Showing posts with label nostalgia. Show all posts
Showing posts with label nostalgia. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Miss Perak 1962

Inilah pondan-pondan terawal di Ipoh. Mereka sungguh tak pecah lobang. Mereka seperti perempuan. Oh, memang perempuan rupanya. Pada tahun 1962, telah diadakan pertandingan Miss Perak di pawagam Lido. Pertandingan ratu kebaya ini mendapat sambutan hangat termasuk dari bukan Melayu. Kecantikan mereka hari ini belum berganti hatta dengan pertandingan pondan Miss peringkat negeri. Untuk itu itu sempena ulangtahun ke 50 pertandingan ini tahun depan, satu pertandingan Miss pondan akan diadakan. Sila hubungi Kak Vee dan anda pasti kena maki, sebab saya kencing sajer.

Tuesday, June 21, 2011

Kehadapan Duit Yang Ku Rindui

Sedih tol. Dalam idup aku, sekali je aku pernah pegang duit ni. Tu pun masa tahun 1995. Aku baru abis Form 5, abang aku kirim duit, suruh aku manage renovation rumah mak bapak aku kat Ipoh.

Aku ingat lagi, masa kat hardware, bini Tan siap ada pengimbas ultra-violet untuk check duit aku tu betul ke tidak. Motif syak wasangka dengan aku?

Duit tu keras, kalau pegang terasa kasar dan tulisannya terasa timbul. Takkan la palsu?

Paling sedih, lepas beli barang kat hardware dia, balance yang aku dapat cuma beberapa keping duit seringgit dan sepuluh ringgit. Selepas itu, not RM500 tak lagi aku temui dalam idup aku.

Malangnya, pada tahun 1997, duit yang comel lagi indah ini telah ditiadakan bersama-sama duit RM1000. Nak tau sebab apa, tanya Nallakaruppan, kawan Anwar Ibrahim.

Maka tak merasalah generasi seterusnya untuk memiliki not kertas yang bernilai lebih besar dari gaji sesetengah orang pada waktu itu.



Yang di bawah ni pula, kawan dia yang dah turut pupus. Kenapa pupus? Tanya Nallakaruppan kawan Anwar Ibrahim. Bayangkan anda yang gaji RM1000 sebulan dapat sekeping duit ni setiap bulan. Dan bayangkan pulak mereka yang bergaji bawah RM1000 waktu itu yang menyedari, ada wang kertas yang lebih besar nilainya dari gaji mereka, di pasaran semasa.

Monday, March 21, 2011

Berita Kematian Sahabat Yang Terlewat 8 Bulan

Hari ni, 21 mac, terpampang di FB aku, birthday Munin atau nama betulnya Ahmad Taizudin. Aku terkesan sekejap lah. Sebab aku dah lama tak nampak dia komen di wall aku atau like di status-status aku seperti biasa pada satu ketika dulu.

Munin dah remove aku ke? Tapi kenapa pulak birthday dia ada kat FB aku? Aku klik profile dia, aku ternampak beberapa kawan dia menyebut Al-Fatihah.

Ya Allah. Munin dan meninggal 8 bulan lepas. Aku langsung tak tau. Sebak aku dengan berita lambat ni.

Kali terakhir aku terserempak dengan Munin sekitar awal tahun lepas. Dia semakin kurus. Aku tanya kat dia, kenapa dah makin kurus. Dah tak sasa macam dulu. Dia kata, dia diet. Aku yer kan ajer.

Dan dia sempat cakap, "lepas ni tak jumpa dah. nak balik Sarawak, kerja kat sana,". Dan lepas dari tu, dia bagaikan insan misteri yang muncul sekadar di FB dan akhirnya terus hilang begitu sahaja tanpa disedari kerana sibuknya kehidupan ini.

Semoga Munin a.k.a Ahmad Taizudin akan diberikan hitungan hisab yang terbaik di hari pembalasan kelak dan kepada mereka yang mengenalinya, sedekahkanlah Al-Fatihah buatnya, walaupun kita di sini lambat untuk mengetahuinya.

p/s : Gambar bertarikh 27 Julai 2008

Tuesday, March 1, 2011

Berehatlah Dengan Aman Di Sana

Balik kerja semalam, belum sempat aku bukak baju, Tya telefon. Terdengar hiba Tya yang sedang menangis. Dia bilang, Boy Heveree dah meninggal. Masa tidur. Aku terkejut sampai aku bingung, sapa tu Boy Heveree. Aku bingung sebab Tya sebijik macam Aiman masa call aku bilang pasal kematian Rizal, 2 minggu lepas.

Aku automatik sebut, ya, Paktam kenal, masa Tya tanya, Paktam kenal kan? Terus aku on internet, dan FB, aku nak kenalpasti. Ya Tuhan, Boy, yang selalu dengan Robson, dan selalu lepak sekali di tasik. Umur baru 25. Dah tak ada lagi.

Aku bersiap-siap untuk mandi. Cuaca mendung. KL kelihatan hujan. Aku berbaring seketika mengenangkan apa yang sedang berlaku dengan kita sekarang? Banyak yang pergi tiba-tiba. Seketika, aku tertidur tanpa aku dapat menghalang. Panggilan EE dan Billy untuk pergi ke Cheras melawat jenazah Boy tidak aku dengar sebab memang telefon aku pun sentiasa 'silent mode'.

Seperti Rizal, kawan ofis aku yang meninggal 18 Februari 2011, Boy juga meninggal kerana kegagalan fungsi jantung. Seperti Rizal juga, Boy dibawa polis ke hospital dengan berselubung plastik mayat warna hitam. Sedih.

Tapi terfikir aku, sekurang-kurangnya pemergian mereka dalam keadaan sempurna dan cukup sifat tanpa setitis darah menitik ke bumi.

Bagaimana pula bilangan kematian yang diakibatkan kecederaan yang serius yang sering dialami oleh 'mereka-mereka yang pergi sebelum waktunya"? Pecah muka, putus badan, putus itu dan ini?

Seperti arwah Khalid yang pecah paru-paru akibat ditusuk tulang dada yang remuk, Hazi yang hancur mukanya dan terpaksa di isi kapas, pemergian Rizal dan Boy boleh dikatakan dengan keadaan yang cukup sempurna.

Nasib kita entah bagaimana? Aku berharap agar kalau aku 'pergi' juga pergi dengan jasad yang sempurna. Tetapi kita manusia hanya layak untuk berharap sahaja.

Bagaimana pula 106 orang yang terkebumi 2000 meter di dasar laut tanpa dapat dinaikkan ke darat seperti dalam nahas udara Adam Air, Indonesia pada 1 Januari 2007? Mintak dijauhkan.

Saturday, November 13, 2010

2010 Mula Memberanikan Diri Travel Sendirian

Tahun 2010 merupakan tahun banyak melancong bagi aku. Semua tempat yang pergi, adalah tempat yang aku tidak pernah sampai langsung sebelum itu (kecuali Bandung 2nd round la kan. Hehe). Aku hanya mengkaji melalui internet. Walaupun Kuching aku terpaksa lepaskan pada 16 September kerana sebab-sebab tertentu, perjalanan aku tahun ini sudah cukup membuatkan aku merasa untuk melihat dunia luar sempadan negara.

Bermula dengan eskpedisi berseorangan aku ke Krabi pada 12 Februari 2010 dengan menaiki keretapi dan bas, aku menjadi berani untuk berkelana sendirian.

Krabi (Februari)

Pada 25 Jun 2010, aku memberanikan diri untuk terbang ke sebuah lagi negara yang aku belum pernah pergi lagi sepanjang hidup aku. Indonesia. Aku ke Bandung dengan penerbangan jam 8.30 malam di mana hari tersebut, aku bekerja sehingga jam 5.30 petang.

Bandung (Jun)

Pada 23 Julai, aku terbang ke Tawau untuk ke Semporna dengan misi menjejakkan kaki ke Pulau Mabul. Aku berjaya menyelesaikan misi tersebut dengan jayanya walaupun bersendirian adakalanya mati kutu, namun banyak yang boleh aku buat tanpa sesiapa menyemak di kepala aku.

Mabul Island (Julai)

Kemudian, semasa outstation di bulan Ramadhan di JB, aku dipelawa oleh Azward Azis, untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan di Singapura, Halim, Zai dan Schon. Ini merupakan lawatan kali pertama aku ke Singapura. Kemesraan mereka membuatkan aku sentiasa ingin berkunjung lagi ke sana.

Singapura (Ogos)

Dan menutup perjalanan aku tahun ini, aku kembali terbang ke Bandung pada 19.10.2010 atas tiket yang aku beli sebaik balik dari Bandung pada bulan Jun, semata-mata untuk berhujung minggu dan bermalas-malasan.

Bandung (Oktober)

Ralatnya, pada 3 November 2010, aku membatalkan penerbangan ke Hatyai kerana bandar tersebut ditenggelami banjir sedalam 2 meter.

Aku mulanya gusar dan tidak yakin apakah aku mampu untuk mengembara sendirian. Apabila aku melaluinya, percayalah oleh aku bahawa aku mampu. Dan sebenarnya, ia menyeronokkan.

Pembaca sekelian, tanamkan minat untuk mengembara dan carilah cara untuk berkomunikasi dengan alam. Bukan bercakap sorang-sorang yer. Itu giler. Carilah sumber pengetahuan dari kajian, dan manfaatkan hasil kajian tersebut. Melalui GPS? Internet? Whatever lah!!

Friday, November 12, 2010

Hujan Pagi Yang Best (Part III)

Huhuhu. aku tak boleh tidak, mesti suka untuk menikmati hujan pagi. Lantaklah aku lambat gi kerja ke (kalau naik public transport la) atau keter aku berlanggar ke (dulu-dulu la), hujan pagi tetap menjadi pujaan hatiku. Tak tau la kenapa. Dah tiga posting hujan pagi hari ini. Bawah ni adalah antara gambar-gambar masa aku ke ofis pagi tadi jam 8.00.





Dan aku tak tahu kenapa aku suka hujan pagi. Bila aku track balik, memang sejak dulu lagi aku suka hujan pagi. Kalau time sekolah, hujan membuatkan orang malas. Tapi aku akan sungguh-sungguh nak pergi sekolah. Hairan tak hairan ler.

Sepanjang tumbesaran aku sebagai seorang yang sihat dan kuat sekarang, dulu-dulu aku selalu main hujan pagi. Mak aku kasi main hujan asalkan dalam musim hujan. Kalau hujan yang jarang turun, boleh kena rotan oo kalau main hujan.

Thursday, November 11, 2010

Hujan Pagi Yang Best !!


Sejak zaman sekolah dulu, saya adalah peminat Hujan. Bukan band Hujan. Tetapi hujan pagi. Hujan pagi bagi saya membawa rahmat yang sangat baik. Ia menyejukkan pagi dan membawa ke tengahari.

Pagi ini, selepas saya bangun tidur yang agak awal (sebab semalam terbongkang jam 2230), saya mendapati mendung sedang menuju ke Putrajaya. Dari kejauhan, ia telah dekat.

Pagi yang terang, kini sudah gelap. Maka semangat saya untuk pergi kerja dengan menempuh jalan basah dan hujan mencurah akan tercapai.

Tapi mengikut cerapan saya, tahun ini hujan pagi memang selalu. Petanda apakah itu. Eh.. Dah turun dah ujan. Yahoo !

jap.. edit kul 0740.. ujan dah berenti... alaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, October 22, 2010

Wow! Jemputan Dinner Dengan PM !



Salam 1Malaysia!

Anda dijemput hadir ke Majlis Makan Malam 1Malaysia bersama Perdana Menteri dan Rakan-rakan Online pada Jumaat, 5 November 2010 pada jam 8 malam di:

Kediaman Rasmi Perdana Menteri
Kompleks Seri Perdana
Presint 10, Persiaran Seri Perdana
62250 PUTRAJAYA

Pakaian: Smart-Casual

Anda juga dijemput untuk mengajukan satu soalan kepada saya untuk sesi dialog semasa majlis ini.

Sila hantarkan jawapan hadir/tidak hadir serta soalan anda melalui emel ke admin@1malaysia.com.my selewat-lewatnya 27 Oktober 2010.

NAJIB RAZAK

Jemputan ini adalah untuk anda sahaja dan tidak boleh ditukarmilik.

Jika anda tersalah terima e-mel ini atau bukan penerima yang dimaksudkan, sila maklumkan kepada kami melalui e-mel.

Friday, July 30, 2010

Pemula Dan Penamat Lesen P

Think positive, keep the positive energy. Walaupun bulan Julai sangat mendukacitakan. Boleh pulak ada dukacita mukacita bagai kan. Sama je lah bulan apa pun. Tapi heran la pulak. Meh aku nak kongsi.

First time aku observe kehampasan Julai ialah pada tahun 1993. Masa tu berlaku tanah runtuh di Genting Sempah dekat Genting Highland. Berpuluh-puluh kereta tertimbus. Hampir 20 orang mati.Kemudian berlaku lagi dalam bulan Julai, tahun 1997, satu semenanjung terputus bekalan letrik. Haha. Pelik. Takde kena mengena dengan aku pun. Saja je aku tokok tambah.

Tapi, Julai 2008 memang aku tak boleh lupa. Masa aku lepas ambik test JPJ, untuk dapat lesen P, Kapow! Malam tu jugak kereta aku dilanggar oleh seorang makcik. Adoyai. Baru lulus lesen ni. Kad lesen pun tak buat lagi.

Julai 2010, merupakan sekuens ironis untuk lesen P aku. Dua hari sebelum lesen P aku tamat tempoh probation, Kapow! Dilanggar lagik. Kali ini memang aku dah rasa pelik. Tapi, kepada kaki empat nombor ekor, teruskan tikam, nombor tu tak pernah naik pun. Hahaha.

Jadi sangat pelik apabila semasa aku buat lesen P, kereta aku di bengkel menanti tuntutan insurans dan semasa aku ke JPJ nak buat lesen penuh, pun kereta aku di bengkel menanti tuntutan insurans.

Apa kejadahnya itu? Suruh beli kereta baru la tu. Opss! Tobat takmo cakap pasal tu. Punca! Inilah kereta paling jimat. Minyak RM30 tahan 2 minggu. (Saja ambik hati dia).


Julai 2008


Julai 2010

Thursday, July 22, 2010

Kembara Ke Bandung VI

Pagi Isnin 27.06.2010. Aku tidor sesedap rasa. Penat kot. Arai ada ketuk pintu ajak breakfast. Tapi aku refuse lah. Aku nak sambung tidor sikit je lagi. Jam 10.00 pagi aku bangun. Terus ajak dia keluar. Dia dah siap pun. Aku mandi lebih kurang, siap-siap, dan mau ke mana kita hari ini? Cibaduyut! Kononnya banyak kasut dan barang kulit.

Kami cari makan dulu. Aku ajak dia makan KFC. Haha. Sedap Sehingga Menjilat Jari? Tidak. Itu Malaysia. Di Indonesia, tagline dia, "Jagonya Ayam". Ayam sabung kot dia goreng. Aku order set Yakiniku. Dia sebuah bekas yang berisi daging ayam sweet n sour, salad, nasi, air pepsi. Harga dia Rp23.000. Bersamaan dengan RM8.80. Boleh lah. Kami disinggahi seorang penjual surat khabar. Pikiran Rakyat. Surat khabar ni popular di Bandung je. Aku beli. RM3.000 senaskah. Kekira RM1.00. Maka bertambah lama la kami lepak situ sebab nak mentelaah akhbar bahasa Indonesia.

Surat khabar wajib beli setiap hari untuk mengitu pekembangan semasa tempatan.


Jagonya Ayam. Jangan ayam sabung yang kau jual sudah!


Signboard yang tak tukar-tukar walaupun dah masuk hari Isnin, dan England dah kalah.


Hah. Catering makan ayam? Menunjukkan di sini, kalau miskin, miskin sangat. Kalau kaya, siap boleh panggil KFC catering buat parti.


Dago Plaza depan KFC Dago. Kat sini terlonggok cafe 24 jam, karaoke dan menjadi tempat lepak student Universiti Padjajaran.



Kami dihiburkan dengan telatah peniaga gerai tepi jalan yang bertempiaran lari tiba-tiba. 15 minit kemudian, "bandaraya" datang dengan dua bijik lori mencari gerai buruk untuk diangkut. Wahaha. Ada khidmat tonto nampaknya disitu.

Kami kemudian terus menapak arah selatan. Dari Jl. Dago, kami masuk Jl. Merdeka. Eh. Jl. Merdeka lagi. Takde tempat lain ke. Situ je CC yang kau tau. Kami ke Cyber Cafe kejap.

Lebih kurang jam 12.30,kami keluar. Kali ni kami nak ambik aircond kat dalam Bandung Indah Plaza. Atau disebut " Bep ". Kami pun naik satu demi satu aras kat mall tu. Aku pun perhati-perhati la harga-harga yang ada. Mata aku dah berpinar tengok angka ribu-ribu kat sini. Tapi tak sampai sehari, otak aku dah pandai convert dengan pantas. Rupa-rupanya kat sini, kasut Bata tu dah setaraf Alfio Raldo kot harganya. Kasut office Bata pun dah mencapap eh.. mencapai Rp275.000. Tak ke RM105 tu? Kalau kat Malaysia, bersawang la kasut tu kat situ dengan tanda-tanda harganya sekali.

Bosan-bosan pusing dalam tu, kami keluar. Aku mintak Arai ambik gambar Jl. Merdeka dari jejantas. Paksa jugak. Aku nak gambar tu. Arai ni dia suka tangkap gambar. Tapi dia taktau dari sudut mana yang menjadikan sesebuah gambar tu sangat bermakna.

Gaya pengembara junior je si Arai saat membelah Jl. Merdeka.


Ini ler Si Arai yang cuba mengenangankan Starbucks Bandung Indah Plaza.


Kesesakan Jl. Merdeka. Kebanyakan punca kesesakan adalah akibat pengusaha Angkutan Kota (kaler ijau tu) yang agak ignorant.


Lepas ambik gambar dari jenjantas, kami decide untuk ke Cibaduyut. Terus ambik teksi Koputra yang berderet depan tu. Ye lah. Cintailah barang buatan Malaysia. Proton Wira. Drebar teksi kali ni enggan pakai meter. Wah. Berjangkit dengan drebar teksi Kolumpo la ni. "Habis.. Maunya berapa pak?" aku tanya. "Lima puluh" jawabnya. Huh. Aku OK je. Arai taknak. "Pak kalo mo naik angkutan ke sana, tukarnya tiga kali. Naik aja teksi nya." convince drebar teksi tu.

"Hang 25, aku 25. Boleh lah." ujar aku kat Arai. Arai berpikir panjang. Eh! Ngengada pulak. Kemudian dia setuju. Kami bertolak.

Aku tak kisah setakat RM18 bayar teksi bila kita boleh tengok macam-macam. Ini kat mana, itu kat mana, inul di mana-mana. Takkan nak jalan kaki kot. Melecet la kangkang. Cibaduyut tu jauh ke selatan. Selepas outer ring road Bandung.

Pemandu teksi tu ramah jugalah. Itu namanya itu. Ini namanya ini. Sampai la kami melalui stesen bas antara bandar Bandung yang menempatkan bas untuk ke Jakarta. "Kalo mau ke Jakarta, bis nya ambil di sini." terang pemandu teksi tu. "Oh.. Berapa lama pak kalo naik bis ke Jakarta." aku buat soalan untuk dia. "Oh.. Kalau ga macet, kurang lebih 2 jam, 3 jam. Kalo macet, 5 jam, 6 jam." jawabnya. "Kalo fi nya. Berapa?" sambung aku lagi. "Lima puluh ribu" jawab drebar teksi itu dengan konfiden. Tiba-tiba Arai yang duduk di belakang menyampuk dengan konfiden. " Lima puluh ribu sudah sampai ke Jakarta? Ini lima puluh ribu dari Merdeka ke Cibaduyut aja." Pemandu teksi tu senyum kerang busuk. Boleh tahan gak ko kan Arai. Dalam diam-diam ko kat belakang tu.

Kami sampai Cibaduyut dan benar, kawasan ini penuh dengan kedai kasut. Aku terbeli tiga pasang kasut kat sini. Sepasang kasut office dan dua pasang sneakers. Harga yang aku dapat antara RM25 sampai RM30. Si Arai kuat tawar menawar boleh dapat RM18. Tak koser aku nak tawar menawar. Hidup mesti mau eksen. Boleh? Hahaha. Padahal, asal tanya harga, ayat susulan dari aku pastinya "Bisa nggak dikurangin?"

Tiba-tiba aku didatangi seorang penjual pen. "Mas. Beli mas. 20 ribu.". Kepala hangguk engkau. Pen sebatang nak jual RM8. "Bisa ditulis nama. Buat hadiah." Erk. Aku perhati pen-pen lain yang dia bawak. "Di mana mau ditulisnya?" aku kehairanan. "Di sini. 10 minit mas." Penjaja berjalan itu mengeluarkan bateri basah kecik dari begnya dan wayar, dan klip positif negatif yang kecil dan cumil, dan sebatang pen pengukir. Wow! Hebat! "20 ribu itu sekali dengan tulis nama?" aku bertanya. "Iya mas!" jawabnya. Wahh. Mau! Mau! Mau! "Tuliskan namanya di sini ya." ujar si penjual pen sambil menghulur notepad.

Wau. Seni dia halus. Tulisan dia cantik. Macam diukir dengan mesin. Orang Indonesia terus terang amat kreatif dan gigih mencari rezeki. Tak macam orang Malaysia. Macam aku contohnya. Melukis, mewarna, merekabentuk, mendesign bangunan, mengimaginasi pemandangan indah-indah, semua aku boleh buat. Tetapi dok opis kerja gomen jugak akhirnya. Nak buat macammana, negara baju berkolar.

"Er... Saya mau lagi satu." ujar aku selepas selesai ukiran nama aku sendiri tadi. Dia menghulur kertas. AMIR ALI RABBANI. Nah. Siapa tu? Ntah. Aku tak kenal dah hari ini walaupun pen tu ada dalam almari kat rumah. Sapa rasa dia punya, sila datang tuntut.

Siap dua pen. Aku promote kat Arai. "Ah.. nak bagi sapa. Tak nak la." kata dia lagi. "Wei ko kata, nak cari benda yang takda kat Malaysia. Benda ni memang takde la. RM8 je kot. Takde awek, kasi la mak ke, bapak ke.." aku convince dia lagi. "Hmm.. Ok.. Ok.. " jawab Arai sambil mengambil kertas. Jalan Cibadutut yang berhabuk tu merimaskan lens aku. Aku melempar pandangan pada apa yang ditulis Arai. DATUK ABDUL BLA BLA BLA BLA. La.. anak Datuk rupanya. Takpelah, aku pun anak datuk gak. Datuk 10 cucu. Siap. Kami terus ke gerai seberang jalan. "Eh kau taruk nama sapa kat pen tadi? Awek?" aku tanya dalam dalih. "Eh. Takde lah. Aku kasi bapak aku." jawab dia. OK. Fine. At least dia ingat aku masih tak tau.

Seberang jalan tu, aku lepak sembang dengan laki bini jual anak patung. Aku berkenan dengan patung singa tengah duduk. Tapi panjangnya dekat 1 meter kot. Macammana nak usung balik? Harganya RM35 je. Kemudian aku terpandang patung-patung Upin dan Ipin. Ya ampun. Kat Malaysia takde kot. Mesti beli! Mesti beli! RM7.

"Orang Malaysia kan? Kalau di sini, anak-anak suka sama Upin Ipin." ujar bini peniaga tu. "Oh. Upin Ipin tu kalau di Malaysia kurang yang nonton! Anak-anak semua nonton kartun bule.." jawab aku selamba. "Masa sih di negara sendiri nggak ngetop. Gimana ya?" tanya dia lagi. Aku terkedu. Sebab terburuk-burukkan negara sendiri yang hakikatnya memang dipenuhi manusia beratitude buruk. Huhu.

Jl. Cibaduyut Raya


Motep ambik gambar curik!


Salah satu dari berpuluh-puluh toko sepatu di Cibaduyut.


Waa. Nak Singa tu. Tapi motep aku nak usung naik kapal terbang?


Upin dan Ipin yang glamour di Indonesia.



Aku ngan Arai decide nak blah dari situ. Masalahnya, takde teksi. Semuanya Angkutan Kota. Bab-bab berhimpit, tukar-tukar route, aku tak hadap la. Tiba-tiba ada satu teksi. Aku pun tahan. Yes. Kami pun mohon untuk di bawak ke Money Changer berdekatan. Money changer lagi? Haha. Buat spare. Money changer paling utama kat Bandung terletak di Alun-Alun. Dia punya sign board boleh nampak berbatu-batu. Aku tukar RM200 je. Terus ke Jl. Dago balik dan hujan lebat turun buat pertama kali sepanjang aku kat Bandung. Kami mintak dihantar ke restoran Gampong Aceh di Jl. Dago. Makan time. Hehe.

Kami jalan kaki balik ke Puri Gardenia. Wau. Sejuk amat! Inilah Bandung yang sebenar kot yang konon-kononnya sejuk tu. Harap hujan baru sejuk ke?

Selesai mandi, kami keluar lagi. Arai nak ke Alun-Alun balik. Nak cari CD. Kami ambik teksi ke sana. Sampai sana macam pasar malam. Cuma jam 9.00 semua pakat kemas nak balik. Kalau sini matahari tenggelam pukul 5.30 petang, 9.00 malam tu dah macam jam 11 malam kot kat Malaysia ni.

Aku beli belt kulit 2, belt kanvas 2. Semua sekali RM10. Hehe. Kemudian kami lepak kat dataran Masjid Raya Bandung. Kami pun terpengaruh dengan lastik lampu berkipas yang dijual di situ. Aku sempat beli 4 set. RM10. Huhu. Lepas pada itu, kami ambik teksi untuk... Arai nak pergi pijit-pijit pulak!

Macam biasa (biasa la sangat), di ke area Cibadak, aku ke Jl. Merdeka. Jumpa kat CC tu nanti lepas urusanmu selesai. Lepas turunkan Arai, aku sembang-sembang dengan drebar teksi yang gayanya, lebih muda dari aku. Aku mintak dia datang ke Puri Gardenia untuk jam 4.30 pagi satgi untuk hantar aku ke airport. Dia setuju. Tetapi... "Kalau pagi gitu ya mas, argon ga dipakai, ya mas." ujarnya. Aku paham. "Kalau 50 bisa nggak?" aku sengaja letak harga. "Mas, pagi kaya gitu, saat enak-enak tidur tu.. lebih dikit mas.. kalau 70 gitu.. bisa nggak?" tanya dia. Amboi. Demand hang kan? "OK.OK.Tapi Jam setengah empat ya mas." jawab aku.

Aku turun di depan Bandung Indah Plaza yang dah lengang, dan terus ke KFC yang hingaq. Belanda tengah main. Punya la ramai penyokong Belanda. Oh Lupa. Indonesia kan merdeka dari Belanda. Lepas melantak Yakiniku, aku ke CC di premis tak jauh dari situ. Dalam jam 11, Arai sampai. Kami online kejap. Kemudian kami decide untuk jalan kaki pulang. 2.3 km tu. Takper. Sekali sekala. Sejuk-sejuk camni.

Tiap kali melintasi budak-budak melepak kat gerai haram atas tempat pejalan kaki, aku akan buat-buat sembang ala-ala orang Indonesia dengan Arai. Untuk keselamatan diri. Wakaka. Kami singgah lagi di Gampong Aceh untuk pekena kopi. Kemudian kami teruskan perjalanan.

Empat hari di sini membuatkan aku kadang-kadang tersasul ngobrol Indonesia dengan Arai. "Ko jangan cakap Indon boleh tak. Aku rasa macam nak pukul je." Arai menunjukkan rasa kurang senangnya. Hahaha. Jam 12.30 kami sampai ke penginapan. Sebelum tidur, aku salam ngan Arai, mintak nombor phone dia. Flight aku 6.05 pagi japgi. Flight dia jam 12.00 tengahari. Aku pun kemas-kemas barang, dan landing atas katil.

Tak sampai 5 minit lelap (ikut otak aku), telefon bilik berdering. "Pak, taksinya udah tunggu." Haiyo. "Jam berapa sekarang, pak?" aku tanya receptionist tu. " Sudah perempat empat." jawabnya. What? 4.15? Aku terus salin baju. Tak mandi kot. Sejuk nak mampos. Takde air panas. Ko bayar murah nak air panas bagai! Lebey la! Jam 4.30 aku terus ke lobi.

Teksi mamat tadi dah ada kat luar. Rupa-rupanya dia dah dok situ dari pukul 3 pagi. Siap tidor dalam teksi. Kami bergerak ke airport. Tak sampai 15 minit, kami dah sampai airport.

"Nah, 100. Bakinya, sedekah saya buat kamu." ujar aku. "Hah? Terima kasih. Terima kasih mas. Moga selamat sampai mas." jawab mamat teksi tu dengan gembira sambil lekas-lekas keluar tolong aku angkat beg. Airport masih sunyi. Ces.

Dekat jam 5.30, barulah kaunter check in bukak. Sempat memerut lagi. Beg yang aku galas cukup berat ditambah dengan beg kecik yang berisi kasut empat pasang. Aku letak beg kecik ke bagasi yang aku beli up to 15kg. Haik. Baru 3 kg. "Kalau yang itu ga mau di masukkan? Yang beli 15kg. Aku letak beg aku yang berat nak mampuh tu. Hah! Ngam-ngam 15kg. Pandai mamat kaunter tu. Berlenggang aku masuk pesawat!

Pesawat berlepas ikut waktu. Cuma 4 hari, tapi aku dah mula suka dengan Bandung. Kepenatan aku tak terasa langsung bila mengenangkan semua pengalaman aku kat sana. CUMA, bila pikir balik yang kejap lagi, sampai LCCT, kena balik rumah, mandi, pakai baju kerja, masuk ofis, terus penat tu datang bagai nak rak.

Airport Husein Sastranegara. Ia sebenarnya merupakan lapangan terbang tentera udara yang dipinjam.


Apapun, tahniah lah kat diri aku sebab berjaya menyelesaikan Kembara Ke Bandung tanpa booking hotel, tanpa persediaan study itu ini. Yang pasti, aku akan kembali lagi.

Esok, 23.07.2010, aku akan terbang lagi. Kali ini ke Semporna, Sabah. Wah. Mengembara la kau di alam nyata sebelum engkau dikembarakan ke alam barzakh. Huhuhu.

Wednesday, July 21, 2010

Kembara Ke Bandung V

Pagi Ahad, 27.06.2010. Aku macam biasa bangun awal, subuh, tidur balik kejap sambil TV terpasang, kendian turun breakfast, naik balik, mandi air panas, isap rokok sambil tengok TV Indonesia yang malam tadi penuh dengan rancangan hiburan. Pagi pun ada konsert live. Hebat!

Matahari dah naik. Arai di bilik sebelah aku taknak ganggu. Haha. U know what I mean la kan. So aku pun melangkah keluar hotel ke pinggir jalan. Pergh. Hari minggu pun sibuk lalulintas. Memang Bandung hujung minggu akan jem. Sebab ia juga menjadi destinasi percutian orang-orang Jakarta. Jadi, banyaklah kereta bernompor plet pangkal B yang mewakili Jakarta. Kalau Bandung, pangkal huruf depannya ialah D.

Aku jalan kaki dalam dingin pagi yang disulam hangat mentari jam 8.00 pagi itu. Suasananya macam jam 10.00 pagi waktu Malaysia la. Sorang-sorang je la. Senang buat keputusan. Tak gituh? Aku nak pergi Pasar Baru. Ya. Berdasarkan peta, aku akan sampai ke situ sebelum lutut tercabut. Tak jauh la kan? Wakaka.

Sampai jugak aku ke Pasar Baru. Sebuah mall yang bapak besar. 8 tingkat ader. Lebar je dah 50m. Panjang membawa ke 100 m. Woi. Besar tu. Aku pun masuk dan, erk. Penuh orang. Kedai-kedai sedang dibuka. Harga jualan murah murah! wah! Wahhhhh!

Kenapa aku sampai Rumah Mode dan Cihanpelas dulu? Kenapa aku tak sampai sini dulu! Ades. Aku sempat beli sepasang kasut dan 3 helai baju, sebelum keluar cari rokok kat mart seberang jalan. Kat sini, Dunhill susah nak jumpa. Marlboro kotak merah dia memang terbaik. Harga Rp 10.500. Kekira RM4.00.

Kendian, aku pun lepak pekena Es Campur. ABC versi Indonesia. Terpengaruh gak aku ngan propa pak supir taksi semalam. So aku feeling-feeling Gobenor Jabar (Jawa Barat) yang berjiwa rakyat. Lepas tu, terus aku tahan teksi mintak hantar ke hotel.

Sesampai di hotel, jam dah 11.30 pagi. Ah. Terlupa! Aku terlupa yang aku nak lukis potret kat mamat tepi jalan on the way aku menapak ke Pasar Baru tadi. Lain kali je lah. Aku tanya kat receptionist hotel tu kat mana ada salon. Aku nak gondolkan kepala. Rimas. Letaknya celah lorong nun di sebalik lorong sana. Baik.

Aku pun ke sana. Puas gak la aku mencari. Akhirnya jumpa. Wah servis bagus. Siap ada tuala panas lap kepala bagai. Cuma dia pelik. "Mau habisin?" tanya dia. "Iya! Gundulkan!" jawab aku. Memang pelik kot bagi dia. Sebab memang payah nak jumpa pria gondol kat Bandung ni. Cuma yang aku seriau, pisau cukur dia masih lagi pisau asah kat 'belt'. Ala-ala barber 80an kat Malaysia. Euuuu. Redho lagi.

Punya la lama dia godek kepala aku, aku dah tak senang hati dah. dah lepas pukul 12. Aku bukan tau sistem kat sini. Entah-entah depa tereban barang aku keluar. Ye la, check out kan jam 12. Sampai lobi si Arai dah dok kat sofa. "Woi hang pergi mana? Aku ingat dah check out!" ujarnya. Sampai ke lobi terus aku naik atas, mandi dan angkat bagasi semua, terus serah ke kaunter. "Maaf ya, telat dikit" ujar aku dengan senyum kerang. "Eh.. Ga apa apa. Jam 1 pun ga apa apa." jawabnya. Ces ponek den jalan macam kartun.

Aku ngan Arai check out dari Hotel Kumala. Next destination? Arai cadangkan Hotel Puri Gardenia, Dago. Ikut je lah. Aku tak suka sewa bilik mahal-mahal. Duit lebih mulia dihabiskan untuk shopping daripada untuk sewa hotel tempat semata-mata untuk tidur je. Mau nyer tak. Celik mata, merayau. Balik hotel tidur. Celik mata merayau.

Hotel Puri Gardenia, Jl. Dipati Ukur, Bandung.

Kami naik teksi ke Jalan Dipati Ukur. Kawasan student. Sebab kat sini terletak Universiti Padjajaran. Katanya dek orang sini, sana banyak student Malaysia. Ada aku kesah? Apa pentingnya dorang kat aku di sini. Aku pun check in. Wau ada bilik Rp 100.000 semalam. Tingkat atas sekali. Bilik air asing. Takde aircond. Apa payah aircond. Sejuk kot Bandung ni memalam. Apa lagi. Ambik 2 malam la. Arai dapat bilik mahal sikit. Rp200.000 semalam. Bezanya, luas sikit, katil besar. Woo Woo.. Lambat. Aku dapat dulu bilik murah!

Tepi simpang masuk Dipati Ukur - Dago berhampiran Jembatan Layang Dago.

Lepas tu kami terus minum kat food court depan tu sebelum kami nak ke Pasar Baru balik. Yer la. Si Arai nyumpah aku sebab tak ajak dia pagi tadi. Kami ke Pasar Baru sekali lagi. Kali ni aku teman dia je la. Tapi dalam teman-teman tu terbeli jugak sehelai baju lagi. Tiba-tiba terdengar azan Asar. Aku suruh Arai tunggu kat kedai tu aku naik atas cari surau. Rupa-rupanya surau tu kat atas bumbung! Gerrand. Pemandangannya indah sekali. Seluruh Kota Bandung di bijik mata aku.

Depan Pasar Baru Trade Center, Bandung.

Pemandangan Bandung arah Timur dari bumbung Pasar Baru.

Pemandangan Bandung arah Selatan dari bumbung Pasar Baru.

Pemandangan Bandung arah Timur Laut dari bumbung Pasar Baru.

Posing maut. Sebab apa maut, sebab belakang aku ada pemancar telefon. Memang tumor otak la kalo dok lelama situ.

Lepas solat aku cari Arai, aku ajak dia naik atas. Maka bergambar la kami kat atas tu. Lepas tu masa turun, masa aku dok belek-belak baju, si Arai gatal lak pi belek baju kedai lain. Penyudahnya hilanglah dia dari pandangan aku. Aku tunggu kat depan mart seberang jalan memandang pintu keluar Pasar baru. Dekat nak setengah jam, hari makin gelap. Habuk lalulintas tu aku dah tak tahan dah. Aku decide blah je. Aku jalan ke lorong belakang. Belok kiri. Jalan dan jalan. Erk. Jalan tu sunyi. Hari makin gelap. Cuak pulak. Nak dijadikan cerita, ada teksi lalu, aper lagi, tahan la. Hahaha.

Sampai kat hotel, aku pulak nyumpah dia. Haha. Ambik. Lepas mandi kitorang makan kat Dapur Bebek. Makan nasi ngan itik salai. Sedap nyer. Gambar takde. Si Arai tak upload lagi kat FB dia. Lepas tu kitorang terus ke Jl. Merdeka. Cari internet. Si Arai cari CD. Aku bukan mat CD CD ni.

Kat sinilah aku terpaksa idupkan kembali FB Fasleigh Muhammad aku. Sebab masalah authenticate FB nama penuh aku. Huhu. Mesti orang tuduh aku propa. Lantak la. Bukan usik teloq depa pun. Lepas tu, kami balik. Tidor. Malas nak melayan hiruk pikuk penonton World Cup yang merata-rata kasi hingaq.

Kembara Ke Bandung IV

Lepas aku balik dari money changer, kami kembali ke Jl. Cihanpelas. Tips lagi untuk anda yang ingin ke Bandung. Pemandu teksi merupakan penyampai informasi yang paling bagus sekali. Haha. Rajin-rajinlah bersembang dengan mereka dan mereka pula sangat suka bersembang dengan orang Malaysia.

Si Arai nak borong kaos cenderamata. Ala-ala baju souvenir la. Gerai je. Bukan kedai. Sepasang laki bini dan anak mereka yang kecil sedang berniaga. Wow! Baju sehelai Rp 10.000? Itu RM3.70 namanya. Si Arai sibuk memilih baju dengan banyak sekali. Murah betul hati dia. Semurah baju-baju souvenir.

"Dari Malaysia mas?" tanya akak tu. "Iya" jawab aku. "Ehh... Upin dan Ipin nya mana?" tanya nya lagi. Suster ngesot betol! Mentang aku botak. Dia sengih-sengih sambil tunjuk aku kat anak dia. "Ini, suka sama Upin Ipin." sambil tunjuk anaknya. Oh ye ke? Ade aku kesah. Kamu telah insult aku tau tak. Benci.

Kami berlegar lagi di Jl. Cihanpelas. Aku cari musola. Ada la satu. Kiblatnya arah Barat terus? Waduh. Aku sengetkan sejadah arah Barat Laut. Redho je lah. Macammana aku boleh tau mana barat mana utara? Tengok peta la bai. Duhh!

Jam 4.00 petang. Perut lapar. Kami terus ke Nasi Ampera berhampiran dengan simpang empat flyover. Lumayan. Nasi tak berkuah. Petai nya besar-besar. Kami makan dengan kurang lahap. Sebab takde lubricate. Itu ini itu ini, ka-ching, Rp. 50.000. Aik? Macam tu punya melantak dua orang baru RM18? Kami lepak situ dekat nak sejam sebelum aku ambil keputusan untuk ronda-ronda. Haha. "Jom, kita bayar teksi Rp 50.000, ikut meter, suruh dia bawak kita ronda. Aku belanja" aku bagitau Arai. "Jom! Jom! Aku tak kisah!" jawab dia. Memang la kau tak kisah. Aku punya rupiah.

Mentekedarah di Nasi Ampera, Cihanpelas.

Kami ambik teksi kat tempat kami ambik teksi tengahari tadi untuk ke money changer. "Pak, ikut argonnya, sampai lima puluh ribu, bapak bawak aja kami puter-puter" aku bagitau kat supir teksi tu. "Iya. Iya." jawabnya suka.

Kami meronda sambil sembang-sembang. Pak supir taksi tu nampaknya pembangkang kat sana. Ala-ala orang Pakatan Rakyat kat Malaysia la. Topik mula-mula pasal Manohara. Alamak. Ini berat. Aku selamba tempelak Manohara depan dia. "Tolol ya pak itu Manohara. Masa sih kahwin sama pengiran sinting." aku ambil langkah neutral. " Iya. Pasti yang dimahuin, uwangnya." jawab supir taksi itu. Lega.

Topik kedua tentang pergeseran Indonesia Malaysia. Ketika itu kami menghampiri Paris Van Java. Tapi drebar teksi tu tak syorkan pergi situ. Sesak dengan manusia. Dan sesak dengan budak-budak jahat suka gaduh-gaduh.

Pendapat kami sama. Malaysia dan Indonesia diadu dombakan oleh tangan tersembunyi. Pemandu teksi itu terdiam bila aku ceritakan tentang sebab utama Malaysia dan Indonesia ingin dilihat berperang ialah, kedua-dua negara, tiada hubungan diplomatik dengan Israel. Malah pengkalan Israel luar negaranya hanya terdapat di Singapura dan rahmat beragama Islam mungkin akan menyatukan kedua-dua negara dan Singapura tidak rela akan terjadinya perkara ini. Hebat ke hipotesis aku? Hantam sajalah.

Topik ketiga tentang Ariel dan Luna Maya. Kata bapak teksi tu, itu mainan pemerintah yang mahu alih pandangan rakyat dari piliharaya kepala dareah yang penuh kontroversi. Katanya, jika Ariel bersalah, masakan ramai artis datang memberikan dokongan kepadanya. Wah. Gila artis gak orang tua ni. Katanya lagi. Orang kampung pun boleh nampak yang badan Ariel besar kepalanya kecil dalam video itu sedangkan Ariel sebenarnya memiliki kepala yang besar. Bukan kepala butuh yer. Kepala atas.

Sambil melalui Muzium Geologi dan Gedung Sate, pak pemandu taksi tu pun menjadi pemandu pelancong sambilan. Terangnya lagi, di Bandung, keadaan sangat harmonis. Gubenurnya boleh minum-minum di tepi jalan. Tak seperti di Jakarta. Oih. Aku lagi standard dari Gubenur Jawa Barat la gamaknya. Sebab loya tekak uols ngan gerai tepi jalan. Wakaka.

Kami pusing lagi. Sambil sembang-sembang pasal jalan sempit, pemandu teksi menceritakan tentang sikap kerajaan yang lepas tangan dalam soal pampasan untuk kerja lebarkan jalan. Tetapi pada masa yang sama mempertikaikan tentang binaan yang memasuki tanah simpanan jalan. Apa ko nak cakap sebenarnya pak?

Kami ditunjukkan Bandung Mall yang sangat besar. Itulah gedung terbaru di Bandung. Ah. Jam dah 5.30. Matahari dah tenggelam. Meter dah mencapai Rp 65.000. Pandai kan bapak supir ni. Kami pun terus pulang ke Hotel Kumala.

Sebelum pulang, pemandu teksi itu meluahkan perasaan curiganya kepada orang Cina Indonesia yang padanya menjadi punca pertikaian Malaysia dan Indonesia selama ini melalui media yang mereka kuasai. Aku diam je. No komen. Katanya "Ada kawan saya, Cina Muslim, bilang sama saya, hati-hati dengan kaumku yang bukan Islam. Mereka tak akan membiarkan kamu hidup aman." Pergh!

Sesampai di bilik, aku bukak TV. What? Gempabumi 6.2 skala Richter kat Tasik Malaya. Rupa-rupanya masa kami puter-puter naik taksi tadi, berlaku gempa bumi. TV tunjuk orang berhamburan keluar dari mall di Bandung. Ala. Tak dapat pulak experience tu.

Malam tu, aku ajak Arai keluar lagi. Mana? Cihanpelas lagi! Kali ni kami naik Angkutan Kota. Van kecik yang dijadikan pengangkutan awam. Van ini melalui route yang ditetapkan dan merangkumi jalan-jalan utama sahaja. Terdapat 4 laluan dan beribu-ribu operator. Pantang nampak orang jalan, dihonnya suruh naik walaupun dah takde tempat duduk tu. Ko ingat aku bawak tikar mengkuang nak suruh duduk atas lantai?

Tapi mas yang bawak Angkutan Kota tu over pulak peramahnya. Siap offer pelacur. Maka aku jadi perantara la antara sang bapak ayam dengan sang pelanggan yang you know who. Hahaha. "Saya ga bisa mas. Sudah ada perjanjian sama isteri saya." matilar ayat lepaskan diri.

Cihanpelas waktu malam.

Awek kedai baju yang sporting.

Awek-awek ni siap paksa aku beli sim card Indonesia. Tapi. Maaf. Dunia kita berbeza. Gitew.

Selepas jalan-jalan Cihanpelas, mas Angkutan Kota itu datang balik ambik kami di jalan masuk ke Cihanpelas Walk. Dia membawa kami ke kawasan di mana pelacur menunggu di tepi jalan. Wah.

"Kalau di Malaysia ya mas. Yang kaya gitu, bencong semuanya" ujar aku kepadanya. Dia melopong. "Iya sih?" sahutnya sambil ketawa. Memang pon. Mana ada pelacur beroperasi tanpa bapak ayam yang promote kat tepi jalan di Malaysia ni kan? Hahaha.

Last sekali, kami pulang berempat. Hahaha. Ko kiralah sendiri berdasarkan algebra yang ko telah pelajari. Malam tu aku tidur awal.

Kembara Ke Bandung III

Pagi Sabtu, 26 Jun 2010. Aku terjaga awal. Solat Subuh. Awalnya Subuh kat sini! 4.39 pagi! Alaa.. Baru feeling-feeling nak tidur nyenyak atas tilam spring. Merasolah aku tidur 3 jam je. Sebab gagal menyesuaikan diri dengan waktu Pulau Jawa. Lepas Subuh, aku layan berita-beriti kat TV. Untungnya orang Malaysia sebab faham bahasa Indonesia. Jangan terkejut, ramai orang Indonesia kurang memahami Bahasa Malaysia. Pelik tapi benar.

Lepas makan pagi yang berupa maggi goreng dengan kopi panas dan fresh oren (kordial je kot), aku pun melayan Piala Dunia ulangan kat lobi. Pantai Gading? Negara Melayu mana tu dalam World Cup? Oh! Itu Ivory Coast dalam bahasa Indonesia. Hehehe. Apa-apa je lah. Aku pun naik ke bilik layan citer Spongebob bahasa Indonesia.

Jam menunjukkan 8 pagi dan aku call bilik Arai ajak dia keluar. Dia nak tidur lagi. Cis. Pukul 10 aku call lagi. OK. Siap. Kitorang pun jalan arah Barat menuju haluan yang tak pasti. "Kita nak pergi mana ni?" dia bertanya. "Entah. Jalan je." aku jawab. Kami terus berjalan sampai depan Masjid Raya Bandung yang famous amous cookie itu.

Pemandangan pagi Sabtu kat area situ tetap banyak kereta. Ada makhluk-makhluk gelandangan compang-camping, ada orang-orang kaya yang bawak Afansa (sebutan untuk Avanza). Kaya ke? Banyak sangat Avanza kat sini. Rupanya harga dia sama dengan sebijik Viva kat Malaysia. Dengki pulak saya.

Jl. Asia Afrika, Bandung, arah Timur jam 6.05 pagi

Masjid Raya Bandung, Alun-Alun.

Sampai di satu deretan kedai, kami menyerah kalah dengan langkah pagi yang malas. Kami terus jumpa sekumpulan supir taksi Koputra yang teksi-teksinya menggunakan Proton Wira. Kami ke Rumah Mode. Famous la konon F.O.S. ni dalam ratus-ratus Factory Outlet kat Bandung ni. Kami di caj Rp 50.000. Hoi RM18 tu! Takpe. Sedekah.

Tips kat Bandung ni yer, kalau nak tau, naik teksi jangan tanya berapa. Alamatnya, anda akan dapat harga yang sakit hati. Naik terus duduk je. Nanti drebar akan tekan meter. Ikutkan kalau pakai meter (yang disebut argon), dalam Rp 25.000 je kot dari Alun-Alun ke Rumah Mode. Takpe. Bantai je lah.

Rumah Mode. Haiyo. Ia merupakan kompleks gerai-gerai cantik yang menempatkan sebuah kedai Factory Outlet yang gede. I mean besar. Baju-bajunya murah kot. A|X sehelai baru kira-kira RM20.

Eh.. eh.. Malu-malu biawak pulak kau kan. Ye lah u all, memilih baju ngalahkan pompuan.

Jam 11.30 kami keluar, aku beli baju sehelai je kot. Jenama Boss. T Shirt kolar. T-Shirt disebut Kaos dalam Bahasa Indonesia. Terus kami nyeberang jalan untuk ke Restoran Minang. Aku melantak manakala Arai melihat. Kejam. Lepas tu, kami decide untuk ke Dago. Apa binatang yang ada kat Dago? Aku tak tau. Aku tak study Bandung. Arai yang study Bandung. So aku ikut dia je la.

Aku rasa bersalah pulak sebab masa aku tahan teksi, teksi tu memintas seorang cewek yang tengan naik skuter. Tapi memang hebat penunggang kat sini. Awek tu brek mengejut sambil hon dengan marah. Tapi apa dia kesah dek pemandu teksi tu. Memang hon tu muzik jalanan kat sini. Fuh.. Kalau kat Malaysia, dah sah berlanggar.

Kami tersangkut dalam macet. Lalu bapak supir taksi itu buat u turn selamba opah belah menantu dia. Bingit dengan hon la. Apa lagi. Teksi kami memintas membelah Jl. Cihanpelas. Wau! Wau! Jl. Cihanpelas banyak kedai barang-barang stylo! Menurut pak supir, orang-orang Jakarta penuh di sini waktu hujung minggu beli dressing. Aik. Haha.

"Pak. Di sini aja ya pak. Di sini aja." Aku bagitau pemandu teksi tu. "Ga mau ke Dago?" tanya dia. "Di sini aja." balas aku lagi sambil aku dok sembang dengan Arai betapa sepatutnya kita sampai di Jl. Cihanpelas dulu lebih baik dari Rumah Mode. Teksi memberhentikan kami di simpang masuk ke Cihanpelas Walk. Tambang Rp 16.000 je. Pakai meter. Murah ler.

Jl. Cihanpelas yang menempatkan kedai-kedai baju sylo, mylo, milo, oligokoko, apo-apo sajolah.. Sylo gak orang tua tuh. Itu pemintak sedekah tu...

Sebuah kedai yang agak gerrand di Jl. Cihanpelas.

Oh. Great. Aku beli tiga helai T-Shirt, dan aku jalan naik turun bukit landai Jl. Cihanpelas tu. Ah. Tak puas. Rupiah dah abis. Tukar lagi. Jenuh tanya kat mana money changer, semua bank tutup. Jauh kata mereka. Atas san, di Jalan bla bla bla.. Ko ingat aku orang sini? Cam kewak je. Kami ambik teksi, dan terus mintak supir tu cari Manichandran. Eh. Money Changer.

Tukar lagi. Semalam kat LCCT dah tukar RM500. Ini RM500 lagi. Ni semua hotel cap kapak tu punya pasal. Erk. Bos panggil. Sambung jap lagi.