
Sein nafi libatkan orang ketiga
KUALA LUMPUR 8 Dis. - Penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Syed Hussein Syed Mustafa, 27, enggan mengulas lanjut mengenai punca perceraiannya dengan isteri, Noor Diyana Muhammad, 26.
Syed Hussein atau lebih dikenali dengan panggilan Sein memberitahu, dia dan Noor Diyana sudah sepakat tidak berkongsi dengan masyarakat mengenai kisah peribadi mereka itu. Bagi Sein, apa yang berlaku merupakan perkara yang cukup sulit untuk dibincangkan atau dihebahkan kepada umum.
"Biarlah hanya kami dan keluarga masing-masing sahaja yang tahu tentang situasi sebenar. Seboleh-bolehnya, saya tidak mahu bercerita apa-apa kerana ia adalah kisah yang cukup peribadi.
"Apa yang penting buat saya dan Nana (panggilan untuk Noor Diyana) adalah untuk memikirkan masa depan anak-anak kami dan meneruskan kehidupan masing-masing," jelasnya dalam nada tenang ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
No comments:
Post a Comment