Saturday, November 26, 2016

Hong Kong Trip 18 - 21 Nov 2016 (II)

HARI 2


Pagi-pagi ujan renyai membuatkan suhu agak sejuk la. 21°C camtu. Lepas semua dah siap turun, kami berjalan ke pinggir laut yang terletak 300 meter di hujung Nathan Road dan pemandangan pulau Hongkong tersergam di seberang sana. 



Setelah puas bergambar, kami pun menaiki Star Ferry yang terminalnya terletak kira-kira 200 meter ke sebelah kanan pinggir laut itu. Tambangnya $2.80 untuk dek bawah dan $3.40 untuk dek atas. Tapi alahainya, perjalanan dia lebih singkat dari Feri Pulau Pinang. 10 minit membelah Selat Hong Kong, kami sampai ke Central Pier di sebelah pulau.



Tujuan hari ini tentulah nak naik keretapi bukit yang fofuler tu. Keretapi Bukit Bendera pun kita tak pernah naik lagik tau. Kami menunggu bas N15 yang sepatutnya berulang alik dari stesen Peak Tram dengan Central Pier tu. Non hado. Dekat sejam juga. Nakhoda pun mengarahkan jalan kaki kepada para kelasi memudiki laluan pejalan kaki menuju ke stesen Peak Tram yang terletak 1.2 km dari jeti. Sogokan pemandangan bangunan-bangunan dan jalaran tramway bersilih ganti berjaya memukau para peserta sehingga mereka tidak terasa berjalan pada jarak itu. Nasib la kan. 

Setibanya di stesen Peak Tram, satu lagi dugaan menunggu. Orang beratur melingkar-lingkar. Padat. Hari Sabtu kot. Mendapatkan tiket mereka pun makan masa 1 jam hanat. Sesudah dapat tiket, kami bersesakan untuk menaiki Peak Tram dan perjalanan mendaki bukit selama 25 minit itu menghilangkan noya beratur beli tiket tadi.






Peak Tram membawa pengunjung menaiki Victoria Peak tapi bukan ke puncaknya. Hanya sekadar di kawasan bawah puncaknya yang tersergam sebuah kompleks unik bernama The Peak. The Peak mempunyai bumbung rata tempat pengunjung menikmati saujana pemandangan Hong Kong, Selat Hong Kong dan Kowloon yang dinamakan Sky 428 kerana berkedudukan 428 meter dari paras laut.



Tiket trem bukit bersekali dengan naik Sky 428 berharga $88.

Di dalam The Peak terdapat kompleks membeli belah, restoran-restoran, kedai cenderamata Hard Rock Cafe, gedung pamer patung lilin Madame Tussaud dan beberapa lagi tarikan.



Kami turun pukul 2 petang dan berjalan ke pinggir jalan besar dari stesen Peak Tram di kaki bukit untuk menaiki Tramways pula. Tak Hong Kong la kalau tak cuba benda ni tau. 



Tramways merupakan perkhidmatan trem dalam bandar yang ada di Pulau Hong Kong sahaja. Terdapat 6 laluan dari timur ke barat tetapi hanya 5 laluan yang boleh dinaiki sekiranya mahu ke Causeway Bay, sebuah lagi daerah beli belah di Pulau Hongkong. Beli belah ke kalau harga tak boleh belah?

Kami menaiki Tramway untuk ke Wan Chai, mencari Islamic Center yang menempatkan Masjid Osman Ramju dan Islamic Canteen. Tidak sesat kita menemukan lokasinya tetapi kantinnya sudah kehabisan dagangan. Terpaksa kita mencari sebuah lagi kedai Nasi Ayam dan Nasi Itik yang dikenali halal bernama Wai Kee yang terletak di medan selera tingkat atas di sebuah pasar kira-kira 300 meter dari situ.



Bagi memastikan keselamatan mutu makanan peserta, kita sebagai kapten pun memesan nasi itik dan makan sorang-sorang sambil rasa nak tumbuk nyonya yang asik membebel tu. Bersangka baik. Mungkin anak dia mengandung luar nikah. Setelah kenyang, kita pun memanggil gerombolan kelaparan itu ke Wai Kee. Malangnya, bukan semua boleh mentekedarah itik. Ayam da habis da. Pukul 5 petang da kan.


Lepas makan kami berjalan kaki ke Causeway Bay dan sepanjang jalan ini, terlihatlah betapa sesaknya Hong Kong di petang Sabtu. Sesaknya luar biasa tetapi di sini, itu biasa. Seperti malam tahun baru di Bukit Bintang.


Dek kerana rimas dengan manusia bak ulat taik ini, para peserta memohon bertukar tempat. Jadi kita bawa mereka ke Ladies Night Market di Mongkok dengan menaiki MTR. Cuma..

MTR di Pulau Hong Kong ditunjangi aliran Island Line. Di stesen Admiralty dan Central, penumpang boleh bertukar ke Tsuen Wan Line yang bermula di Central merentasi bawah laut ke Kowloon dan bahagian utara. Di stesen Central juga penumpang boleh bertukar ke MTR Tung Chung Line dengan berjalan kira2 100 meter ke stesen Hong Kong.

Cuma, kami bertukar di Admiralty. Kepadatan penumpang beratur di tepi platform memanjang hingga 10 meter. Sebaik dapat masuk tren, kesardinannya berada pada tahap badan berlaga badan. Ini kali baru nampak wajah pasrah masing-masing warga sana. 

Setiba di stesen Mongkok, kami terus ke Ladies Night Market yang terletak di sebatang lorong berselari dengan Nathan Road sebelah timur. 





Para peserta pun menabur dolar-dolar tongkang yang ada dan kita pulang pukul 10 malam selepas menaikkan mereka ke dalam dua teksi kerana mereka dah tak kuasa nak naik MTR.


No comments:

Post a Comment