Wednesday, July 25, 2012

Stesen Bas Ekspres Ipoh Mau Pindah Lagi..

Tahukah anda, anda, anda dan anda. Ramai yer. Memang ramai orang Ipoh di KL ni. Tahukah anda bahawa stesen bas ekspres Ipoh akan dipindahkan ke Meru Raya? Dengar-dengar cerita, bulan Julai. Sekarang bulan apa? Bulan Gulai? Julai lah kan? Tak jugak pindah-pindah. 

Tapi yer lah sok sek sok sek korek depan korek belakang dengan drebar bas ekspres minggu lepas, dapatlah diketahui bahawa perpindahan tu ditangguhkan atas sebab musabab yang dia sendiri tak dapat nak ceritakan. Ape dah. Faul betol. Sia-sia korek-korek.

Maka malas sungguhlah saya nak berkisah panjang sahibul hikayat bak Salatus Salafin Saladin bagai, tengok gambar bawah ni faham-faham sendiri la yek. Cuma dalam dua rajah ini, saya telah mencadangkan supaya diwujudkan Stesen Bas Ekspres Ipoh Selatan. Lokasinya di Japanese Esepelaitis. Bukan di Jepun yer tuan-puan. Itu adalah tempat tercetusnya penyakit 14 tahun lalu. Ya betol. Di Ampang Baru. 

Kalau Kerajaan Perak tak buat stesen bas Ipoh selatan itu, saya akan undi parti cap botol susu.



No comments:

Post a Comment