Showing posts with label alu alu. Show all posts
Showing posts with label alu alu. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Potret Hadiah Hari Jadi


Seperti kebiasaan di zaman dahulu colour, saya suka bebenor bagi hadiah hari jadi buatan sendiri kepada orang yang menjemput saya ke majlis hari jadinya.

Yang akan saya buat ialah melukis potret birthday boy, dari saiz A5 ke A4 ke A3 dan kali ini, A2, bersempena hari jadi Fendi Isaac yang bakal datang 8 Mei nanti, saya pun menghasilkan potret untuk dirinya yang merupakan potret terbesar pernah dihasilkan.

Potret ini dihasilkan semasa keadaan masih sangat bagus, tidak seperti hari ini. Hari ini, tiada lagi apa yang perlu dibanggakan dengan apa yang sedang berlaku dan kuadaan yang sedang mengambil tempat.

Namun, ini sahajalah ingatan untuknya memberi tahu anak cucunya (mampu?) bahawa itulah raut wajahnya ketika berumur 23 tahun.

Selamat hari jadi kepadanya.

Friday, April 1, 2011

Mufti Perak Haramkan Poco Poco

Kita datang nak bakor! Bukan nak menari poco-poco! Itulah ungkapan Usop kepada penduduk Kampung Pisang yang asyik menari poco-poco apabila Kak Limah menyanyikan lagu Enjit Enjit Semut saat mereka datang untuk membakar rumah Kak Limah.

Menurut Mufti Perak, poco-poco difatwakan haram. Sekurang-kurangnya untuk negeri Perak yang mempunyai rangkaian taman-taman riadah yang lengkap untuk warga beriadah dan berekreasi.

Aku pun mengkaji rasional pengharaman ini. Bila dikaji balik, Mufti Perak menyebut ianya menyamai upacara pemujaan roh di Jamaica dan turut menyerupai tarian berunsur keagamaan Kristian. Fakta mana dia dapat, aku tak tau.

Tapi, menurut akhbar Indon, tarian tersebut popular di Sulawesi Utara. Ketahuan lo, kalau Sulawesi Utara tu memang mempunyai 70% penduduk Kristian.

Bagi aku, poco-poco memang perlu ditegur. Ini kerana keterkinja-kinjaan anak gadis menari-nari mengikut rentak lagu memang tidak sesuai langsung dengan konsep kemelayuan apatah lagi keislaman. Kalau penari kebudayaan tu lantak demer lah kan. Memang dah status penari.

Ini dengan makcik-makcik bersaiz bantal berseluar ketat bertudung, terkinja-kinja, terkepak-kepak macam ibu ayam hypnotized dek musang yang menyamar sebagai penghibur, menari-nari dengan mencari sensasi di mata kaum lelaki secara terbuka adakalanya menimbulkan rasa pelik dan loya.

Rasanya, gadis-gadis yang menari di disko-disko pun tak kelihatan pelik berbanding makcik-makcik bertudung yang menari poco-poco dikhalayak umum.

Kalau nak sihat tubuh badan, tak payahlah nak menari-nari bagai. Pergi kelas aerobik tertutup pun OK je. Tak pun jogging je 1 km sehari. Poco-poco 100 kali sehari pun badan dok lagu tu jugak.

Kamis, 31/03/2011 19:15 WIB
Poco-poco diharamkan di Perak, Malaysia
BBCIndonesia.com - detikNews

Banyak warga Malaysia menggemari poco poco dan mempublikasikan video penampilan mereka

Banyak warga Malaysia menggemari poco poco dan mempublikasikan video mereka di YouTube

Keputusan Komite Fatwa negara bagian Perak, Malaysia untuk melarang poco-poco memancing reaksi beragam, sebagian menentang tari yang diketahui populer di Sulawesi Utara itu.

Berbagai laporan media Malaysia menyebutkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan poco-poco haram bagi warga Muslim dan keputusan itu akan segera dibukukan. Alasannya, poco-poco mengandung unsur kepercayaan Kristen dan unsur pemujaan roh.

Namun sejumlah politisi Malaysia berpendapatan larangan poco-poco tidak perlu karena hanya sekedar bentuk tari dan olahraga.

Anggota biro politik sentral PAS, partai yang berhaluan Islam, Khalid Samad menyebut keputusan komite fatwa Perak "menggelikan dan sama-sekali tidak bisa diterima."

"Pada dasarnya warga melakukan poco-poco untuk latihan tanpa motif keagamaan," katanya.

Seorang menteri di bawah kantor perdana menteri, Datuk Mashitah Ibrahim mengesampingkan kemungkinan larangan terhadap poco-poco juga diberlakukan secara nasional.

"Tarian ini berbeda-beda di beda tempat. Bahkan lagu-lagunya juga berbeda. Mungkin poco-poco menjadi masalah di Perak, tetapi di negara-negara bagian lain, poco-poco dianggap sebagai bentuk latihan," kata Mashitah Ibrahim seperti dikutip Bernama, Kamis (31/3).

Akan tetapi, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan pemerintah akan menghormati dan tidak mempersoalkannya.

Wednesday, December 8, 2010

Piala AFF : Indonesia Bantu Malaysia! Terima Kasih!

Malaysia mengiringi Indonesia ke perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki setelah Indonesia mengalahkan Thailand 2-1 dan Malaysia mengalahkan Laos 5-1.

VIVAnews - Bambang Pamungkas kembali mencetak gol lewat titik putih penalti sekaligus membuat Indonesia berbalik unggul 2-1 atas Thailand. Penalti kedua Merah Putih diperoleh setelah salah satu bek Thailand handsball di kotak penalti. Thailand sempat unggul lebih dulu 1-0 lewat gol Suree Sukha di menit 68. Namun Indonesia berhasil menyamakan kedudukan lewat penalti Bambang Pamungkas di menit 81. Dan Indonesia akhirnya berbalik unggul setelah Bepe kembali sukses menaklukkan kiper Thailand Sinthaweechai Hathairattanakool lewat titik putih penalti di menit 89.


VIVAnews - Malaysia akhirnya mendampingi Indonesia ke semifinal Piala AFF 2010. Kedua negara menjadi wakil Grup A.Kepastian ini didapat sesuai hasil laga terakhir Grup A. Malaysia memastikan lolos setelah menaklukkan Laos 5-1 di Stadion Gelora Sriwijaya, Palembang, Selasa malam, 7 Desember 2010.Malaysia sudah unggul 2-1 di babak I. Malaysia membuka gol di menit 4 lewat Mohd Amri Bin Yahyah. Amri menyelesaikan umpan striker Norshahrul Idlan Bin Talaha yang menusuk dari sisi kiri pertahanan Laos.Laos membalas lewat strikernya Lamnao Singto di menit 8. Dengan sundulannya, striker tajam Laos ini membobol gawang Malaysia.Malaysia kembali unggul pada menit 41. Kembali Amri mencetak gol setelah lolos dari kawalan pemain belakang Laos.Di babak II, hujan mulai mengguyur Gelora Sriwijaya. Di saat itulah Malaysia menambah gol lewat Mohd Amirulhadi Bin Zainal di menit 74. Striker Norshahrul memantapkan keunggulan Malaysia menjadi 4-1 di menit 77. Malaysia masih menambah gol di menit 90 lewat Mahalli Bin Jasuli.


Keputusan ini memperlihatkan perofesionalisma dalam bola sepak Indonesia walaupun Indonesia nyaris kalah dan ketinggalan 1-0 ke atas Thailand hingga ke minit 81. Walaubagaimanapun, kedua-dua gol Indonesia diperoleh dari sepakan penalti. Adakah politik pengadil AFF yang mahukan mencipta detik dramatik antara Malaysia dan Indonesia? Itu bukan urusan saya untuk mengulas. Tahniah pasukan Kebangsaan.

Saturday, December 4, 2010

Minyak Naik? Jom Bakar Kelambu!

Jika minyak Thailand paling murah RM3.20 itupun hanya sesuai untuk mesin rumput, bagaimana pula dengan harga Teh O Ais boleh berharga 10 Baht sahaja? Masih adakah kedai, hatta gerai tepi longkang hanyir di negara ini menjual Teh O Ais dengan harga RM1.05 ? Gula nya 23 Baht atau RM 2.44 sekilo!!!! Petrol 95 nya 32 Baht RM3.46 seliter !!!!!!

Di Indonesia, Teh O Ais, atau Teh Manis Dingin berharga Rp3000 atau RM1.04 dengan gula pasir sekilo di sana telah mencecah Rp9500 iaitu RM3.14 !! Harga petrol jenis RON95 di sana sekitar Rp5500 per liter atau RM1.92 !!!

Cukuplah contoh itu, dihuraikan contoh harga makanan, negara ini patut malu.

Sebenarnya yang tak kena dalam negara ini ialah golongan peniaga! Tak ke betul? Tetapi setiap kali bahan asas meningkat, rakyat yang tuli dan buta akan menyalahkan kerajaan. Sedang Thailand dan Indonesia mereka buat tak nampak, apatah lagi di persada OPEC.

Ini bermakna mereka mahu kerajaan mengawal cara hidup mereka. Ini bermakna mereka merasa bahawa mereka terencat dalam mengawal cara hidup mereka sendiri!

Ayuhlah kita yang terencat-terencat ni, bakar kelambu! Nyamuk banyak sangat!

Friday, December 3, 2010

Perodua Bezza? Cantik Ke?

Inilah kereta masa depan keluaran Perodua yang entah bila akan dilancarkan. Perodua Bezza yang dipetik dari Paul Tan, pada KL International Motorshow. Rupanya agak hodok dari depan, tetapi agak menarik dari tepi. Apapun, tengok sajalah dulu. Myvi dulupun dikategorikan antara kereta terburuk, tetapi dihadap hari-hari, menjadi cantik pula hingga menjadi kenderaan paling laris di Malaysia. Konsep pintu belakang yang berbeza juga menarik perhatian.





Thursday, December 2, 2010

Proton Tuah Konsep! Merembes Juga!

Wah. Dah puas menjamah hati dengan Toyota Etios ? Hehe. Marilah berbalik ke dunia nyata. Kali ini anda dihidangkan dengan kereta terbaru Proton Tuah. Kereta konsep yang katanya akan menggantikan Persona di masa depan. Masa depan? Tahun bila la? Konsep ini datang dalam beberapa model siri Pahlawan yang akan datang dengan nama Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir, Lekiu. Gamaknya. Cerita lebih-lebih teman takde. Gambar lebih-lebih teman ade. Gambar dicedok dari Paul Tan. Yang penting harganya tetap akan membuatkan kita menjenguk kereta import. Kalau murah teman suka! Sebab designnya boleh tahan merangsang nafsu. Boleh becak woh.






Toyota Lancarkan Etios! Paling Murah Pernah Terhasil!

Giler babi lah macam ni. Toyota baru melancarkan kereta termurahnya di India. Toyota Etios. Dan tentunya kita mahukan kemurahan kereta tersebut kekal jika ia memasuki pasaran tanahair! Soalnya bolehkah ia masuk? Jika masuk, apakah ia semurah itu?

Teman sokong pemerintah negara ni 99%. 1% yang teman tak sokong ialah berkait harga kereta!

Kereta sedan yang murah ini dijual mulai dari 496,000 - 686,500 rupee atau sekitar RM34,480 hingga RM47,730 ! Lebih kurang harga SAGA!

Toyota menyediakan 6 pilihan warna iaitu Harmony Beige, Vermillion Red, Serene Bluish Silver, Symphony Silver, putih dan hitam seperti seperti yang dipetik dari web rasmi Toyota,hari ini, Khamis 2 Dis 2010.

Etios berkuasa enjin 1.5 liter mampu menjana sehingga 80 kuasa kuda. Toyota merancang untuk melancarkan Etios versi hatchback. Toyota berjanji akan mula memasarkannya pada April 2011.

Etios sebagai kereta entry level di India. Dengan design yang menarik, Etios dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti ABS, EBD dan SRS airbag (untuk pemandu dan penumpang).

Berat kereta tersebut hanya 890 kg. Maka ia akan menggunakan bahan bakar efisien untuk pemanduan dalam bandar.

Proses memajukan Toyota Etios yang memakan masa 5 tahun dan telah diuji 200,000 km dengan melibatkan jurutera India. Sebelum ini, Toyota sudah mempamerkan versi prototype Etios di India Motor Show awal tahun ini.

Apakah Toyota Etios akan tiba dinegara ini? Apakah harganya semurah itu? Jika mahal, baik tak usah. Buat sakit hati jer.



Tuesday, November 30, 2010

Menara Warisan Merdeka Dari Kacamata Rakyat Indonesia

Posting yang agak memeranjatkan. Disebalik imej negatif tentang negara ini di Indonesia, sesungguhnya sesuatu yang sangat berbeza boleh dilihat tentang persepsi mengenai Menara Warisan Merdeka dari kaca mata warga negara ini dan warga negara luar. Maka apakah maksudnya? Fikirlah sendiri.

Senin, 18/10/2010 09:17 WIB
Tak Cukup Petronas, Malaysia Ambisi Bangun Menara 100 Tingkat
Ramdhan Muhaimin - detikNews

Kuala Lumpur - Malaysia kembali menunjukkan taringnya. Setelah memiliki Menara Petronas 88 lantai, tak lama lagi negeri jiran itu akan memiliki kebanggaan lainnya yaitu menara 100 lantai di kawasan Warisan Merdeka. ( rmd / nrl )

Komen-Komen :

pengamat
setelah reformasi Indonesia malah seperti kehilangan arah..malay yg agak otoriter malah maju...jaman pk Harto masih mending arah pembangunan kita tertata dgn baik....

Perantau
Kapan ya indo bisa bangun tower segitu?ayo,hilang kan budaya korupsi tak masalah yg penting sama suku dan sama agama..

kokom
akui aja mereka lebih unggul, mereka tidak gampang diadu domba kayak indo, pakistan, yaman, irak dll yg masih mengembik n butuh duit dari negara2 barat. ada proyek teroris aja dikerjain bener2 sama negara2 diatas bahkan sampe direkayasa, demi duit turun dari majikan. ujung2nya Malaysia yg dituduh pengekspor teroris hahaha. Padahal negara Malaysia juga bukan negara islam.

Ivanmirzasatriawan Ivan
negara laen makin maju ekonominya, negara kita semakin maju korupsinya. Kl mw maju ayo kita bertaubat dan kembali ke jalan yang bnar.

mine
Hmmmm ... Coba indonesia zero corruption alias ga ada korupsi ... Bisa bangun 100 tower bertingkat 100 kali ya ... Sayang itu tak akan pernah terwujud ... go go go ... (Entah malaysia or korupsinya)

pers
hebat nih malaysia... pdhl petronas twin tower itu di bangun di 1998 ... uda 12 tahun yll tp msh bagus dan terkesan baru... tantangan buat indo nih utk jgn mau tertinggal di kemajuan negeri... jayalah indonesia !!!!!!!!!!!!!

karyo rumekso
di indones arah pembangunan th 2020 mau ngapain ya, aku bener2 ga ngerti lha ga ada semacam repelita kayak dulu ......

adeljd
Gagasan yang sangat bagus yang diabuat pemerintah malaysia,selain dapat dijadikan pusat bisnis danpariwisata ini juga menjadikan suatau kebanggaan sebuah negara..dimana niat pemerintah dalam memajukan ekonomi negara tersebut.pantas diajukin Kapan ya pemerintahan kita dapat berpikir lebih maju sedikit aja dari pemerintahan malaysia setidaknya kita tidak tertinggal,kapan juga pemerintahan kita dapat ide yang buat bangga dan membanggakan serta dapat diajukin

semar mendem
Semoga menjadi inspirasi kita semua penguasa ...hentikan korupsimu ... sejahterakan rakyatmu... niscaya surga akan menunggumu

d
Hebat malingsia, program nya mahathir msh dilanjutkan,bgs lah pemerintahnya tertata rapi brarti,emank di Indonesia ganti Pemerintah ganti program,jelas Program GBHN dahulu paling bgs klo dterusin..Reformasi abal2..

NENO
Inilah corak negara yg adil dan makmur,yg lbh megutamakan kemakmuran umum,tdk sprt Indonesia pjbt nya berlomba lomba membangun Istana pribadi.

Mosok Kalah
kalau perangnya perang maju-majuan dan canggih canggihan saya senang. Jangan kayak LSM bendera yg cari makan dari sensasi menjual negara.

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Korban 1431H

Selamat Hari Raya Korban. Hari ini mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim yang patuh kepada suruhan Allah yang mahu mengujinya dengan mengarahkan agar anak kesayangannya, Nabi Ismail, dikorbankan sebagai lambang keimanan. Nabi Ibrahim mematuhi arahan Allah SWT dan untuk itu, susuk Nabi Ismail ditukarkan kepada seekor kibas dan Nabi Ismail dialihkan dari tempat sembelihan dan selamatlah beliau atas kasih sayang Tuhan dan kasih sayang bapanya.

Dari Nabi Ismail lah, turunnya keturunan Nabi Muhammad, junjungan besar umat akhir zaman.

Jadi, konsep korban hari ini mungkin sama tetapi berbeza dari segi kesesuaiannya dengan zaman. Ibadah korban yang dituntut hari ini lebih bagi membantu golongan fakir miskin dengan mengorbankan sedikit harta ke jalan Allah.

Tetapi, bagaimana pula Hari Raya Korban tahun ini yang jatuh pada hari Rabu. Sesetengah dari kita tidak mendapat cuti, atau tidak dapat bercuti kerana hal-hal kerja dan hal-hal peribadi.

Sesungguhnya, TIDAK BERSAMA KELUARGA KERANA BERKORBAN MASA DI PAGI RAYA....



adalah lebih baik dari.....TIDAK BERSAMA KELUARGA KERANA TERKORBAN NYAWA DI JALAN RAYA...


Selamat Hari Raya Korban 1431 Hijrah.

Thursday, November 4, 2010

Kabare Wak! Sejak Bila Aku Jadi Wong Jowo?

Ini keputusan peperiksaan perkhidmatan yang aku check tadi. Terkejut campur kelakar jugak la bila aku tengok nama aku jadi SUPARJO. Haih. Macam mana boleh jadi macamni? Adakah pengisi data ini sedang jatuh cinta dengan seorang lelaki bernama Suparjo? Atau web JPA dihack oleh mahasiswa Jawa Tengah? Adoyai!

Surat panggilan peperiksaan 26 Julai 2010.

Keputusan peperiksaan

Apapun sangat-sangat berterima kasih kat Cik Elyanabila kerana memasukkan nama aku untuk mengambil peperiksaan tersebut selepas kerani tempat aku sangat-sangat lalai. Dan aku pun ikut lalai. Oleh kerana bantuan dia, aku ditempatkan untuk mengambil periksa 5/8/2010. Dan selepas mengadu tentang SUPARJO ini tadi, Cik Elya menasihatkan aku untuk membawa salinan keputusan tersebut dan salinan IC aku untuk dibuat pembetulan. Yang penting LULUS yer. Ini peperiksaan benda yang sama kali kedua dalam perkhidmatan aku. Dulu dah lulus dengan sekali ambik dalam jawatan lama. Kali ni pun lulus dengan sekali ambik juga. Yang penting, aku bawak satu buku je. Lain semua aku jawab ikut pengetahuan aku 7 tahun dalam perkhidmatan awam. Hehe.

Friday, October 22, 2010

Wow! Jemputan Dinner Dengan PM !



Salam 1Malaysia!

Anda dijemput hadir ke Majlis Makan Malam 1Malaysia bersama Perdana Menteri dan Rakan-rakan Online pada Jumaat, 5 November 2010 pada jam 8 malam di:

Kediaman Rasmi Perdana Menteri
Kompleks Seri Perdana
Presint 10, Persiaran Seri Perdana
62250 PUTRAJAYA

Pakaian: Smart-Casual

Anda juga dijemput untuk mengajukan satu soalan kepada saya untuk sesi dialog semasa majlis ini.

Sila hantarkan jawapan hadir/tidak hadir serta soalan anda melalui emel ke admin@1malaysia.com.my selewat-lewatnya 27 Oktober 2010.

NAJIB RAZAK

Jemputan ini adalah untuk anda sahaja dan tidak boleh ditukarmilik.

Jika anda tersalah terima e-mel ini atau bukan penerima yang dimaksudkan, sila maklumkan kepada kami melalui e-mel.

Friday, September 17, 2010

Fotomoto : The Lost World Hotsprings

Petang Raya Ketiga, Ahad 12 September 2010, hujan turun. Suhu jatuh. Cadangan terbaik kami ialah ke Lost World Hotsprings.. Kami lepak sampai pukul 10.00 malam. Memang tutup 10 malam la..









Cho Tai Ti !

Dulu masa duk rumah Ampang, budak rumah selalu ajak aku main Cho Tai. Aku tak gemar sebab tak main duit. Kalau main Black Jack aku join.

Tapi balik Ipoh raya haritu aku mula diajar main Cho Tai sebab aku dah kaut duit budak-budak masa main Black Jack.

Lepas main jer, aku jadik gian main Cho Tai. Apa tak nya, nisbah kekalahan aku cuma 1 dalam 30 game. Terrer tu.

Bayangkan, selepas aku buat tak tau dengan game ini selama lima enam tahun, akhirnya aku terjebak.

Terus aku cari Cho Tai di internet dan aku pun jumpa. Untuk menchoba, klik link dibawah.

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri 1431


Terharu, sayu dan kosong. Menakutkan juga feeling yang dirasakan bila hari terakhir Ramadhan ni, aku masih lagi di di Putrajaya. Kerja. Terasa macam sitempang dalam dongengan Pied Piper. Ketinggalan dan ditinggalkan. Kekosongan dan dikosongkan.

Tapi tak mengapa. Petang ni tetap planning untuk berbuka puasa kali terakhir bersama keluarga di Ipoh bakal diteruskan.

Malam tadi aku cadang nak pergi jalan TAR. Penghujungnya aku menurap jalan kat dalam mimpi. Sejuk sungguh Putrajaya sampai badan aku tak tertahan untuk berhibernasi. Lalu musnahlah harapan untuk berjumpa sesiapa yang aku ingin jumpa bagi mengutuskan salam lebaran kali terakhir buat tahun ini.

Sayu.. hati ini makin sayu. Jap pasang rokok. Hoiii. Belum syawal. Letak balik rokok. Terlupa pulak. Ada sehari lagi puasa yer.

Puncha aku tak ambik cuti tahun ini ialah kerana aku telah membeli tiket Air Asia dengan banyak sekali :

Kuching, Sept - Bandung, Okt - Hatyai, Nov - Sabah, Jan - Phuket, Feb - Jakarta, Mac .. dan sesungguhnya ke situlah cuti-cuti aku akan dihabiskan.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya, kepada semua teman, sahabat handai jauh dan dekat, renggang dan rapat dan semoga lebaran esok membawa seribu makna dalam hidup kita.

Salam Aidilfitri 1431.

Friday, September 3, 2010

Seberapa Laju ETS Itu?



Paling tinggi pun 146 km/j seperti tercatat pada maklumat GPS.Jika dulu, jika naik keretapi anda akan dihidangkan dengan hingar perbualan bahasa Tamil. Sekarang zaman dah berubah. Anda akan dihidangkan dengan hingar perbualan bahasa Cina! Haha.

Wednesday, September 1, 2010

Electric Train System ETS Beroperasi Mulai 12.08.2010

Electric Train System atau ETS, keretapi laju yang bergerak sehingga maksimum 146 km/j, memulakan operasi Ipoh -Seremban dan Seremban -Ipoh pada 12 Ogos 2010. Mula kepada projek ini ialah pada suatu hari di hari apa taktau, kerja mengambil alih tanah mula dibuat 10 tahun lalu. Cuma selepas 10 tahun, tren ini mula beroperasi. Perjalanan Ipoh - Kuala Lumpur mengambil masa 2 jam manakala Ipoh - Seremban mengambil masa 3 jam.

Perjalanan keretapi laju ini agak terbatas di rangkaian laluan Rawang - Seremban kerana keadaan rel yang uzur dan asas rel yang berusia 15 tahun. Pecutan ETS hanya dapat dirasakan di laluan Ipoh hingga Rawang yang mempunyai landasan yang kukuh, moden dan lancar.

ETS mengenakan tambang promosi Ipoh - Kuala Lumpur dengan harga RM30. Harga selepas promosi dipercayai sekitar RM45.

Seharusnya KTMB mengekalkan kadar tambang promosi tersebut menjadi kadar tambang tetap kerana ini mampu menenggelamkan 'sistem kasta' yang cuba dihidupkan semula dalam pengangkutan keretapi.

Stesen keretapi Ipoh semakin semak dengan kenderaan sempena hidupnya ETS


Kaunter ETS di dalam stesen.


ETS yang menunggu masa untuk pecut dari platform 2, Stesen Keretapi Ipoh


Sekali pandang macam KTM Komuter went refurbishment..


Dua kali pandang, kau memang hensem..


Air-cond ETS sangat sejok. Bawa pakaian musim sejok anda..


Non ado sambutan?


Ada TV, tapi promo ETS je. Nak promo kat TV3 la.. Baru orang tau..


Tempat duduk yang dekat-dekat macam Nadi Putra pun ader..


Bersih (baru) .. Luas (tak ramai orang) .. dan Selesa (tak jugak..nyonya bising..)

P/S : Makin ramai orang Cina naik keretapi. Jadi, hentikanlah mengaitkan keretapi dengan filem Hindi dan Tamil.