Showing posts with label seni. Show all posts
Showing posts with label seni. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Potret Hadiah Hari Jadi


Seperti kebiasaan di zaman dahulu colour, saya suka bebenor bagi hadiah hari jadi buatan sendiri kepada orang yang menjemput saya ke majlis hari jadinya.

Yang akan saya buat ialah melukis potret birthday boy, dari saiz A5 ke A4 ke A3 dan kali ini, A2, bersempena hari jadi Fendi Isaac yang bakal datang 8 Mei nanti, saya pun menghasilkan potret untuk dirinya yang merupakan potret terbesar pernah dihasilkan.

Potret ini dihasilkan semasa keadaan masih sangat bagus, tidak seperti hari ini. Hari ini, tiada lagi apa yang perlu dibanggakan dengan apa yang sedang berlaku dan kuadaan yang sedang mengambil tempat.

Namun, ini sahajalah ingatan untuknya memberi tahu anak cucunya (mampu?) bahawa itulah raut wajahnya ketika berumur 23 tahun.

Selamat hari jadi kepadanya.

Monday, April 4, 2011

Melihat Tingkahlaku Awan

Beginilah kelajuan apabila 15 minit dilajukan menjadi 15 saat. masa yang diambil untuk save footage ini ke dalam kelajuan ini mencapai 90 minit. Malang sungguh behavior awan tidak seperti yang diharapkan:


Ini pula kelajuan di atas digandakan menjadi hanya 7 saat. Setelah memadatkan video di atas, kerja melajukan menjadi mudah. Masa yang diambil cuma 10 saat :


Video ini di rakam di Taman Perpaduan, Ipoh 03.11.2011 jam 6.30 petang.

Sunday, April 3, 2011

"Habis Dimakan Monyet" Karya Hassan Muttalib


Karya Hassan Muttalib, animasi Sang Kancil Menipu Buaya. "Habis dimakan monyet" merupakan tagline popular yang dipetik dari animasi ini.

Monday, March 28, 2011

Tak Dapat 5D Mark II, PowerShot A495 Pun Jadilah

Ini merupakan rakaman masa aku balik sensorang dari Ipoh ke KL minggu lepas. Menggunakan Canon Powershot A495 yang berharga RM399 je. Memandangkan buat masa ni memang aku selalu balik ke Ipoh, maka tergamaklah aku sendirian merakam itu dan ini. Ini mungkin juga disebabkan oleh minat fotografi yang semakin kurang dan makin meminati rakaman video. Nasib baik ler tak sempat beli digital kamera mahal-mahal kan. Kalu tidak, bakal jadi memori yang usang bagai bara merah je. Lepas ni aku nak cari jampi mantera bagi membolehkan Canon PowerShot A495 itu disumpah menjadi Canon EOS 5D Mark II. Kelas!



Friday, March 25, 2011

Hot! Lady Gaga Seru Pepondan Malaysia Protes!

Mar 24, 8:54 AM EDT

Lady Gaga urges young Malaysians to protest radio garbling of gay lyrics in 'Born This Way'


KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) -- Lady Gaga has urged young Malaysians to protest the censorship of lyrics in her hit song that encourage acceptance of gays.

The Associated Press reported last week that radio stations in Muslim-majority Malaysia were playing edited versions of "Born This Way" that use garble to replace the lyrics: "No matter gay, straight or bi, lesbian, transgendered life, I'm on the right track, baby."

Lady Gaga criticized the censorship during a visit Tuesday to Google company headquarters in Mountain View, California.

"What I would say is for all the young people in Malaysia that want those words to be played on the radio, it is your job and it is your duty as young people to have your voices heard," the pop star said in an interview that was posted on YouTube.

"You must do everything that you can if you want to be liberated by your society. You must call, you must not stop, you must protest peaceably," she added.

Broadcasters have said they are being cautious with Lady Gaga's song because Malaysia's government forbids offensive content. They risk fines of up to 50,000 ringgit ($16,000) and other penalties for breaking the rules.

Malaysian gay rights advocates complain that the censorship is part of discrimination they face in everyday life.

Wah. Sudah pasti terkemut-kemut walaupun kembang jubs jubs para pepondan di Malaysia apabila ratu mereka, Lady Gaga telah membuat seruan terbuka seperti yang dipetik dari Assosiated Press ini. Bukan hal kecik anak yer. Bahkan anak Krakatau pun lebih kecil dari hal ini bagi mereka.

Maka akan berlakulah revolusi ala Mesir, Tunisia dan Mesir di bumi Malaysia. Tetapi bukan sebab menumbangkan pemerintah yang lama berkuasa. Tetapi sebab mendesak gay diterima secara terbuka seperti yang diseru oleh Lady Gaga.

Perlu diingat, 99.9% populasi lelaki sungsang di Malaysia adalah fan berat Lady Gaga. Awas! Huahaha.

Macam-macam ado. Itu pun nak jadi hal Gagak Putih seekor ni. Mana ada orang nak dengar lagu kau kat radio nok. Orang dengar melalui download free internet, disko-disko dan tersebar melalui bluetooth-bluetooth. Yang kau kecoh pasal larangan rasmi pentadbir negara tu apahal.

Pentadbir negara ni tak korek buang gegendang telinga pun sesiapa yang dengar lagu kau original version. Nampaknya nok, ko rasa ko rugi kan? Hahaha.

Lady Gaga, kata you " DONT BE A DRAG JUST BE A QUEEN"
I kata, "DONT BE A BRAG JUST BE A KING"
Boley?

Thursday, March 17, 2011

Siapa Hassan Mutallib Yang Dihina Dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah?




Siapa Hassan Mutalib? hassan mutalib ialah orang no3 dari kiri dan gambar ni diambil dari blog mamat khalid. Hassan mutalib ni ialah seorang yang sangat disegani dalam bidang animasi mahupun perfileman. kalau pernah tengok animasi pendek sang kancil dan sang buaya atau sang kancil dan sang monyet; nilah orang yang bertanggungjawab mencipta animasi itu, tidak dilupakan juga mat gelap dan silat lagenda. dia tidak mempunyai sebarang sijil perfileman atau animasi(tak tahu sekarang), tersirat dicerita kak limah ialah pandangan umum terhadap orang yang mempunyai segulung sijil lebih disanjung daripada orang yang mempunyai ilmu?

Wednesday, March 16, 2011

Bummer!

Bummer! Pagi ni aku dapat call dari sebuah syarikat penerbitan drama dan filem. Demer nak skrip yang aku canangkan kat kawan aku sorang ni.

Dan aku dapati, skrip CERUCUK, TRANSISI dan PULAU SEMBILAN, aku tak pernah simpan dalam pen-drive. Aku simpan kat mana?

Ternyata aku cuma simpan kat hard disk komputer aku yang aku dah format balik bulan 8 tahun lepas.

Meh sama-sama sepuk kepala aku. Aoooo... nanges tak berlagu...

Friday, November 5, 2010

I Will Survive Versi Melayu

This song I created back in 2005 when I was there consoling Boy Kalid that have his years of love ended. He was in deep sorrow and I fear he'll commit suicide as we are living in 15th Floor of Pangsapuri Seri Nilam, Little Jakarta, Bandar Bru Ampang.

It took five year of my laziness to bring it to Youtube. Enjoy. Enjoy ke?

Friday, October 1, 2010

Iklan Hari Malaysia 2011

Iklan Hari malaysia untuk tahun depan ini dibuat untuk dipersembahkan semasa temuduga jawatan dalam bidang penyiaran yang akan berlangsung pada 6 Oktober 2010 di SPA, Parcel C.

Thursday, August 19, 2010

Setiap Insan Menanti Dugaan

Sekian lama menduga pada fikiran yang berbicara dalam sulit, pada angin yang mengutus khabar, pada naluri yang membicarakan sesuatu tanpa kepastian, maka ditemukan jawapan untuk sekajang lontaran persoalan. Terluah dari sebuah wajah yang melindungi semesta kedukaan. Jawapan kini menutup persoalan yang ditari mengikut rentak ragu dan hairan. Yang membuah bicara bernada ihsan, bersulam nada-nada sindiran dan diadun nada-nada cacian. Lalu tercetus sebuah pengembaraan dalam usaha membebaskan sebuah rahsia dari kurungan empunya tajuk bicara.

Kabus geram, amarah, benci, kecewa, letih, jelik dan muak yang melangsiri sebuah kenyataan selama dua baris minggu, sekonyong-konyong hilang dan terciptalah bayu kasih, ihsan, sedih, sayang, ketersentuhan dan simpati dalam cuma separuh malam dan bertiup sayu.

Maka terbitlah hakikat yang mendasari sebuah kisah. Tentang ketentuan dan kedukaan, kecelaruan dan kehampaan, kekuatan dan keredhaan serta kehilangan dan ketegangan. Terkarya seruan buat taulan merenung tauladan.

Tiada yang lebih mulia dari naluri kasih sayang seorang yang dicipta terhadap penciptanya. Namun, dengan kesibukan mewarna nafsu beserta keselesaan untuk berlengah dan kelekaan menghayati hiasan duniawi yang terjamu, sang dicipta hilang kesempatan meluangkan masa bagi menghadirkan penghargaannya terhadap sang pencipta dan membiar detik berlalu menghitung masa.

Namun, kasih sayang sang pencipta tidak pernah pudar ke atas ciptaannya. Kasih sayangnya kukuh dalam genggaman dari saat ia mencipta, hinggalah saat ia melepaskankan untuk ditinggalkan. Adalah sesungguhnya pencipta dan ciptaan itu ditakluk fitrah dan diikat ketetapan. Tetap pergi untuk kembali kepada Yang Maha Mencipta.

Ibarat ledakan tanpa petanda, fikiran menjadi berkecamuk mengenangkan sebuah hakikat tersurat yang muncul tiba-tiba dan merentap lamunan duniawi buat seketika. Suratan yang datang telah menerpa jiwa sebelum jangkaan lalu menampar pipi sebuah wajah yang enggan bersedia. Maka bertamulah rasa sebak, rasa kecewa, rasa hilang, rasa bingung, rasa sepi, rasa putus asa, rasa bersalah, rasa menyesal, rasa patah hati, rasa murung, yang kemudiannya teradun menjadi satu tekanan rasa yang berupaya melukakan minda.

Adunan perasaan yang tepu ini menyebabkan tiada apa yang lebih penting dari keterpaksaan dalam menuruti sebuah desakan emosi yang cukup membingungkan tatkala saat itu jiwa telah terbenam ke dasar kekecewaan yang amat dalam sehingga membuatkan segala dalam genggaman jatuh terlucut di luar kepedulian. Masa adakalanya terhenti, adakalanya berlari. Tiada apa lagi yang dapat digenggam hatta sekelumit keyakinan melainkan kehilanganlah jua pada segalanya.

Setiap kedukaan telah dijanjikan kebahagiaan. Setiap kesakitan adalah dosa yang disucikan. Setiap yang buruk bukanlah pintu kerahmatan. Setiap tapak melangkah telah tersedia satu keputusan.

Tidak mula sesuatu itu jika ia tidak berakhir. Tidak tegak sesuatu itu jika ia tidak tumbang. Tidak wujud sesuatu persoalan itu tanpa dijanjikan jawapan. Tidak wujud kasih sayang itu tanpa dijanjikan sebuah akhiran. Namun segala-galanya tergantung di seutas tali yang mapan. Tali yang tiada awalan tiada akhiran. Itulah peneguh dua ufuk kekuatan. Itulah dipanggil zat Tuhan. Tiada anugerah tanpa permohonan. Pohonlah semudah menadah tangan. Mudah lagi bersaksi iman.

Maka tamatlah karya persoalan yang berkertaskan sebuah tabir persahabatan.Tabir tercipta mendindingi perkasihan dari kemarahan. Telah jelas pada sekumpulan pemikiran tentang sebuah perbedaan. Hilang sebutir berlian tidak terbanding lenyapnya segunung intan.

Semoga keruh kelodak yang terkocak di sungai jiwa diempang kematangan akal untuk berfikir. Semoga tekanan sebuah duka diimbang kerelaan menjadi saksi bagi sebuah ketetapan. Sesungguhnya, bagi setiap batu jemala itu, telah tercipta junjungan dugaan. Hanya masa penetap giliran.

Thursday, May 27, 2010

Video Clip : Twenty Seven

Lagu ni ialah lagu pertamu yang dicipta setelah saya mengenali Fruity Loops pada hari jadi saya ke 27, 23 Jun 2005.

Monday, May 17, 2010

Jandaku Dalam FB Mu

Saat aku kenal dirimu
Engkau telah menawan hatiku
Padam sudah kisah lalu
Kini berganti kisah baru

Kisah lama penuh duka
Mungkin juga penuh celaka
Hati ditoreh jiwa diluka
Oleh cerita penuh dusta

Aku ingin kisah yang baru
Agar aku tenang membelaimu
Saat aku mengintai duniamu
Terlihat aku akan jandaku

Oh terpaksa aku, terpaksa kini
Mengetuk meja kayu ini
Ibarat nyonya yang susah hati
Sambil menyebut " Choi Ta Ka Lei Si"

Kenangan lama tak inginku bertemu
Ada aku kisah sama kisah yang lalu
Ketika ku lupa kusut yang bertamu
Kini jandaku dalam FB mu

Wednesday, May 12, 2010

I Dream On Malayan Jungle Lodge

Bosan-bosan, awak pun tengok la gambar lama-lama sambil berimaginasi. Sambil berimaginasi, korek hidung. Supaya datang inspirasi. Lepas tu baru awak remember yang cita-cita saya paling besar tak kesampaian sekian lama, sejak tahun 2001, ialah untuk memiliki sebuah LODGE dalam hutan.

Lodge ini dibina ditebing sungai menghadap kejernihan air sungai (inspirasi saya ialah Sg. Korbu, Jalong, Sg. Siput. Airnya banyak, jernih dan sejuk. Alirannya konsisten melewati Hutan Tadahan Hujan yang haram diteroka).

Lojing ini tak besar. Muat 32 tetamu je pada satu-satu masa.Harga untuk membinanya mencecah RM400,000. Tetapi dia mampu memberi pendapatan kasar antara RM12,000 hingga RM20,000 sebulan!

Caranya? Buat la pakej, beruk. Aku dok hutan ke kau dok hutan ni? Katakan harga bilik yang disewa penuh untuk 32 orang ialah RM1000 semalaman termasuk makan, BBQ, internet, printer, tak ke RM30,000 pendapatan kasar tu?

Kalau kau pinjam bank kira-kira nak bayar balik RM6000 untuk 10 tahun, kau boleh dapat RM720,000 jumlah bayar balik. Lebih kurang RM400,000 la pinjaman nya tu. Inilah punca angan-angan masih tinggal angan-angan.

Tapi cita-cita saya ialah untuk membuka penginapan yang diberi nama MALAYAN JUNGLE LODGE ini adalah untuk pelancong asing. Tempahan boleh dibuat online dan khidmat mengambil di lapangan terbang bakal disediakan. Kalau boleh, curi pelancong yang tengah berseronok kat Thailand tu.

Perkhidmatan yang boleh ditawarkan ialah, free wi-fi, mini mart (dalam hutan ader mini mart..mampu?), perpustakaan dan komputer-komputer untuk internet.

Selain tu, pakej rangsangan nafsu orang asli. No.. I mean pakej rangsangan ekonomi orang asli.... boleh dibuat dengan mengupah mereka untuk membawa pelancong masuk hutan sehari suntuk. Merasalah kau jadi fauna-fauna dalam tu.



Cuma baru ni aku teringin nak design sebijik. Hak cipta terpelihara yer. Dah berdaftar kat harta intelek. Mahal bayar design copyright ni. RM1,080! Huh!

Thursday, May 6, 2010

Mengapa Saya Tidak jadi Penyanyi

Kejadian berlaku ketika saya berumur 7 tahun. Saya suka menyanyi. Setiap hari saya menyanyi lagu Layang-Layang Putus Tali, dari kumpulan Alleycats yang popular pada waktu itu. Saya boleh membaca pada waktu itu walaupun saya tidak pernah masuk tadika. Sebab saya tidak minum susu lembu. Saya minum santan je.

Oleh yang demikian, saya telah berjaya menghafal lagu Alleycats tersebut hasil membaca dan menghafal dari lirik lagu yang terselit di URTV.

Oleh kerana kemenyampahan dengan sikap saya yang suka menyanyi di dalam kelas, Cikgu Salmah, Cikgu Syarifah dan Cikgu Faridah telah mendajeikan saya dengan menyuruh saya membuat persembahan.

Rupa-rupanya, di hari persembahan, barulah saya tahu yang berjuta-juta penonton sedang menantikan persembahan saya yang mewakili murid tahun satu SRK La Salle, Canning Garden, Ipoh pada Hari Kanak-Kanak 1985.

Saya menangis tidak mahu pergi. Tetapi ianya menjadi hiburan kepada ketiga-tiga cikgu Melayu nakal ini dan mereka terus memujuk. Guru Besar, Rev. Bro. Lucian Ng yang baik hati itu juga terbabit mendajeikan saya dan akhirnya saya menangis lalu menyanyi di atas pentas.

Nyanyian saya menjadi sorakan penonton yang menyangka ianya rektorik persembahan lagu berair mata yang sebenarnya tidak! Saya menangis mengenangkan kenapa saya perlu buat show pada usia sebegini muda hanya untuk menghiburkan sesetengah pihak yang suka tengok saya menangis.

Sebab itulah saya tidak menjadi artis kerana saya tidak mahu persembahan saya dipergunakan untuk kesenangan pihak tertentu. Boleh?

Saturday, May 1, 2010

Seloka Putus Cinta Luar Tabi'e

Jika tuan berwajah cantik
Pasti menjadi penyeri taman
Jika tuan berwajah itek
Hanyalah dildo jadi peneman

Kecil jangan dipuji puja
Besar jangan seperti belalai
Kecil ditatang penuh manja
Besar mengangkang mencari pembelai

Patah pinggang jalan berlenggang
Bedak seinci bak anak patung
Dari rapat menjadi renggang
Dulu paip kini pembentung

Suara garau seberang jalan
Suaralah benggali memakai serban
Banyak berangkut sepanjang bulan
Banyaklah melukut di tepi jamban

Melambai jantan mencari untung
Peraga pakaian di tepi pintu
Mengapa digali salur pembentung
Bukanlah emas yang kuning itu

Jika lobang sebesar perigi
Kenapa melacur di pinggir kali
Masuk lapan masih nak lagi
Layak buatmu benggali Batang Kali


Mengapa menjahit gaun pengantin
Sedangkan jahitmu buruk sundal

Mengapa diturut kehendak batin
Kelak lobangmu harus disendal

Anaklah ikan kau sauk-sauk
Yang sangat hazab juga kau piap
Jangan digilap wajah yang hauk
Kelak ibarat jalan tak siap

Kalau enggan dipandang hodoh
Jangan onani dengan penyapu
Kalau sudah ditakdirkan bodoh
Hadaplah engkau si jantan penipu

Berhenti rehat semasa menyapu
Terasa gersang digesek tiang
Bukan salah si jantan penipu
Mungkin dirimu yang bodoh piang

Cinta agung ibarat berpuki
Kasih tertumpah tak berbelah bagi
Setelah engkau dia miliki
Kau ingat dia hadap ke tengok kau lagi?

Thursday, April 29, 2010

Ungkapan Lama Yang Tidak Lagi Relevan

terdapat banyak ungkapan-ungkapan yang tidak lagi bersesuaian dengan zaman. Justeru, ianya perlu diubah bagi disesuaikan dengan zaman.

Hidup ibarat roda. No way... kalau hidup ibarat roda, cukup tahun saya nak hidup yang baru. Sebab hidup saya yang lama dah haus yer. Merbahayakan pemanduan. Boleh ker? Jadi hidup bukan ibarat roda. Ungkapan yang sesuai dengan zaman ialah "Hidup jangan dikerusi roda".

Berusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. What? Susah-susah dahulu mana boleh senang-senang kemudian. Kalau kau kayuh basikal dalam laut susah tak? Susah kan? Apa kesenangan yang kau boleh dapat dari mengayuh basikal dalam laut? Kalau kejang OK lagi. Kalau lumpuh? Tak pasal-pasal masuk Bersamamu. Jadi,ungkapan yang sesuai dengan zaman ialah "bersusah-susah dahulu, maka bersusah-susah jugalah kemudian, kau bukan anak sultan".

Jangan mencurah minyak ke api. Kenapa tidak? Kalau api tu segan silu nak membakar sampah, harus tuang minyak. Jadi kalau orang tengah marah menghadap anda dengan attitude sampahnya yang perlu dibakar, maka semburkan sajork dengan kata-kata yang mengguris hati, limpa, buah pinggang, pundi kencing dan juga rektumnya kalau boleh. Ungkapan paling sesuai dengan zaman ialah "Kalau mencurah minyak ke dalam api, biarlah pakai VPower, harganya mahal, pembakarannya berkesan."

Barang yang lepas jangan di kenang. Salah konsep ni. Barang yang lepas la perlu dikenang supaya tak melepas lagi di masa depan. Cuba kau lupakan apa yang menyebabkan kau tertinggal bas semalam, dah tentu esok kau tertinggal bas lagi. Kan? Ungkapan yang sesuai dengan zaman ialah "Barang yang lepas, kalau tak dikenang, kau cubalah kenangkan. Pandai-pandai kau lah.".

Biduk hanyut kiambang bertaut. Salah konsep ni. Lima ratus tahun lepas boleh lah pakai. Sekarang orang tak kenal apa kejadahnya biduk. Kiambang kot kenal la kan. Sebaik-baik penggunaan bahasa mengikut zaman ialah : " Bayi hanyut sampah bertaut". Macam kejam je.

Harapkan pagar, pagar makan padi. Ini lagi salah. mana ada orang nak pagar bendang. Macammana jentera penuai nak lalu. Ini bertentangan dengan konsep yang diamalkan oleh Felcra dan boleh menjejaskan bantuan dari Jabatan Pertanian. Lagipun pagar mana boleh makan padi. Ungkapan mengikut zaman yang sesuai ialah " Harapkan yang atas pagar, yang atas pagar tak keluar mengundi"

Api kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan. Salah ni. Api kecil ialah api jahat. Berapa banyak anak muda yang terbabas ke alam syabu akibat api kecil ini. Api besar pula sepatutnya menjadi kawan yang amat diperlukan. Terutamanya bagi pemilik kedai yang ingin claim insuran. Claim nyawa anak lu orang baru tau. Jadi ungkapan paling sesuai dengan zaman ialah "Api kecil atau besar jangan dikawan sebab api itu unsur setan"

Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Ini pun tak boleh pakai lagi. Sebab zaman ni mana nak cari nyiru untuk menadah sesuatu yang tak muat tangan. Katakanlah orang nak bagi kita motor sebab " Saya menang moto ", maka adalah sukar untuk diletakkan motor tersebut di atas nyiru yang ditadah. Ungkapan paling sesuai mengikut zaman ialah " Kecil tapak tangan, tairu saya tadahkan".

Berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi. Yang ini lagi la salah. Sebab apa, budak-budak sekarang asik disuruh cari maklumat dalam internet. Sapa la ajar dorang dalam internet? Mark Zuckerberg pengasas Facebook ke? Kalau nak dipakai ungkapan ni, memang banyak la bunga yang tak jadi kembang. Yang kembang cuma bahagian-bahagian yang boleh kembang je. Ungkapan paling sesuai dengan zaman ialah "Guru hilang waktu mengajar, murid menyetan menjadi-jadi."

Patah tumbuh, hilang berganti. Tidak tepat yer. Bukan semua yang patah itu tumbuh yer. Ambil contoh pensel. Pensel yang dipegang oleh seorang pondan yang patah. Walaupun dia patah, tidak akan tumbuh rahim di celah pundi kencingnya. Begitu juga duit saya yang hilang dulu, sampai ke la tak berganti-ganti. Ungkapan paling sesuai dengan zaman ialah " Patah pinggang, perempuan tak jadi ".

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Inilah yang menjadi sebab peningkatan kadar jenayah di negara kita. Sebab apa, ambil contoh anak Lijah bini Suib tu. Baik budaknya. Hormat orang tua, suka senyum. Tapi ke lokap juga. Sebab jual dadah berkati-kati. Inilah padahnya kalau buat jahat jangan sekali. Maka dia buatlah berkali-kali sampai tertangkap. Ungkapan paling sesuai dengan zaman ialah "Buat baik biar menggoda, buat jahat jangan dengan Benggali. ."

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ini yang paling pengotor ni. Pangkal lengan aku takpe. Kena pangkal lengan mamak ambik order tu? Wekk.. Mana ada orang peram pekasam dalam-dalam. Sekarang orang peram lite-lite je. Ye lah.. dulu mana ada Cina jual ikan berhenti depan rumah bunyi hon, siap bagi hutang lagi. Tu pasal orang makan pekasam. Ungkapan paling sesuai untuk zaman ini ialah "Alang-alang menyeluk saku, biar sampai diterajang orang ".

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Ini sangat salah. Kalau orang tua macam mana? Maksud saya, kalau orang tua tu rambut hitam dia cuma dye je. Rambut dia sebenarnya putih. Tapi dia suka calit taik idung merata macam saya. Rambut dah tak sama. Hati pulak yang sama. Macammana tu? Ungkapan yang sesuai untuk zaman ini ialah " Rambut sama atas kepala, otak lain-lain, ada yang otaknya kat lutut"

Begitulah serba sedikit ungkapan yang sudah tidak relevan lagi dengan zaman. Selamat merapu. Jumpa lagi. Babai.