu, dan kata-kata syahdu syahdan cintun cintan sebelum mengeposkan menggunakan Pos Laju sebab dah ujung puasa dah time tu. Putrajaya - Johor Bahru dicaj RM4.50. Takpelah, asalkan esoknya sampai.

Tahun ini, mendengar berita Buletin Utama malam tadi, (siapa yang boikot Buletin Utama, bolehlah cari berita tersebut dalam Malaysiakini yer), telah diwarwarkan bahawa Pos malaysia mengenakan caj RM0.50 bagi semua kad raya bawah 50 gram dan penghantarannya ke seluruh negara mestilah dibuat sebelum 13 Ogos bagi memastikan kad-kad tersebut sampai sebelum Hari Raya.

Lalu terpikirlah saya bahawa alangkah baiknya di zaman erti persahabatan hanya terpamer melalui apa yang boleh di lihat di media sosial, dihidupkan pula kembali tradisi menghantar kad raya. 

Ikuti hashtag di twitter #PoskadRaya yang menyokong kempen ini!

Justeru (cewah), saya memutuskan untuk mencetak kad raya sendiri tahun ini untuk diposkan ke mana-mana sahabat yang menghantarkan saya alamat surat-menyurat mereka. 

Rupabentuk kad saya yang diramalkan sangat rupawan itu akan saya pertontonkan kelak. Selamat berpuasa.

No comments:

Post a Comment