Showing posts with label cuaca. Show all posts
Showing posts with label cuaca. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

Salji Landa Australia Di Musim Panas!

Dunia nak kiamat agaknya. Awal musim panas di Australia diselubungi salji! Salji yang turun kelmarin adalah bawaan angin sejuk dari Antartika sehinggakan beberapa tempat di negeri New South Wales dan Victoria diselubungi salji setebal 10cm.

Biasanya, Disember adalah musim panas dan kering sehinggakan berlaku kebakaran hutan yang meragut nyawa.

Setelah dilanda kebakaran hutan yang membunuh berpuluh-puluh orang beberapa ketika lalu, Australia dikejutkan pula dengan salji di musim panas.

Gambar dibawah ialah keadaan Charlotte Pass di New South Wales semalam.

Friday, November 19, 2010

Hujan Sepanjang Jalan

Seronok sangat berhujan kan, nah kau, dibagi hujan sepanjang jalan tadi. Aku gerak dari Ipoh balik ke KL jam 4.30 petang. Hujan lebat membasahi Tambun, Ipoh. Masuk je highway, hujan makin lebat. Akhirnya jadi rekod aku bawak kereta dari Ipoh sampai Tg Malim dalam hujan yang amat lebat. Syukur tak ada benda tak baik berlaku. Yer la kan. Seriau sangat. Banyak kes kemalangan maut sekarang bukan kat jalan lama, tapi kat lebuhraya.

Contohnya malam raya kelmarin, highway jem teruk. Aku nak keluar dari highway di Tg Malim, jem. Aku berubah ke Tol Behrang. Jem jugak. Aku pun ubah ke Tol Slim River, lagi jem penuh dengan lori. Sempat jugak aku mengelak dari beratur belakang lori dan terus keluar di Sungkai untuk makan di Bidor. Sejam selepas tu, 4 beranak maut dirempuh treler di Tol Slim River, tempat aku elak beratur belakang lori sebelum tu. Tragik bukan?

Sebab tu la perjalanan aku balik diiringi doa restu ayahnda bonda yang bising sebab aku nak balik KL dalam hujan. Macam tau-tau je kan hujan sepanjang jalan. Akhirnya aku selamat sampai Putrajaya.


Simpang Pulai

Tapah

Slim River

Tol Jalan Duta


Friday, November 12, 2010

Hujan Pagi Yang Best (Part III)

Huhuhu. aku tak boleh tidak, mesti suka untuk menikmati hujan pagi. Lantaklah aku lambat gi kerja ke (kalau naik public transport la) atau keter aku berlanggar ke (dulu-dulu la), hujan pagi tetap menjadi pujaan hatiku. Tak tau la kenapa. Dah tiga posting hujan pagi hari ini. Bawah ni adalah antara gambar-gambar masa aku ke ofis pagi tadi jam 8.00.





Dan aku tak tahu kenapa aku suka hujan pagi. Bila aku track balik, memang sejak dulu lagi aku suka hujan pagi. Kalau time sekolah, hujan membuatkan orang malas. Tapi aku akan sungguh-sungguh nak pergi sekolah. Hairan tak hairan ler.

Sepanjang tumbesaran aku sebagai seorang yang sihat dan kuat sekarang, dulu-dulu aku selalu main hujan pagi. Mak aku kasi main hujan asalkan dalam musim hujan. Kalau hujan yang jarang turun, boleh kena rotan oo kalau main hujan.

Hujan Pagi Yang Best (Esoknya) !!

Semalam aku bercerita tentang hujan pagi yang makin kerap. Yer lah. Sejak aku kerja kat KL ni, pernah dalam tahun 2006 kalau tak silap, hujan pagi cuma 3 hari je dalam tahun tu. Tapi tahun ni, aku tak leh nak kira dah.

Ini imej cerapan dari Jabatan Meteorologi. Kelihatan Selat Melaka dihujani menyeluruh hingga ke dalam Sumatra. Pagi ini angin bertiup agak kencang, dan saat aku taip ni, hujan renyai dah sampai Putrajaya.

Panjang kawasan hujan tersebut dari pantai Melaka sampai Pantai Kedah. Kira-kira 700km . Kelebarannya aindaikan purata 100km, Kawasan yang sedang hujan itu meliputi 70,000 km².

Wah, kawan-kawan, itu lebih dari keluasan negeri Pahang!

Mujur angin bertiup dari Utara. Kalau dari Barat? Tapi awas, cuaca ekstrim boleh merubah angin bila-bila masa.

Orang kata, cuaca dah makin ekstrim! Itu menunjukkan cuaca mula ekstrim selepas manusia asik makan aiskrim. Apa kaitannya? Ntah!




Imej radar jam 6.00 pagi tadi


Update 7.00 pagi : Angin betukar ke barat laut. Kemungkinan pagi ini hujan lebat. Best!