Showing posts with label bencana. Show all posts
Showing posts with label bencana. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Kematian Akibat Tsunami Jepun Adalah Padah Mengabaikan Pesanan Nenek Moyang Sendiri

Kadang-kadang, ingatan nenek moyang kita, jika dilupakan, akan membawa bencana. Itulah yang terjadi di Jepun.

Walaupun tembok batu yang kukuh tidak dapat menghalang kemusnahan yang dibawa oleh tsunami, tetapi seketul batu yang terpacak di Aneyoshi (gambar sebelah), benar-benar menyelamatkan penduduk di situ.

Batu itu tertulis 'Menetap di kawasan tinggi menyelamatkan anak cucu kita - Ingatlah bencana yang dibawa oleh tsunami besar - Jangan bina rumah kawasan bawah dari titik ini '.

Nasihat ini dipatuhi oleh penduduk Aneyoshi dan penempatan mereka terselamat dari diterjah tsunami baru-baru ini yang telah membunuh berbelas ribu orang yang mendiami kawasan yang lebih rendah dari kedudukan batu tersebut.

Dikatakan terdapat beratus-ratus batu penanda sedemikian di sepanjang kawasan pantai Jepun dengan ada diantaranya berusia lebih 600 tahun melambangkan betapa kerapnya tsunami menerpa pantai Jepun dalam satu jangkamasa yang panjang.

Setiap satunya belum tentu ditandakan pada titik yang benar-benar selamat kerana ada diantaranya yang turut hilang akibat ditelan tsunami yang berulang-ulang selama beratus-ratus tahun.

Salah satunya menyebut, 'Beringatlah tentang tsunami saat digoncang gempa bumi'. Dalam kemodenan dan hiruk pikuk masyarakat moden Jepun, segalanya dilupakan. -- AP

Sunday, March 20, 2011

Benarkah Supermoon Tidak Mengakibatkan Gempa Bumi?


Anda dimaklumkan Supermoon tidak mendatangkan bencana? Bagaimana pula dengan bukti ini? Imej dari IRIS ini saya dapatkan jam 5 pagi 20/3/2011 ketika bulan telah condong bawah 45 darjah ke barat.

Gelungan merah menunjukkan gempa bumi yang telah berlaku dalam tempoh 24 jam. Terdapat 5 gempa bumi telah terjadi di kawasan Asia Tenggara dalam tempoh kurang 24 jam dan kebanyakannya berlaku dengan skala yang kecil dan kurang membahayakan.

Bermula dengan gempa 5.2 skala Richter di Taiwan jam 7.34 pagi, 4.6 skala Richter di Mindanao jam 8.36 pagi, selatan Jawa dengan gegaran 4.5 skala Richter pada jam 9.16 pagi, pulau Nias di Sumatera pada jam 10.33 pagi dengan kekuatan 5.2 skala Richter dan setakat ini berakhir di pulau Andaman yang berlaku pada jam 8.42 malam tadi dengan kekuatan 4.8 pada skala Richter.

Ia membentuk kejadian gempa yang berturutan membentuk lingkaran mengelilingi tanah air. Mujurlah kuasa gempa ini agak kecil tetapi perlu dimaklumkan bahawa : TIDAK PERNAH TERJADI BANYAK GEMPA DALAM TEMPOH 24 JAM DI RANTAU INI seperti apa yang dilihat semalam.

Friday, March 11, 2011

Gempa Luar Biasa, Jepun Dilibas Tsunami Tengahari Tadi


Imej dari NHK menunjukkan terjangan tsunami merempuh ladang di Kennesuma, Jepun setelah gempa bumi sekuat 8.9 pada Skala Richter menggegar kira-kira 130 km luar pantai di Timur Laut Jepun jam 1.46 tengahari tadi waktu Malaysia.

Susulan itu, berlaku gempa bumi di kawasan yang sama sekuat 6.4 pada skala Richter pada jam 2.06 petang, 6.4 pada skala Richter pada 2.07 petang, 6.8 pada skala Richter pada jam 2.15 petang, 7.1 pada skala Richter pada jam 2.25 petang dan 6.3 pada skala pada jam 2.48 petang.

Belum diketahui angka kematian dari kejadian gempa bumi luar biasa yang turut dirasai hingga ke Beijing dan Seoul ini.

Wednesday, January 5, 2011

Fenomena Gerhana Matahari Di Eropah



BERLIN 4 Jan. - Gerhana separuh matahari berlaku di seluruh Eropah, Afrika Utara dan Asia Tengah hari ini, walaupun ia dilindungi awan tebal di kebanyakan bahagian di Eropah.

Gerhana matahari berlaku apabila bulan bergerak antara bumi dan matahari, yang kemudiannya melindungi sinaran matahari. Dalam kes gerhana separuh, matahari akan hilang menjadi rupa seakan bulan sabit.

Gerhana itu yang merupakan pertama tahun ini, begitu ketara di Sweden pada kira-kira pukul 8.30 pagi (3.30 petang waktu Malaysia) dan berlangsung di utara sehingga pukul 10.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia).

Orang ramai yang mendongak ke langit di timur Sweden dapat menyaksikan pemandangan terindah fenomena gerhana matahari itu.

Pakar astronomi menjangkakan lebih 80 peratus matahari dilindungi oleh bulan di Sweden.

Di negara jirannya iaitu Norway, gerhana itu hanya dapat dilihat di bahagian selatan negara itu kira-kira pukul 9.35 pagi (4.35 petang waktu Malaysia).

Di Jerman, gerhana mencapai tahap penuh antara pukul 9.18 pagi (4.18 petang waktu Malaysia) di bahagian selatan bandar Munich dan 9.27 pagi (4.27 petang waktu Malaysia) di Berlin.

Kesannya lebih dramatik di utara Jerman, di mana sebahagian besar matahari dilindungi bulan.

Di kebanyakan negara di Eropah bagaimanapun, fenomena itu dilindungi awan, menyebabkan suasana gelap yang dicetuskan oleh gerhana matahari kurang dirasai.

Gerhana separa matahari dijangka sekali lagi akan berlaku pada 1 Jun, 1 Julai dan 25 November tahun ini. - dpa

Tuesday, December 21, 2010

Salji Landa Australia Di Musim Panas!

Dunia nak kiamat agaknya. Awal musim panas di Australia diselubungi salji! Salji yang turun kelmarin adalah bawaan angin sejuk dari Antartika sehinggakan beberapa tempat di negeri New South Wales dan Victoria diselubungi salji setebal 10cm.

Biasanya, Disember adalah musim panas dan kering sehinggakan berlaku kebakaran hutan yang meragut nyawa.

Setelah dilanda kebakaran hutan yang membunuh berpuluh-puluh orang beberapa ketika lalu, Australia dikejutkan pula dengan salji di musim panas.

Gambar dibawah ialah keadaan Charlotte Pass di New South Wales semalam.

Friday, December 17, 2010

918 Bunuh Diri Serentak!

Tahukah anda tentang acara bunuh diri paling besar dalam sejarah moden? Wah. Kisah The People's Temple pernah menggemparkan dunia pada tahun 1978.

The People's Temple didirikan pada akhir tahun 1970-an. Ajaran ini ditubuhkan pada 1955 oleh Jim Jones di california. Komuniti pengamal ajaran sesat ini akhirnya hidup menyendiri terpisah dari dunia di sebuah hutan di Amerika Selatan.

Susulan dari aduan orang ramai, pada tahun 1978, anggota kongres Amerika, Leo Ryan, mengunjungi Jonestown dalam misi mencari fakta.

Ketika Ryan hendak meninggalkan Jonestown bersama 18 anggota ajaran sesat yang ingin meninggalkan kumpulan itu dan mengikutnya pulang, berlaku lah keganasan.
Anggota ajaran sesat melepaskan tembakan kepada mereka yang mahu meninggalkan ajaran sesat itu. Anggota kongres Ryan, tiga orang wartawan, dan seorang anggota ajaran sesat yang mahu keluar, terbunuh.

Sebelas orang terluka. Beberapa jam setelah kejadian, pemimpin ajaran sesat memerintahkan anggota-anggotanya untuk melakukan bunuh diri besar-besaran dengan meminum potasium sianida.

kanak-kanak dibunuh terlebih dahulu. Bayi dibunuh dengan racun yang dimasukkan ke mulut dengan sedutan.

Setelah itu, 918 orang, termasuk kanak-kanak, meracuni diri mereka sendiri.

Wednesday, December 1, 2010

Over-Confident Gol Pertama? Atau Nak Kapas Sumbat Telinga?

VIVAnews - Indonesia berhasil menghancurkan Malaysia 5-1 di penyisihan Grup A Piala AFF di Stadion Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), Rabu 1 Desember 2010. Dengan hasil ini, Indonesia sementara memuncaki Grup A.

Merah Putih untuk sementara memimpin Grup A dengan poin sempurna, 3, setelah di pertandingan sebelumnya, Thailand hanya mampu bermain imbang 2-2 dengan Laos. Sedangkan Malaysia harus rela menghuni juru kunci.

Meski tampil agresif sejak menit pertama, namun tim besutan Alfred Riedl sempat dikejutkan dengan gol Malaysia pada menit 18 lewat aksi penyerangnya Norshahrul Idlan Bin Talaha.

Norshahrul mendapatkan umpan jauh dari Mohd Safee Bin Mohd Sali yang melihat posisi Norshahrul lebih bebas di antara dua bek Indonesia, Zulkifli Syukur dan Hamka Hamzah. Tanpa kesulitan Norshahrul menjebol gawang Markus.

Namun keunggulan Malaysia tak bertahan lama. Pada menit 22, Indonesia berhasil menyamakan kedudukan menjadi 1-1 lewat gol bunuh diri Mohd Asraruddin Putra Bin Omar.

Bek Malaysia ini justru mencocor bola ke gawang sendiri setelah melihat pergerakan Irfan Bachdim yang seakan-akan menyongsong bola umpan silang M Nasuha. Bola justru mendarat di kakinya dan meluncur ke gawang sendiri.

Gol bunuh diri ini langsung melecut semangat Christian 'El Loco' Gonzales dan kawan-kawan. Terbukti di menit 33, Merah Putih justru berbalik unggul 2-1 lewat gol cantik El Loco.

Memanfaatkan umpan terukur Firman Utina, striker naturalisasi ini berhasil melepaskan tendangan menyusur ke sisi kanan gawang Malaysia yang gagal diantisipasi kiper Mohd Sharbinee Allawee Bin Ramli.

Indonesia kembali menjebol gawang Malaysia lewat gol Muhammad Ridwan di menit 55. Gelandang sayap Sriwijaya FC ini berhasil memanfaatkan bola terobosan Ahmad Bustomi yang sekaligus merubah kedudukan menjadi 3-1 buat keunggulan Indonesia.

Arif Suyono yang masuk menggantikan M Ridwan kembali menjebol gawang Malaysia di menit 77. Arif berhasil memanfaatkan blunder salah satu bek Malaysia yang gagal mengontrol bola hasil umpan silang Oktovianus Maniani. Indonesia unggul 4-1.

Pesta kemenangan Indonesia ditutup oleh gol pemain naturalisasi lainnya, Irfan Bachdim di masa injury time. Bachdim berhasil menyongsong bola hasil umpan silang Oktovianus Maniani. Skor 5-1 untuk kemenangan Indonesia ini tak berubah hingga pertandingan usai.

TU DIA MEMULA JE SEMANGAT!

Tuesday, November 23, 2010

Akibat Khabar Angin, Ratusan Nyawa Melayang

Macammana rasanya berhimpit-himpit? Sedap ke bau badan sekor-sekor? Yakhh! Especially malam New Year ngan Malam Merdeka kat stesen-stesen LRT tengah KL. Tak pun masa keluar dari stadium lepas nonton bola final. Tapi kalau kat atas jambatan, atau dalam terowong, memang nasib malang la kan.

Ini yang terjadi di Phnom Penh, Cambodia semalam. Tak jauh. Cuma 600 km ke utara Terengganu crossing Laut Cina Selatan je. Maknanya, budaya merempuh ni memang budaya setempat la kan.

349 orang anak muda mati manakala 410 cedera apabila kepanikan melanda remaja yang berpusu-pusu keluar melalui jambatan selepas menonton konsert sempena Pesta Air di Phnom Penh. Panik melanda apabila ada khabar angin nakal yang menjerit jambatan tu nak roboh dan tak stabil.

Akibatnya semua orang yang sedang berpusu keluar dari Diamond Island tu, kelam kabut dan berhimpit-himpit dan satu persatu yang jatuh menjadi mangsa pijak la kan. Aiyo. Yang terjun jambatan pun ado.

Konsert yang diadakan di Diamond Island, sebuah pulau yang asalnya merupakan kawasan setinggan dan dirancang menjadi kawasan pembangunan masa depan Phnom Penh, adalah acara akhir bagi pesta 3 hari yang disambut bagi tradisi meraikan arus kebalikan sungai Mekong yang masuk ke Tonle Sap, tasik terkenal di Phnom Penh tu.

Kata Perdana Menteri Cambodia, Hun Sen, ini merupakan tragedi terburuk dalam sejarah Cambodia selepas peristiwa pembunuhan 3 juta rakyat Cambodia akibat kekejaman Khmer Rouge 35 tahun lalu.



Friday, November 12, 2010

MB Kedah Amuk. Cara Islam Katanya.

Oih MB Kedah.. chenge sungguh hang no.. awat lagu tu? Orang tu tanya, jawab pi la .. kat mana.. dengan siapa.. dia bukan tanya peruntukan.. dia tanya awat tak nampak muka. Apa la hang ni..

Wednesday, November 10, 2010

Gunung Berapi Tak Semestinya Membakar

Selepas kita melihat letusan Gunung Merapi, kita teruja betapa besarnya kuasa Allah yang menjadikannya. Tahukah kita bahawa letusan gunung berapi zaman moden yang membunuh paling ramai orang, berlaku di Columbia pada tahun 1985?

Mereka tidak mati dalam kepanasan, malah mereka mati dalam kesejukan. Kesejukan lumpur yang jika mengeras, nescaya sekuat simen!

Seramai 29,000 orang terbunuh apabila sebuah bandar ditimbusi lumpur mengalir yang bercampur debu gunung berapi dan ais puncak gunung yang mencair. Bandar malang itu bernama Armero. Saksikan video ini :


Sunday, November 7, 2010

Jabatan Meteorologi Malaysia Patut Malu

Masa aku kat Bandung 16 - 19 Oktober, TV di Indonesia dah siarkan aktiviti pemantauan di Gunung Merapi oleh petugas-petugas vulkanologi di Yogjakarta. Dorang bertugas dalam hujan dan kesejukan di lereng gunung tu. Masa tu aku dapat rasa yang kalau meletus pun, Yogja masih jauh dari Bandung. Lagipun pada masa tu, tak siapa peduli pasal Merapi. TV pun menyiarkan berita itu sekali sehari.

Terpampang pada waktu tu cuma petugas vulkanologi dok tengah baca seismograf pasal gegar-gegar dalaman Merapi. Yang jadi perkara itu masuk TV ialah bila tahap Waspada sedang dibincangkan untuk dinaikkan kepada Siaga.

Terdapat 4 status gunung berapi di Indonesia. Normal, Waspada, Siaga dan Awas. Status Normal kepada Waspada untuk Merapi depa dah buat pada 23 September 2010.

Dua hari selepas aku pulang ke tanah air, Merapi akhirnya dinaikkan ke taraf Siaga, yakni pada 21 Oktober 2010. Status tu bertahan cuma tiga hari sebelum dinaikkan ke tahap Awas dan pada 26 Oktober 2010, Merapi mula meletus. Korban siri pertama, juru kunci Merapi yang sangat popular di Indonesia dan dalam dunia kebudayaan Jawa, Mbah Maridjan.

Bukan tu jer, beberapa ketika selepas letusan 'batuk-batuk (istilah vulkanologi Indonesia nih..) yang menyusul selepas letusan yang membunuh Mbah Maridjan dan 30 orang yang berada di sekitar rumahnya, Merapi mengganas lagi pada 3 November. Letusan paling hebat setakat ini berlaku malam kelmarin dan terus yang menyebabkan gumpalan debu panas dan lahar mengalir sehingga 20km dan membunuh 77 lagi orang yang dikatakan berada di zon selamat. Semua mati waktu tengah tidur.

Sehingga semalam, penerbangan Air Asia ke Yogja, Solo malah Bandung dan Jakarta dah dibatalkan. Berpuluh-puluh lagi syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa menghentikan penerbangan ke bandar-bandar tersebut. Bandung mula dihujani abu. Dengar cerita MAS pun tunda flight gi Jakarta. Kesian Ayie. Dia pergi harini. Mula-mula MAS ke Bandung divert ke Jakarta, alih-alih dengar cerita awal hari ni, penerbangan ditunda. Taktau la betul ke tak.

Walaupun Merapi tetap makan nyawa setelah amaran demi amaran hasil penyelidikan badan vulkanologi Indonesia memberi petanda jelas sejak sebulan lalu, badan vulkanologi negara tersebut perlu diberi tabik hormat sebab berjaya menjalankan tugas depa dengan sempurna dan betul walaupun peralatan dan pejabat kajian tu nampak macam daif je.

Di Malaysia, bayangkanlah, sebuah negara yang dikatakan lebih maju dari Indonesia, kisah banjir besar yang melanda Perlis dan Kedah pada 1 November lalu pun cuma diketahui setelah air menggenangi sehingga kedalaman 2 meter. Penduduk terpinga-pinga awat la hujan tidak berhenti-henti. Padahal kejadian ni dah diramal oleh badan meteorologi Thailand bila tekanan rendah dari Telukan Siam dikesan akan melintas masuk wilayah utara Malaysia dan selatan Thailand beberapa hari sebelum tu, sebelum kembali normal di Laut Andaman.

Malah, media massa langsung tak peka tentang apa yang telah berlaku dan cuma menempek mencari bahan berita bila segalanya tenggelam musnah. Adakah ini disebabkan butanya masyarakat negara kita tentang geografi? Atau adakah badan meteorologi negara ni acuh tak acuh dalam hal ini (juga disebabkan oleh tanggapan mereka yang rakyat buta geografi)?

Kita patut fikir balik langkah yang tak pernah kita mulakan dalam nak handle sesuatu bencana sebelum ia berlaku dan selepas ia berlaku. Wake up lah.

Thursday, November 4, 2010

Video HD Letusan Awan Panas Merapi

Panorama mengasyikkan letusan ini dirakamkan pada 29 Oktober lalu.