Tuesday, August 30, 2011

Happy Big Day. Forgive And Forget.

Selamat Hari Raya diucapkan kepada kengkawan, sanak sedara, sahabat dan musibat, jauh dan dekat, dan berbahagialah kita di Hari Besar ini yang telah menggunakan istilah lebih besar dari perkataan besar itu sendiri, iaitu "Raya".

Raya juga bermaksud besar. Jalan yang lebih besar dari jalan biasa (denai, lorong) ialah jalan raya. Jabatan yang bekerja yang lebih besar dari kerja orang lain (spt. kerja buat jalan, bangunan, potong bukit) ialah Jabatan Kerja Raya. Indonesia yang lebih besar dari Indonesia hari ini pula disebut Indonesia Raya.

Bukan itu sahaja, hantu yang lebih besar dari pocong, pontianak, langsuir, toyol, semestinya hantu raya.

Jadi benarlah terjemahan Selamat Hari Raya dalam bahasa Inggeris ialah, Happy Big Day.

Sekian, Happy Big Day. Forgive And Forget . Hehe.

No comments:

Post a Comment