Showing posts with label konfesi. Show all posts
Showing posts with label konfesi. Show all posts

Monday, April 11, 2011

Love Transition

Khabar yang baru diterima, mak aku memerlukan stokin batu untuk sebulan lagi. Kata doktor, 12 Mei baru stokin batu di kaki mak aku akan di buka. Tulang dah bersambung tapi belum cukup kuat. Berkat kuasa Allah melalui pembalunan susu Anlene setiap hari. Maknanya mulai saat ini, mak memerlukan supply susu Anlene setiap hari sampai bila-bila.

Begitulah apa yang telah difirmankan Tuhan. Dia menjadikan hambanya hidup di dunia dalam satu kitaran. Dari kanak-kanak, menjadi dewasa, dan menjadi kanak-kanak semula. Kini, orang tua kita dapat lihat, semakin tua, semakin memerlukan keperluan kanak-kanak semula. Itu satu realiti.

Kadang-kadang kita terlupa orang yang sepatutnya kita kasihi. Orang yang sebetulnya layak untuk kita bersama mereka bagi menyenangkan hati mereka. Seorang ibu mampu menjaga 10 anak. Tetapi 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.

Kadang kita terfikir, sebab apa kita ditakdirkan belum ada rasa untuk membina keluarga sendiri. Khususnya orang macam kita. Adakah Tuhan tersilap dalam membentuk hambanya?

Sama sekali tidak. Dia tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Dia mempunyai sebab untuk menjadikan babi sebagai makhluk ternakan yang mempunyai daging paling sedap antara semua jenis ternakan, kemudian mengharamkan babi ke atas mereka yang beriman kepada-Nya.

Begitu jugalah Dia mempunyai sebab untuk menciptakan makluknya yang mempunyai kelainan seks tetapi mengharamkan makhluk istimewa itu dari menikmati seks yang berlainan itu.

Antara sebab yang jelas dan boleh difahami mungkin sangat mudah. Supaya sang ibu yang melahirkan anak-anak yang ramai tidak ditinggalkan oleh kesemua anak-anaknya untuk menghadapi hari tua. Akan ada anaknya yang tidak akan ke mana-mana dan akan terus bersama menjaganya hingga tutup usia.

Adakala, kita akan berhadapan dengan situasi di mana kasih sayang yang cuba kita curahkan, perhatian yang cuba kita berikan dan nasihat yang cuba kita sampaikan kepada orang yang kita hadirkan untuk disayangi itu sebenarnya tidak diperlukan langsung olehnya.

Ia seolah-olah perbuatan bida'ah yang akhirnya cuma memalukan diri kita je. Ia mungkin seperti hujan yang menyirami gurun. Malah akhirnya diakhiri dengan cara yang cukup menyakitkan. Yang jelas menunjukkan isi hati sebenar orang yang kita sayang.

Semua yang berlaku mempunyai alasan tersendiri untuk berlaku. Semua orang mempunyai masalah sendiri dan dilema sendiri. Kita tidak perlu terlalu pentingkan diri dengan masalah kita kerana tidak ada untung berlaku sombong dengan beralaskan masalah-masalah. Beruntunglah kerana ada yang sudi mendengar, membaca dan berikhtiar untuk membantu.

Akhirnya kita akan terasa ibarat tersedar dari tidur yang panjang. Mimpi indah kita itu sebenarnya agak palsu seperti kes telur palsu yang heboh sekarang ni. Adakah kita sebenarnya tersilap mencurah kasih?

Apa yang aku rasa ini mungkin balasan untuk aku yang tak balik ke Ipoh minggu ni untuk memapah mak aku berjumpa pakar ortopedik hari ni, kerana lebih mementingkan orang lain yang sebenarnya tak perlukan aku pun.

Datangnya saat begini, kita mulai sedar. Kepada siapakah kasih sayang kita patut kita curahkan dan bakal dihargai oleh manusia dan semestinya oleh Pencipta.

Sekian posting aku yang pertama dan terakhir berkaitan perasaan aku ke atas orang lain dalam musim ini. Segalanya dah aku pindahkan kepada yang lebih berhak.

Friday, April 1, 2011

Balik Ipoh 1 April 2011

Petang tadi, aku decide untuk balik Ipoh. Kalau dok rumah buat noya je. Dah la sunyi, sepi pulak tu. Dah la sepi, sendiri je pulak. Kesian. Tu la, dulu mak suruh kahwin, aku pulak yang tak reti nak kahwin. Bukan tak reti-reti. Tapi tak reti. Bodoh kan.

Jadi hujung minggu gini, aku pun balik la ke Ipoh supaya dapat berkongsi kebosanan suasana di Ipoh tu dengan kebosanan di Putrajaya. Haha. Binawe je kan. Kekira, bosan kuasa dua lah senang cerita. Kan.

Kekasih hati aku pun sibuk kerja. Bagus, dia sangat rajin. Respek dari aku yang pemalas ni kepadanya sebanyak sepuluh bintang. Aku ni dah la pemalas, banyak bunyi pulak, kan?

Aku pun kena la dok kat rumah ni kan. Sebab mak aku bosan dok rumah kakak aku kan. So dia nak balik tengok pokok bunga dia kan. Jadi aku kan, kena la ada di rumah kan. Jadi tak la bosan. Sebab mak balik, yeh..mak balik yeh.. Hehehe. Gile sawan ke aper aku ni.

Inilah perjalanan ku sebentar tadi kan. Gigih kan.




Wednesday, March 30, 2011

Nadi Cintamu Menghalang Sunyi Dari Membunuhku..Jiwang Tak?

Entry jiwang jap. Boleh la boleh. Suka hati aku la boleh ke tidak kan. Blog aku. Hehe.

Dulu aku tak macamni. Aku boleh jer hidup tanpa bercakap lebih dari sehari. Aku tak kisah pun untuk diam seribu bahasa. Urdu tidak, Zulu pun tidak. Aku tak heran pun bila hati aku cakap, kenapa kau tak berkata-kata hari ini?

Mungkin dulu aku jarang balik Ipoh. Dalam 2 bulan sekali maybe. Tapi sejak mak patah kaki, almost tiap minggu aku balik. Bila balik, aku tak lepaskan peluang lepak. Masa terisi. Jiwa terhibur.

Atau mungkin dulu aku duduk di Ampang. Di tempat tidak pernah sunyi. Selama 7 tahun aku tinggal di Ampang, kebisingan kawasan sekitar membuatkan aku tak kekok untuk 'mensunyikan' diri. Kalau aku sunyi sangat pun, aku akan memandu ke Pandan Jaya dan lepak di kedai burger kawan aku sampai jam 1.00 dan berborak.

Tapi segalanya dah tak sama macam dulu. Hari ni, aku tinggal di Putrajaya. Seawal 9 malam, cengkerik berzikir di tanah dapat aku dengar dari rumah aku tingkat 15 ni. Sorang housemate aku tu memang pendiam sebab ada yang mendiamkan. Sorang lagi hilang entah ke mana. Entah hidup entah tidak. Mesej tak berbalas, Facebook tak update, sewa ... malas nak fikir.

Mujurlah aku ada dia yang sentiasa ada untuk aku. Walaupun buat masa ni, keterbatasan untuk bertemu seringkali menjadi penghalang sebab kerja di bidang yang berbeza, aku bersyukur sebab dia ada untuk membolehkan aku menganggap aku masih belum sunyi sepenuhnya.

Kadang-kadang, bila di Ipoh, aku sedar aku bersikap tak adil kepadanya sebab aku selalu hanyut dalam sembang kedai kopi dengan kawan-kawan. Kami mampu lepak dari jam 9.30 malam sampai 2.30 pagi. (Macam tak biasa je kat QB)

Bila saat dia sibuk dan penat, aku perlu menyedarkan diri aku untuk memahami hakikat bahawa aku perlu memberi dia ruang juga untuk berehat dan melepaskan tekanan kerja dengan bersembang dengan teman-teman serumahnya. Cukuplah denyut nadi cintanya masih membuatkan aku belum mati dalam kesunyian.

Aku mesti akur sebab dia juga sibuk dengan kerjanya. Kerjanya memang memenatkan. Jadi, kesunyian itu terpaksa aku hadapi dengan berani. Berani untuk mengatakan aku tidak sunyi lagi. Tapi kepada siapa hendak aku katakan dalam kesunyian begini?

Ya, kepada dinding si saksi bisu yang hidupnya lebih sunyi dari aku kerana berapa banyak dinding yang ada dalam rumah ni, mereka tidak pernah berkomunikasi. Huhuhu. Giler ke ? Yer, sikit jer.

Sekurang-kurangnya aku belum sunyi sepenuhnya. Terima kasih, cinta.

Monday, March 21, 2011

Kadang-kadang

Kadang-kadang, kita bencikan kesunyian. Kadang-kadang, kita rindukan kesunyian. Kadang-kadang, kita gembira kerana persahabatan. Kadang-kadang, kita terluka demi persahabatan. Kadang-kadang, kita seronok bila dikenali. Kadang-kadang, kita terbatas sebab dikenali.

Begitulah adakalanya kita dimainkan oleh perasaan kita sendiri. Bila kita cuba membawa sebuah kenyataan yang kita sendiri ragu-ragu akan buruk-baiknya kepada diri kita sendiri.

Ibarat perhiasan-perhiasan indah tanpa peragawati memperagakan keindahan tersebut, ianya tampak hanya seperti bahan pameran intan permata yang sekadar pengisi ruang sebuah kotak kaca.

Ibarat Guthrie Highway yang mempunyai banyak lorong tol, cuma satu sahaja yang dibuka kerana kurangnya kenderaan melaluinya pada satu-satu masa.

Ibarat ketiadaan seutas wayar penyambung amplifier kepada sebuah mixer, seluruh disko tidak berguna lagi.

Begitulah diibaratkan dengan tubuh badan yang mempunyai reaksi berbeza-beza terhadap hasil pemikiran manusia pada satu-satu masa. Keterbatasan adalah satu igauan kepada tubuh badan yang datangnya dari minda kita.

Kadang-kadang, kita berdiri sewaktu orang lain berlari. Kadang-kadang, kita duduk semasa orang lain berdiri. Kadang-kadang, kita hidup ketika yang lain mati. Kadang-kadang, kita merepek sedang orang lain memerhati.Kan? Paktam.. kadang-kadang...

Thursday, January 13, 2011

Kalau Aku Tiada Lagi, Cari Aku Di Lombong Bijih, Hahaha!


Bosan betul makan gaji. Rasa nak jadi raja je. Raja dulu-dulu la yang berebut kawasan melombong bijih. Hahahaha. Gelak la puas-puas. Zaman sekarang semua nak jadi bos, kuli-kuli dah takda. Sampai harga timah melambung pun tak sapa peduli.

Di sebalik kenaikan harga getah di pasaran dunia, meh kita tengok kenaikan harga bijih timah yang mencetuskan perang saudara, perang kerabat raja, kemasukan orang Cina, dan pergelutan dengan penjajah Belanda dan British.

Bermula dengan Krisis Bijih Timah 1982-1986, hasil bumi ini mengalami kejatuhan dari RM40 sekilo pada 1982 menjadi RM14 sekilo pada tahun 1986 terus menyusut sehingga RM13 menjelang 1993.

Tahukah anda, hari ini, komoditi tersebut telah mencapai RM80 sekilo ! Ini merupakan antara rekod tertinggi harga komoditi tersebut, hampir sekali ganda berbanding zaman kegemilangan bijih timah pada tahun 1970an.

4 Jan 2011 - Harga bijih timah di Bursa Timah Kuala Lumpur (KLTM) meningkat US$285 untuk ditutup pada US$26,800 setan semalam.

Kenaikan ini menurut pelabur adalah kerana dagangan timah yang meningkat di (LME) Jumaat lalu.

Harga timah di LME, yang biasanya akan mempengaruhi harga komoditi tersebut meningkat $US320 kepada US$26,920 Juamaat lalu.

Di KLTM, jumlah dagangan meningkat kepada 40 tan dari 39 tan Khamis lalu dengan penyertaan pedagang tempatan, Jepun dan Eropah.

Ketika dibuka, pembeli membida 50 tan manakala penjual menawarkan 30 tan.

Perbezaan harga antara KLTM dan LME telah mengecil kepada US$285 setan daripada US$320 setan yang dicatatkan Khamis lalu. - BERNAMA

Tahukah anda satu cebok mandi penuh dengan bijih timah beratnya 3 kg bernilai RM240? Hahahaha. Gelak la lagi. Satu gayung bijih boleh dikumpul dalam dua hari mendulang ala-ala gadis mencuci kain di pinggir sungai. Sebulan ko dulang la 20 hari. Dapat la mak auiiii, RM2,400.

Nak kaya lagi, ko bukak la lombong, kurang-kurang income ko RM2,400 untuk setengah hari. Jangankan Blackberry, PenangFerry pun ko boleh beli.

Gambar curi dari blog awek maner ntah, menunjukkan bijih timah yang didulang semasa bercuti di Tapah.

Friday, November 26, 2010

Benar Kata Miss Beck

Aku dapat rasa yang makin hari makin aku rindu ngan Ipoh. Dah 7 tahun aku kat KL dan aku rasa aku dah tak suka kerja kat sini lagi.

Dari aku berhimpit bersesak dalam LRT sampai aku dah naik kereta sambil dengar lagu dari rumah ke ofis, aku dah tak menghargai anjakan carahidup ni.

Dari perjalanan 2 jam di rumah Ampang ke opis Putrajaya hingga 15 minit dari rumah Presint 5 ke opis, aku dah tak minat dengan kemudahan yang macam ni.

Dari kurus bak Somalia mendarat di Malaya sampai dah bulat bak tokei kedai kek, aku tak berbangga dengan perubahan ni.

Dulu aku seronok bekerja. Kini, di jabatan haramjadah tempat aku bekerja, aku teringat kata-kata seorang KPP yang dulu amat dibenci oleh staff-staff JKN Perak.

"You kalau kerja dengan Gred B atau Gred S, baru you tahu. Diorang semua tak profesional. Diorang punya cara nanti you akan menyesal." ujarnya.

Memang. Lepas 4 tahun, aku dapat nampak kebenaran yang disebut Miss Beck. Kerja macam lembu, markah macam pukimak yang aku dapat sekarang. Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Aku rindukan jawatan aku yang dulu.

Aku sekarang terjebak dalam sungai air taik yang najis.

Wednesday, November 10, 2010

Antara Ampang Dan Putrajaya


Dulu aku ulang alik Ampang Putrajaya. Naik bas. Dari Bandar Baru Ampang, tambangnya RM2.00 sampai Jalan Silang. Kemudian naik bas Sri Indah kat Mydin, tambang RM3.30. Sampai la aku ke Parcel E. Kalau lambat, jalan pun macam kartun.

Masa tu, semua kerja kat ofis, disiapkan hari itu jugak. Kalau tender-tender banyak, OT. Driver hantar sampai Ampang. Jimat RM5.30 + masa yang diambil untuk balik, 2 jam setengah atas bas!!!

Tapi kalau OT balik jam 8.00 malam la kan. Kisahnya, keluar jam 6.20 pagi, sampai rumah 9.00 malam. Sungguh tabah aku mengharungi.

Kini, aku dok dalam Putrajaya. Kerja pulak atas jawatan lain dengan bidang kawalan kerja yang berubah. Kerja kadang ada, kadang takda. Kalau takde, maka rileks la aku seharian. Tapi kalau ada, macam hari ni, walaupun saya di rumah sendiri, bebas dari ancaman telefon berdering, tetapi saya terpaksa menamatkan posting ini di sini kerana nak tumpukan kat kerja yang ikut saya pulang. Eee.. macam saka pulak main ikut-ikut. Erkk.

Uwaa..

Friday, October 22, 2010

Jerebu : Nampaknya Aku Salah!

Ihh.. kabut asap!! Jerebu nampaknya sudah sampai KL. Hah. Selama ia bertahan, kita tengok jer selama mana angin sementara ini akan bertiup dari arah Barat Daya.
Nampaknya aku kalah betting hari ni. Zaman perubahan iklim ni, apa-apa pun boleh berlaku.
*Sambil terus print flyers Langkah-langkah Yang Patut Diambil Ketika Jerebu*

Thursday, October 14, 2010

Simply-Simply Make Me Angry

I dont know what to do. My boss aa.. he is very mean wor.. He write "MEMPUNYAI INISIATIF YANG TINGGI TETAPI MEMPUNYAI SEDIKIT MASALAH DISIPLIN" in my SKT. Niama. How can I was simply simply commented like that?

I work for 7 years in public sector, I got good good markah given all this while, why la this fella easy easy put like that?

Now I have no spirit anymore. Niama. How can I was simply-simply said as problematic when the SKT is made to comment on the SASARAN KERJA TAHUNAN. Is it tercapai or not.

Listen. I work for 7 years, and this recent 3 years, I put my cheap knowledge flow to run the store plenty-plenty one. And that is the time my markah going down.

This fella all ha, need to learn something from PTD people. I really dont like one. But what can I do?

Now the boss also malu-malu with me. I dont want to make him malu but I know that this fella dont want me to leave the perfect system that I invented.

What can I do. My boss should recommend me promotion lah. If not, I tukar pi KDN.

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri 1431


Terharu, sayu dan kosong. Menakutkan juga feeling yang dirasakan bila hari terakhir Ramadhan ni, aku masih lagi di di Putrajaya. Kerja. Terasa macam sitempang dalam dongengan Pied Piper. Ketinggalan dan ditinggalkan. Kekosongan dan dikosongkan.

Tapi tak mengapa. Petang ni tetap planning untuk berbuka puasa kali terakhir bersama keluarga di Ipoh bakal diteruskan.

Malam tadi aku cadang nak pergi jalan TAR. Penghujungnya aku menurap jalan kat dalam mimpi. Sejuk sungguh Putrajaya sampai badan aku tak tertahan untuk berhibernasi. Lalu musnahlah harapan untuk berjumpa sesiapa yang aku ingin jumpa bagi mengutuskan salam lebaran kali terakhir buat tahun ini.

Sayu.. hati ini makin sayu. Jap pasang rokok. Hoiii. Belum syawal. Letak balik rokok. Terlupa pulak. Ada sehari lagi puasa yer.

Puncha aku tak ambik cuti tahun ini ialah kerana aku telah membeli tiket Air Asia dengan banyak sekali :

Kuching, Sept - Bandung, Okt - Hatyai, Nov - Sabah, Jan - Phuket, Feb - Jakarta, Mac .. dan sesungguhnya ke situlah cuti-cuti aku akan dihabiskan.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya, kepada semua teman, sahabat handai jauh dan dekat, renggang dan rapat dan semoga lebaran esok membawa seribu makna dalam hidup kita.

Salam Aidilfitri 1431.

Saturday, August 28, 2010

Lembut Jari Dari Lidah

Aku bukan lah benak sangat untuk berasa susah dalam memahami isi hati manusia yang meluahkan kata-kata yang sangat enak ditelan salur telinga dan mata. Apabila masing-masing berkomunikasi dengan berlangsirkan skrin komputer, berbagai asas karekter pembual atas talian ini yang disembunyikan dengan menzahirkan bacaan-bacaan yang menyeronokkan.

Aku sentiasa beringat bahawa dengan menjadi jujur, manusia akan mengambil kesempatan. Tapi itu langsung tidak bermaksud yang aku perlu mencari kesempatan pada mana-mana orang yang jujur terhadap aku.

Variasi karenah manusia bersamaan dengan penciptaan cap jari. Mengambil contoh jari, kita dapat kaitkan pada jarak yang dekat akan jahatnya jari apabila menggantikan tutur bicara dalam berkomunikasi.

Jari mampu berkata-kata tentang sesuatu yang sebenarnya bertentangan dengan kehendak sebenar. Ini menjadi ketagihan bagi seseorang yang kesunyian dan ingin membuang sedikit masa yang ada dengan meluahkan harapan palsu yang baginya hiburan semata-mata.

Jadi, pembuluh yang beroperasi di simpang berfikir kita haruslah sentiasa bersedia untuk menerima input mentah secara pukal, lalu diproses pada ketika yang sesuai. Macam lembu ragut rumputlah kekiranya.

Ini kerana, sebarang natijah susulan yang mengecewakan tidak akan mendatangkan ralat hingga diri terdorong dek bisikan setan supaya memburuk-burukkan orang tersebut malah kita mungkin hanya akan tersenyum sinis.

Walaubagaimanapun, bersangka baik itu menguntungkan kita untuk jangkamasa yang panjang. Jadi, tak kisah lah kot. Asal sama-sama saling terhibur dengan pantun sajak penuh harapan walaupun ada la juga terasa sekelumit SENTAP.

Thursday, August 19, 2010

Setiap Insan Menanti Dugaan

Sekian lama menduga pada fikiran yang berbicara dalam sulit, pada angin yang mengutus khabar, pada naluri yang membicarakan sesuatu tanpa kepastian, maka ditemukan jawapan untuk sekajang lontaran persoalan. Terluah dari sebuah wajah yang melindungi semesta kedukaan. Jawapan kini menutup persoalan yang ditari mengikut rentak ragu dan hairan. Yang membuah bicara bernada ihsan, bersulam nada-nada sindiran dan diadun nada-nada cacian. Lalu tercetus sebuah pengembaraan dalam usaha membebaskan sebuah rahsia dari kurungan empunya tajuk bicara.

Kabus geram, amarah, benci, kecewa, letih, jelik dan muak yang melangsiri sebuah kenyataan selama dua baris minggu, sekonyong-konyong hilang dan terciptalah bayu kasih, ihsan, sedih, sayang, ketersentuhan dan simpati dalam cuma separuh malam dan bertiup sayu.

Maka terbitlah hakikat yang mendasari sebuah kisah. Tentang ketentuan dan kedukaan, kecelaruan dan kehampaan, kekuatan dan keredhaan serta kehilangan dan ketegangan. Terkarya seruan buat taulan merenung tauladan.

Tiada yang lebih mulia dari naluri kasih sayang seorang yang dicipta terhadap penciptanya. Namun, dengan kesibukan mewarna nafsu beserta keselesaan untuk berlengah dan kelekaan menghayati hiasan duniawi yang terjamu, sang dicipta hilang kesempatan meluangkan masa bagi menghadirkan penghargaannya terhadap sang pencipta dan membiar detik berlalu menghitung masa.

Namun, kasih sayang sang pencipta tidak pernah pudar ke atas ciptaannya. Kasih sayangnya kukuh dalam genggaman dari saat ia mencipta, hinggalah saat ia melepaskankan untuk ditinggalkan. Adalah sesungguhnya pencipta dan ciptaan itu ditakluk fitrah dan diikat ketetapan. Tetap pergi untuk kembali kepada Yang Maha Mencipta.

Ibarat ledakan tanpa petanda, fikiran menjadi berkecamuk mengenangkan sebuah hakikat tersurat yang muncul tiba-tiba dan merentap lamunan duniawi buat seketika. Suratan yang datang telah menerpa jiwa sebelum jangkaan lalu menampar pipi sebuah wajah yang enggan bersedia. Maka bertamulah rasa sebak, rasa kecewa, rasa hilang, rasa bingung, rasa sepi, rasa putus asa, rasa bersalah, rasa menyesal, rasa patah hati, rasa murung, yang kemudiannya teradun menjadi satu tekanan rasa yang berupaya melukakan minda.

Adunan perasaan yang tepu ini menyebabkan tiada apa yang lebih penting dari keterpaksaan dalam menuruti sebuah desakan emosi yang cukup membingungkan tatkala saat itu jiwa telah terbenam ke dasar kekecewaan yang amat dalam sehingga membuatkan segala dalam genggaman jatuh terlucut di luar kepedulian. Masa adakalanya terhenti, adakalanya berlari. Tiada apa lagi yang dapat digenggam hatta sekelumit keyakinan melainkan kehilanganlah jua pada segalanya.

Setiap kedukaan telah dijanjikan kebahagiaan. Setiap kesakitan adalah dosa yang disucikan. Setiap yang buruk bukanlah pintu kerahmatan. Setiap tapak melangkah telah tersedia satu keputusan.

Tidak mula sesuatu itu jika ia tidak berakhir. Tidak tegak sesuatu itu jika ia tidak tumbang. Tidak wujud sesuatu persoalan itu tanpa dijanjikan jawapan. Tidak wujud kasih sayang itu tanpa dijanjikan sebuah akhiran. Namun segala-galanya tergantung di seutas tali yang mapan. Tali yang tiada awalan tiada akhiran. Itulah peneguh dua ufuk kekuatan. Itulah dipanggil zat Tuhan. Tiada anugerah tanpa permohonan. Pohonlah semudah menadah tangan. Mudah lagi bersaksi iman.

Maka tamatlah karya persoalan yang berkertaskan sebuah tabir persahabatan.Tabir tercipta mendindingi perkasihan dari kemarahan. Telah jelas pada sekumpulan pemikiran tentang sebuah perbedaan. Hilang sebutir berlian tidak terbanding lenyapnya segunung intan.

Semoga keruh kelodak yang terkocak di sungai jiwa diempang kematangan akal untuk berfikir. Semoga tekanan sebuah duka diimbang kerelaan menjadi saksi bagi sebuah ketetapan. Sesungguhnya, bagi setiap batu jemala itu, telah tercipta junjungan dugaan. Hanya masa penetap giliran.

Friday, August 6, 2010

Blog Ini Akan Bertukar Nama

"Menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja," maka diisytiharkan, tarikh penukaran URL blog ini daripada http://encikdark.blogspot.com/ kepada http://fasleigh.blogspot.com/ jatuh pada hari Selasa, 10 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431 Hijrah. Penentuan tarikh ini adalah berdasarkan perkiraan rukyah dan hisab.
[ Ayat pemula di atas dipinjam dan disedapkan dari perutusan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi tujuan yang santai dan adalah tidak benar sama sekali. Harap jangan saman segala.]

Monday, July 19, 2010

Fasleigh Muhammad : Mati Di Malaysia, Hidup Balik Di Indonesia

OK! Fasleigh Muhammad tak jadi mati. Aiyo. Drama sangat. Bukan drama yer. Ini adalah cubaan yang tak jadi. Sebelum menuduh drama mama bagai ni, cuba anda fikirkan, berapa banyak percubaan anda pernah buat dalam idop, berakhir dengan kegagalan.

Percubaan itu diketahui umum dan kegagalan tersebut diketahui umum juga. Ini bukan zaman atuk kita. Segalanya disimpan. Ini zaman output input atas talian. Boleh?

Bila kita menyampaikan cubaan kita terhadap persekitaran, kawan, keluarga dan kawan lurus, kita mahukan input positif, dorongan dan rangsangan. Input negatif dan skeptikal pun perlu juga. Kalau siang tanpa hujan selama setahun tentulah kita sengsara. Maka dalam cerah, kita pohon untuk hujan jua. Boleh?

Maka, saya declarekan bahawa percubaan 'bunuh diri' di Facebook atas nama Fasleigh Muhammad telah gagal. Juga saya declarekan bahawa saya akan rahsiakan tahap kesihatan saya kecuali hasil-hasil pemeriksaan darah. Okei tak? Sebab kalau saya whine pasal sakit valvular heart disease tu, orang akan cakap saya nak cari attention. Bila saya senyap walau saya menanggung degup luar biasa, orang akan kata " itu hari bukan main sakit.. sekarang tak sakit pulak ". See. Orang nak kita whine everyday kah? Tidaklah beta memahami.

Kordinat kegagalan itu terletak di Jalan Merdeka, Bandung sebab Facebook lagi satu tak boleh nak on. From unfamiliar location katanya. Hanjen. Lantas ia menyuruh saya mengenalpasti wajah siapa yang di tag oleh seorang rakan saya. Kalau yang di tag itu ialah burit cicak, apakah jawapan yang boleh saya cari?

Maka, terpaksalah saya hidupkan Fasleigh Muhammad di Bandung. Dan Fasleigh Muhammad kekal hidup sampai sekarang. Walaupun memang ada yang nak sangat ia mati. Tapi barang harus diingat, ada juga yang mahukan ia terus hidup. Fair la kan?


Jl. Merdeka, Bandung

Tuesday, June 8, 2010

Lain Nak, Lain Yang Dapat..

Aku tak mintak lebih. Aku cuma nak kau ada dengan aku pada masa sulit macam ni. Aku tau kau jauh. Tapi bukan ke sebelum ni FB mendekatkan kita. Skang, aku dah diberi warning, apa lagi yang aku ada.

Sulit aku memikirkan budak rumah.

Sulit aku memikirkan sakit jantung.

Sulit aku memikirkan engkau yang dah berubah.

Aku mesti kuat, aku mesti tabah. Hilang housemate berganti housemate. Hilang kekasih berganti kekasih. Hilang jantung tak ada galang ganti. Jadi pada apakah yang aku patut bagi tumpuan sekarang? Sendiri mau ingat.

Aku memilih untuk tinggal di kuarters sebab aku nak ketenangan. Yang aku dapat sakit dada.

Aku memilih teman yang jauh sebab aku tahu aku tak mampu untuk attend teman aku setiap hari tapi akhirnya ini yang jadi.

Aku tak pernah mintak kepayahan dan kesesakan dada untuk datang. Tetapi aku tahu, Tuhan hantarkan untuk bagitahu aku yang ada hikmah yang menanti.

Hilang kasih pada kekasih tak mengapa. Jangan hilang kasih pada Tuhan. Aku besyukur, sebab aku masih mampu rukuk dan sujud.

Kenapa Nasib Aku Macam Ni?

Fasleigh Muhammad dah berhenti Facebook? Tak. Berehat kejap. Macam-macam hal yang aku dah tanggung dari Facebook tu. Satu demi satu ujian timbul.

Besar nyer ujian. Entahlah. Atau aku yang emosi sangat. Tapi ini bukan soal emosi. Ini soal kesihatan. Bila kesihatan itu adalah pinjaman, nampaklah sekarang nikmat kesihatan tu akan ditarik balik sikit demi sikit.

Dengan penumpang rumah aku buat perangai, dengan si dia yang makin dingin sejak aku tak sms dan call dia lagi, dengan dada aku yang dah mula gatal nak tunjuk kesan, bila dicampur semua ni, aku dah rasa yang aku tak lalu lagi nak hadap.

Billy bertangguh bayar sewa rumah. Alasan, adik bertunang. Aku takde adik beradik kot? Masa duduk berek Bangla kat Presint 9 dengan sewa RM250 tu, boleh ke bertangguh? Bila dah menumpang di Presint 5 yang teratur parking berbumbung sewa RM150, berani buat perangai? Fuck. Memang tak lama.

Yus, mula dah kurang ajar. Pintu rumah tak berkunci bf dia datang, dia tuduh orang lain. Sapa orang lain? Aku, Billy dengan dia je duduk rumah tu. Pukul 4 pagi aku balik pintu besi dengan pintu papan tak berkunci. Pukimak engkau tak mengaku pulak. BF dia yang muka tak reti malu tu menyemak tiap malam bukan sekali aku balik pintu tak berkunci. Aku nak gi kerja pintu tak berkunci. Datang tengah-tengah malam macam penyamun, nak suruh penyamun lain masuk ke? Atau tunggu binatang lain masuk nak buat threesome? Kalau dah pemalas, cari la couple yang rajin. Ini tidak, cari yang pemalas jugak. Muka, badan nak bersih, nak cantik. Tapi hadap nak duduk dalam rumah yang tak reti nak kemas. Confirm. Memang tak lama.

Si dia ni pulak, dah tau telefon aku kena bar (berkat si Billy tak bayar duit sewa sampai harini), cakap pulak kat aku 'jangan over-over kat FB'. FB dia ada dua. Aku tau la yang mana boleh yang mana tidak. Yang aku over pun setakat sebut rindu, love you, yang dia takut sangat tengok dek orang. Apa maksud tu? Sedangkan FB dia yang aku sebut tu adalah FB dia untuk dunia PLU. Bukan FB dia untuk dunia str8. Halal la aku call dia tiap malam sebelum ni lebih kurang sejam sehari. Kalau aku stop seminggu dua, takkan berubah hati dah? Kalau nak ubah, ubah lekas. Aku tak menyesal.

Tiga benda ni dah cukup dah buat aku punya dada sakit sangat. Mitral regrugation nama penyakit yang aku baru kaji, terdapat kat jantung aku. Kecacatan sejak lahir yang akan bagi kesan masa umur 30 hingga 40.

Masa aku admit Hospital Putrajaya dulu, memang dah aku disahkan. Dah periksa pakai echocardiogram. Tapi aku buat tak peduli je dengan Clinical Report tu. Tapi Jumaat lepas, panas dada aku menjadi-jadi. Rasa macam jantung nak lekang. Nafas jadi pendek. Berterusan datang dan pergi sampai hari ni akibat ditimpa cela masalah-masalah dari budak-budak rumah aku ni.

Aku heran, aku duduk ampang 3 tahun, menjaga rumah yang sewanya RM1000 dengan 6 ekor housemate, lebih senang dari membela 2 ekor yang betul-betul menyusahkan aku sekarang.

Terpulang nak kata apa Bill, Yus. Tak suka, boleh blah. Yus, memang aku nak kau blah. Itu je.

Si dia kat Kerteh sana, kalau nak undur diri pun takpe. Saya sanggup. Saya tak nak dah apa-apa unsur yang menyusahkan saya untuk hidup lebih lama. Kalau awak nak kat saya lagi, jangan cela saya dengan benda yang membawak kepada prasangka. Saya tak ada niat nak bersangka buruk selagi awak tak cetuskan benda yang membuatkan saya buruk sangka. Kalau awak rasa it is time to stop saying sorry ( stop being apologetic ), itu hak awak. Saya tak pernah menuntut awak untuk mintak maaf.

Tuesday, March 30, 2010

Hello! How Are You?

Heya. Its been awhile since I left this blog to focus on my other blog. The political pot in this country is boiling like a hot soup, best served hot, like what I've been told by my compatriots.

I did some 'research' on how happy all the person around me, those that I knew, in their recent life and absurdly, most of them are unhappy.

Cheated, betrayed, empty promised and all those that caused a peculiar signage in the facebook profile is like a bunch of component of this kind of 'playground'.

What is happiness and how to keep and maintain the happiness that seldomly came is a manouvre that less people have.

A big no for me in this kind of age to indulged in such game in such playground. All I need to have is a fun life, negotiable with the attitude that I called a default mode in me, and the most important is, not in a will of getting cursed.

Curse of God, of family, of friends and of employment superiors is the big factor of the reason behind unhappy life.

All us should revise what have we did and comprehense that all the error made that caused unhappiness is something ratifiable. Put a large stock of positive thinking in our inspacious brain and get focused on all the things that keep us alive.

What was the main things that will keep you alive? Your job, the salary and all the fringe benefits.

Else, sendri mau ingat la macha.

Tuesday, February 2, 2010

Mak Oh Mak

Tengahari semalam, aku bangun lambat. Dekat jam 3.00 petang. Mak mula bersuara .. : hang memang selalu ka tidoq lama-lama macam ni?". Aku pun jawab " takde la.. cuti je.. buat ganti tidur yang tak cukup..".

Aku pun siap-siap nak pegi BSN. Aku mintak buku akaun mak aku. Nak masukkan duit kat dia. Lepastu aku terus mandi. Lepas mandi, mak aku kasi buku akaun, terus aku cabut. BSN paling dekat ialah di Tanjong Rambutan. Haha.

Aku pun terus memandu ke sana dalam petang yang panas terik blue sky bagai. Patut la orang Ipoh selalu mengadu Ipoh panas lately. Memang panas pun!




Sampai kat BSN, orangnya penuh amat. Tapi sangat 1Malaysia. Dari 4 kaunter, hanya 3 je bukak. Yang menjaga kaunter tu sorang akak India, sorang akak Melayu dan sorang akak Cina. Haha. Aku amik nombor, kemudian baru ambik form untuk deposit tunai.

Bila aku selak je buku akaun mak aku, tertulis tarikh akhir pengeluaran pada bulan Februari 2009. Pengeluarannya ialah RM47.00. Ya ampun! Takkan lah mak aku datang sini semata-mata nak keluar duit RM47.00? Baki yang tertinggal pula RM11.00.

Mata aku berkaca. Aku tak dapat bayangkan macammana masa bulan Februari 2009 tu aku ngabih duit jalan-jalan ke Sabah, mak aku gi BSN, nunggu giliran yang lama, keluarkan duit RM47.00. Isk..isk.. Sedihnya.

Aku pun depositkan kat mak aku RM2000. Biar dia ada duit sikit dalam akaun tu. Aku tau mak aku memang simpan duit kat rumah. Tapi itu duit dia dapat sendiri. Ajar orang ngaji. Orang bagi sedekah.

Setibanya kat rumah, aku terus jumpa mak. "Mak, yang gigih gi Tanjung keluar duit RM47 ni awatnya? Takdak duit sangat dah ke masa tu? Kenapa tak cakap kalau takde duit?"

Mak aku pun jawab " La..mak pi bank sebab nak tutup akaun tu. Depa pulangkan la balik RM47 tu. Depa kata kena tinggal duit dalam tu tak boleh kurang RM10. Lepaih tu depa tak bagi mak tutup. Pasai mak tak ada akaun lain dah. Ambik pi la RM47 pun. Dah depa bagi."

Err. OK. Whatever. Aku pun bagi buku akaun kat mak aku dan terus gi mamak. Aku memang suka terjebak ngan salahtafsir pemikiran aku sendiri.

Sunday, January 3, 2010

Ahad Hari Tidurku

Tu yang posting ala-ala jurnal tak berlesen tu merupakan posting scheduled. Kenapa sih saya menjadualkan posting yang banyak pada satu-satu masa? Haha. Tak apa. Saya punya sukalah.

Ini posting yang real-time punyo.

Semalam saya telah membuang masa yang banyak dengan sahabat handai hingga pembuangan masa itu tidak mungkin akan diganti semula. Tahu pun, kan?

Oleh yang demikian, saya tertidur hingga pukul 12.30 tengahari sebelum tertidur sampai pukul 6.30 petang untuk menyaksikan hari hujan.

Lepastu, saya check radar kajicuaca. Saya difahamkan bahawa hujan sedang melanda daerah Kinta. Jadi saya menangguhkan lagi kebertolakan saya.

Cadangnya, saya nak balik KL pukul 9.00 pagi, terus ke Putrajaya untuk buat kerja sikit. Tetapi tidur di hari Ahad membawa pengertian yang lebih besar untuk kesihatan badan kita.

Mental yang kacau boleh dialami oleh meeka yang mempunyai hutang tidur yang tertunggak. Boleh? Hipotesis hantam sajalah.

Tapi betul yer. Hari Ahad dicipta untuk tidur.

Tapi yang lebih pelik, setiap jam 12.30 tengahari ahad, boleh pulak bangun. Haha. MEHLOHDI punya pasal. Haha.

Sebenarnya saya tengok Mehlohdi adalah sebab nak bagi penghormatan kat Wahid, sebab dia gigih pagi-pagi pukul 9 hari Ahad.. meninggalkan rumahnya di taman saya ini, untuk mengacarakan Mehlohdi dengan Parapozana.

Jadi tadi, saya juga dihiburkan dengan aksi Shaber dan Zarkasi yang dijemput mengejar Nas Ahmad dalam studio. Haha. Sungguh sewel mereka itu. Shaber dan Zarkashi adalah Penghulu golongan muda di kawasan saya. (Boleh camtu?)

Apapun, selamat hari Isnin esok dan sesungguhnya kita diciptakan untuk bekerja. Beramal dan menjauhi sifat yang dikhususkan untuk kita menilai baik buruk perbuatan itu terhadap diri kita. (Cemaner leh masuk topik lain ni?)