Tuesday, June 12, 2012

Membantah Hadiah Panda Dari China Kepada Malaysia

Kerajaan Malaysia terima panda bukti hubungan kukuh: China 
PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia akan menerima sepasang Panda berikutan perjanjian yang bakal ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan China Wildlife Conservation Association (CWCA), Republik Rakyat China (RRC) pada 15 Jun 2012 ini. 
Perjanjian dalam bidang konservasi Giant Panda dengan RRC mencerminkan komitmen Malaysia dalam menyokong usaha murni RRC untuk menambah bilangan spesies Giant Panda yang terancam yang hanya dijumpai di RRC iaitu sebanyak 1,600 ekor pada masa ini. 
Ini adalah selaras dengan Sasaran Aichi 2010 di bawah Konvensyen Kepelbagaian Biologi yang menyokong usaha konservasi untuk mengelakkan kepupusan sesuatu spesies. 
Hubungan dua hala sedia ada antara Malaysia dan RRC yang dimulakan semenjak zaman pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri akan menjadi lebih erat melalui Perjanjian ini. 
Pada tahun 2014, Malaysia dan RRC akan meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik ini.
Hubungan yang erat ini membolehkan Malaysia menarik lebih banyak pelaburan dengan RRC yang diharap dapat meningkatkan pendapatan negara. 
Melalui usaha kerjasama konservasi ini, Malaysia akan berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi Giant Panda. Kepakaran tempatan akan ditingkatkan melalui ‘technology transfer’ yang akan dikongsi oleh RRC terutamanya dalam pembiakan artifical insemination, kajian genetik dan kajian perilaku Giant Panda. 
Selain itu, kehadiran Giant Panda ini akan meningkatkan kesedaran orang awam mengenai usaha konservasi Giant Panda RRC dan secara tidak langsung menghargai keunikan dan kepentingan konservasi hidupan liar dan biodiversiti di Malaysia. 
Sementara itu, satu pertandingan peringkat nasional untuk menamakan Giant Panda tersebut akan turut diadakan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengenali haiwan unik ini. 
Giant Panda ini bakal ditempatkan di sebuah eksibit khas di Taman Wetland, Putrajaya.

Hebat ke tidak? Hebat lah kan. Tetapi teman menentang bebenor rancangan ini. Ini kerana ia akan memberi ancaman kepada spesis beruang yang hampir pupus yang mendiami kawasan Putrajaya Wetlands itu. Spesis beruang yang suka fotografi ini dilihat pandai pose-pose model. Mereka juga menjadikan kawasan tersebut sebagai habitat semulajadi mereka. Kawasan pokok buluh berumpun-rumpun merupakan habitat panda semulajadi. Di bawah adalah beberapa imej beruang hampir pupus yang ditemui di kawasan perbuluhan, Putrajaya Wetlands yang bakal dijadikan tapak konservasi panda:




Hahaha. Masa pose-pose kat sini, aku terfikir pulak "dah macam panda aku ni". Tak sangka plak kerajaan China berminat untuk memberi sepasang panda kepada kerajaan kita dan di sinilah mereka akan ditempatkan kelak. Tak dapek den nak bermain panda-panda dah kat cini.

Memain je lah kan membantah segala apehal. Aku siapa nak bantah-bantah. Eloklah kawasan tenang kat situ berpenghuni 24 jam. Selamat datang panda! Jom kita berkungfu.

No comments:

Post a Comment