Monday, April 4, 2011

Seorang Peguam Yang Pandai Ditentang Berjuta-juta Manusia Yang Bodoh


Amat melucukan melihat seluruh rakyat Indon menghentam seorang peguam di negara mereka, David Tobing yang mahu pemakaian jata negara Indon di jersi pasukan kebangsaan mereka dihentikan. Ramai yang memberi persepsi buruk terhadap David Tobing, mengutuk, mengeji dan menyindir peguam tersebut, padahal peguam tersebut melakukan perkara yang betul!

Jadi siapa yang bodoh sebenarnya? Rakyat Indon itu sendiri kah? Agak pedih mendengarnya, tetapi itulah hakikat yang sebenar.

Jata negara atau lambang negara atau national emblem digunakan oleh semua negara bagi urusan yang melibatkan urusan rasmi sesebuah negara dalam misi diplomatik, birokratik, pentadbiran pemerintah dan segala yang mewakili sesebuah negara di atas urusan hitam putih.

Bukan di atas padang hijau dan balapan merah! Semua negara tidak menggunakan lambang jata negara yang sangat ditinggikan itu melebihi acara berpertandingan apatah lagi sekadar, bolasepak.

Jata negara tidak boleh dipertaruhkan untuk mewakili kekalahan atau kemenangan kerana sudut diplomasi tidak mengira siapa kalah dan siapa menang. Ia semata-mata jata negara, yang menjadi lambang ganti nama di persada hubungan antarabangsa. Bukanlah di arena sukan. Ini diamalkan di seluruh dunia.

Mengira bahawa lambang FAM mempunyai gambar Harimau Malaya yang turut terdapat dalam jata negara Malaysia, penyokong bolasepak Malaysia mengangkat Harimau Malaya sebagai maskot pasukan bolasepak kebangsaan.

Tetapi, pasukan bolasepak kebangsaan Indonesia di bawah PSSI, tidak dapat meletakkan burung helang yang tidak terdapat dalam lambangnya walaupun ia telah diangkat menjadi maskot pasukan tersebut, Indonesia mengambil tindakan lucu dengan meletakkan national emblemnya pada jersi pasukan kebangsaan mereka.

Mereka berbalah dari tahun lepas tanpa tidak ada sesiapapun melontarkan idea agar lambang PSSI diubah dan dimasukkan imej burung helang yang persis jata negara mereka supaya 'Garuda' tersebut masih dapat tersemat di dada mereka, dan mengelakkan national emblem dipergunakan semurah-murahnya seperti yang ditentang oleh David Tobing.

Malangnya David Tobing yang melakukan perkara yang betul, kini ditentang oleh berjuta-juta penduduk Indonesia yang bingai.

No comments:

Post a Comment